Monday, July 11

Spontaneous Trip to Christiana

Selumbari, penulis DKKC dan Cik Puan Isteri mengetuai rombongan menghantar pulang delegasi UTM kembali Malaysia ke Copenhagen Airport. Memang penuh pancarobanya. Kesian melihatkan rombongan tersebut yang terpaksa bertukar-tukar train sebanyak 3 kali, mendaki dan menuruni anak tangga dengan bebanan beg seberat lebih 20kg, mengharungi air dan juga berkejaran meredah umat manusia memasuki train untuk tiba ke Airport.  
Tertera label 'Er der balance?' (There is a balance?). Tapi memang tak balance pun sebab angkut beg berat-berat..
Usai urusan di Airport, kami kelik (perkataan ni ada dalam kamus dewan bahasa edisi ke-3..hehe) menggunakan perkhidmatan keretapi underground ‘Metro’. Lantas, penulis DKKC secara semberono mengajak Cik Puan Isteri berjalan-jalan ke Christiana. Jom!

Dalam laman web pelancongan utama di Denmark iaitu ‘www.visitcopenhagen.com’ telah melabelkan Christiania sebagai salah satu top attraction yang patut dilawati (see and do) jika melancong ke Copenhagen. Ia turut diistilahkan sebagai "remarkable - exciting - scary - different - alternative" community. Atas sebab itu, penulis DKKC ingin benar menjejakkan kami ke sana setelah hampir setahun berada di Denmark.  
Sungai yang memisahkan daratan dan pulau buatan kawasan Christiana
Christiania juga dikenali sebagai ‘Fristaden Christiania’ (Freetown Christiania). Ianya terletak di salah satu pulau buatan berdekatan dengan pusat bandar Copenhagen iaitu Christianshavn (Havn=Port in Danish). Kawasan tersebut bagaikan dunia terasing dari arus kemodenan bandaraya Copenhagen di sekitarnya. Manakan tidak, kawasan itu adalahself-managed area’ kerana mempunyai undang-undang dan peraturan yang tersendiri.
Pintu masuk utama ke kawasan Christiana
Mereka tidak membayarkan cukai yang tinggi sepertimana Danes yang lain. Lantaran itu, kawasan tersebut langsung tiada kemudahan awam secukupnya. Tiada jalan raya (kenderaan tidak dibenarkan masuk), tiada lampu jalan, tiada perkhidmatan melupuskan sampah dan juga tidak dimasuki polis. Pendek kata, memang tiada sistem dan macam kurang bertamadun pun ada.
Christiana ada bendera sendiri. 3 titik kuning itu mewakili 'i' dalam ejaaan Christiania
Kawasan Christiania kini dihuni hampir 1000 penduduk golongan hippie. Dan dilawati oleh 500 000 pelancong saban tahun. Di kawasan perkampungan hippi itu terdapat banyak graffiti di sana sini, deretan blok rumah yang kelihatan tidak layak diduduki dan juga sampah sarap yang bertaburan. Golongan hippie (yang kelihatan seperti seminggu tidak mandi) gemar  bermain alat musik dan dikelilingi rakan-rakan yang separa khayal setelah berbotol-botol meneguk arak. Scenario normal kawasan Christiania..
Ruang masuk ke Kedai Cenderahati. Kelihatan menyeramkan, tak jadi masuk..
Tatkala leka mengambil gambar, kami telah dikejutkan oleh teguran seorang mak cik tua yang melarang mengambil gambar di kawasan itu. Seterusnya, kami menuju 'Center' kawasan itu, iaitu ‘Pusher Street’. Barulah kelihatan terpampang jelas beberapa label NO PHOTOGRAPHS di situ. Kawasan itu menjadikan pekan jualan ala-ala pasar minggu pada hari Sabtu. Di sana terdapat beberapa gerai-gerai kraf dan juga bar dan café. Jalan ini unik kerana satu-satunya kawasan di Denmark yang dibenarkan menjual dadah secara bebas. Produk canabis seperti biji benih canabis, canabis yang separa proces dan juga yang berbentuk komersil di jual secara terbuka di situ.

Begitu juga dengan rokok marijuana dan juga beberapa peralatan kelengkapan menagih dadah. Ada juga beberapa gerai yang membenarkan anda merasa beberapa jenis dadah yang dipamerkan di atas meja!

Habis meronda Cik Puan Isteri mengajak cepat-cepat keluar dari kawasan tersebut. Takut bebenor kerna banyak juga mata yang mengerling (mungkin kerana orang memakai tudung masuk kawasan mereka). Bagi kami Christiana ni tak de apa-ape. Tidak lebih dari kawasan hitam yang tidak selamat dilawati. Terasa tertipu plak dengan dengan propaganda www.visitcopenhagen.com!
Cik Puan Isteri gembira kerana masih selamat dan boleh keluar dari pintu kedua kawasan Christiania 
Berhampiran dengan kawasan itu terdapat Vor Frelsers Kirke (The Church of Our Saviour) yang siap dibina pada tahun 1695. Gereja tersebut agak terkenal di Denmark berikutan mempunyai struktur menara yang berbentuk putaran. Tetapi untuk naik dikenakan charge 30kr (RM 17). Kawasan dalamnya pulak ditutup, ada majlis kahwin.
The famous spining Vor Frelser Kirke. Kelihatan pengantin yang berkahwin tu tengah bergambar 
Menaiki tower di kala matahari terik di atas kepala bukanlah suautu keputusan yang bijak. Lantas, keinginan untuk mendaki ke puncak atas untuk mengambil gambar ‘bird eye view’ bandar Copenhagen terpaksa dipendam. Lagipun, kamera ‘power’ dslr tidak bawa…mungkin lain kali

8 comments:

  1. nak masuk ke kedai cenderamata tu mmg menakutkan huhu...

    ReplyDelete
  2. @vampire and his lady: ada grafiti yg ok ada yang comot

    ReplyDelete
  3. @Hanis MY: yep, nak masuk pun takut dan kalau masuk takut duit habis..ngee

    ReplyDelete
  4. rhayati kamaruddinJuly 11, 2011 at 6:42 PM

    Abg imran..ktorg pun ade wat trip ke christiana~igtkan dpt cr souvenir yg murah tp salah tempat lak =(

    p/s:thanx sbb byk tlg ktorg mse kat sne~kem salam kat kak ala.sedappp sgt kek kak ala buat.ktorg mkn mse tgu flight kat bangkok~

    ReplyDelete
  5. wah, makan angin ajer awak ek...best nyeeee

    btw, i dah folo...bile nak folo back...hihi

    ReplyDelete
  6. rhayati: wah,korang beberapa minggu kat sini pun dah sampai christiania..
    >ok lagi ke velvet cake tu? kalo dah cair mesti dah tak sedap..

    ReplyDelete
  7. @Noriz: makan angin tak kenyang, makan nasi baru kenyang..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...