Tuesday, November 2

Kulturnatten 2010

Pada pertengahan Oktober yang lepas, saya dan isteri telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Bandar Copenhagen sempena Night of Culture…perh skemanya introduction, macam karangan budak darjah lima plak..

Night of Culture diadakan pada setiap oktober setiap tahun. Apa yang bestnya, pada malam itu Bandar Copenhagen menjadi meriah dengan pelbagai aktiviti kebudayaan. Lebih 60,000 pengunjung dari segenap ceruk Denmark datang. Apa yang membuatkan kami tertarik nak pergi adalah kerana tiket bas dan keretapi laju (dan juga harbor bus & canal cruise) adalah 100% free dari 5pm sampai 5am. Tapi takkan la semua free kan..Yang sebenarnya kami perlu beli ‘culture kit’ iaitu  85kr (RM 49) seorang. Dalam culuture kit terdapat culture pass (batch), buka program+peta tempat acara,city guide (peta laluan bus& train) dan dapat free satu tiket free ke salah satu muzium tertentu sehingga bulan Disember. Jadi, kiranya macam berbaloi jugak la.

Tepat jam 5.13pm kami telah mula menjelajah. Tiba di Copenhagen, kami naik Harbour Bus (Bot yang dijadikan bas penumpang atau water bus). Tapi sebenarnya kami telah sesat. Ya, sesat mencari Canal Cruise dan naik harbous bus. Apepun dapat juga kami singgah di Opera House. Opera House Copenhagen agak terkenal juga di sini. Tapi tak la sepopular Sydney Opera House di Australia. Cantik design bangunannya. Sempat juga kami posing snap gambar sekeping dua. (11 keping sebenarnya…hehe)

Setelah itu, maka tiba la Canal Cruise yang dicari-cari. Kami pun berlari-lari menahan Canal Cruise tersebut (padahal cruise tersebut memang akan berhenti di Jeti di Nyhavn..kui2). Kesempatan menaiki Canal Cruise dengan guided tour memang ditunggu-tunggu. Maklum la harga biasa adalah 60kr (RM 35) seorang. Waktu tiket percuma inilah yang dinantikan. Tapi tak de la best sangat sebab suasana agak kelam kerana tibanya waktu senja ditambah cuaca mendung tak berpenghujung.

Tempat lawatan pertama yang dituju adalah Christianborg Slotkirke. Tapi tak jadi masuk sebab gereja diraja rupanya. Kemudian kami terus ke istana Christianborg. Sungguh mewah dekorasi di dalamnya. Dengan lukisan potret keluarga diraja memenuhi dinding dan ceiling yang dilukis dengan penuh teliti. Apa yang menarik terdapat persembahan orckestra secara percuma oleh Royal Danish Academy of Music. Sempat juga kami menikmati dua alunan penuh musik orkestra. Kata orang, hanya golongan intelektual yang pandai menikmati music orkerstra, menilai lukisan dan juga menghayati pementasan teater…Maka intelektualkah kami?..huhu

Setelah menjengah melihat seni ukuran ais (Maffe Ice Design) diluar istana, seterusnya kami menerjah pula ke Tøjhusmusset (The Royal Danish Arsenal Museum). Sempat juga kami menonton pementasan drama (tapi tak de pentas pun, tepi tembok je) secara live bertajuk ‘The American Civil War’. Dalam drama tu, tentera Denmark menang dengan bantuan rakyat mengalahkan tentera Amerika..dah agak dah pun. Drama selama setengah jam tersebut memang menarik tumpuan ramai. Meriam yang digunakan untuk aksi perang memang real. Dentumannya sangat kuat membingit gegendang telinga kami. Dan, seperti biasa kami tak paham pun ape yang pelakon-pelakon cakap. Yang penting, apabila semua orang gelak, kami pun buat-buat la ketawa..(-__-). Di bahagian galeri pelbagai jenis meriam dipamerkan. Dari sekecil-kecil kereta sorong hingga la sebesar-besar kereta kebal. Apa yang menarik, kebanyakan meriam tersebut telah dibuat pada zaman 1600an, 1700an dan 1800an. Patut la Melaka dengan senangnya dijajah pada zaman dulu, orang-orang Inggeris memang jauh lebih maju pada zaman dulu.
Angin sejuk malam dengan suhu 5oC sungguh menyeksa kami. Tapi, penerokaan tetap diteruskan dengan menjelajah Nationalmuseet (National Museum). Terdapat aktiviti mencari harta karun di dalam muzium untuk kanak-kanak dan ibubapa ala-ala Indiana Jones. Tapi, oleh kerana pada hari biasa, muzium ini dibuka secara percuma, kami sepakat untuk datang pada waktu yang lain. Perjalanan diteruskan dan tiba di København Radhus. Tempat  ni macam DBKL. Terdapat pelbagai khazanah negara Denmark tersimpan rapi. Terpegun juga melihat daftar lahir rakyat Denmark tahun 1765, masih disimpan dan dipamerkan.

Di tengah main hall Radhus diadakan pelbagai jenis pameran dan ada satu yang menarik minat kami. ‘Fatal Illusion’. Nama pun dah pelik. Sebenarnya game tu menggambarkan keadaan mata dan otak semasa kita mabuk . Ya, saya telah ‘mabuk’. Dengan memakai kacamata khas, pengunjung diminta berjalan melalui beberapa siri kon. Setelah dicuba, memang dashyat. Susah betul hendak berjalan. Setelah selesai, seorang Makcik yang menjaga counter tersebut berkata, “You are walking like you have drink 5 of bottle wine!.”. Aku hanya tersenyum dalam kepeningan. Tak nak la ‘mabuk’ lagi selepas ini. Lagipun, memang dah sah haram!

Kami meneruskan penjelahan dengan singgah di Skjoldenæsholm (Tram Museum). Sempat juga kami merasai menaiki tram zaman 60an dengan mengelilingi kota Copenhagen. Walaupun bas tersebut zaman 60an, tapi seolah bas yang terdapat di Malaysia sekarang. Dan seperti yang diduga kami telah sesat lagi. Perjalanan untuk ke Rundetaarn (Round Tower) ditambah dengan badan yang penatan telah memakan masa yang agak lama. Setibanya di sana, pintunya telah ditutup. Rupa-rupanya jam telah menganjak ke angka dua belas. Maka, malang la kami kerana tidak berkesempatan menikmati panorama malam dipuncak round tower. Ape yang menarik menara yang dibina pada abad ke-17 dengan setinggi 7.5 tingkat itu dibina tanpa sebarang anak tangga. Ini membolehkan Raja dapat menunggang kuda hingga ke puncak pada zaman dahulu.

Maka tamatlah siri penjelajahan kami pada malam itu. Kami pulang dengan perasaan yang puas dengan kaki yang sakit.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...