Foto credit: CNN |
Semalam, semasa sedang menikmati sarapan sambil menonton tv saluran CNN. Mata saya terpanggil untuk melihat CNN update news yang memaparkan nama Muhammad telah mendahului bagi nama bayi paling popular (bagi lelaki) di England mengikut statistik yang terbaru sepanjang 2009. Ini sesuatu yang mengejutkan banyak pihak kerana Muslim di United Kingdom hanyalah 4.9% dan bagaimana nama tersebut menjadi nama paling popular. Nama-nama lain yang popular di UK bagi bayi lelaki adalah Oliver, Jack dan Harry manakala bagi bayi perempuan adalah Olivia, Ruby, Chloe dan Emily
Walaupun terdapat perbezaan versi seperti Muhammad, Mohammed, Mohammad mahupun Mohd, namun nama yang bermaksud Yang Terpuji tersebut adalah istimewa kerana bersempena nama Nabi Muhammad SAW.
Di Denmark, nama paling popular bagi bayi adalah seperti berikut;
Boys 1) Magnus 2)Lucas 3)Mathias 4)Oliver 5)Frederik
Boys 1) Magnus 2)Lucas 3)Mathias 4)Oliver 5)Frederik
Girls 1) Mathilde 2)Emma 3)Laura 4)Sofie 5)Freja
Rasanya nama ni memang common untuk anak mat salleh sekarang. Tak macam parents diaorang sekarang dulu-dulu. Nama pelik-pelik. Contohnya seperti Gøtstad Bjarne Heine, Hammarkvist Kirsten Terndrup, Peetz-Schøu Ingøs. Tak ke terbelit lidah nak sebut tu..huhu
Kata orang ada apa pada nama..
No comments:
Post a Comment