Pemandangan di belakang rumah dari tingkap dapur |
Tetapi, bila tiba di negara yang mengalami 4 musim dan apabila dilanda snow, lain pula jadinya. Hakikat sebenarnya, tidaklah seindah yang digambarkan..
1) Jalan raya dan laluan pejalan kaki menjadi becak dan kotor.
Apabila snow sedang berehat (tak turun), dan ais mula mencair maka permukaan jalan utama akan nampak kotor kerana ais bercampur dengan debu dan tanah serta warna ais yang putih pun bertukar menjadi warna perang/coklat.
Persimpangan di Virum Torv. Ni belum kotor tahap melampau.. |
2) Terpaksa memakai pakaian tebal
Baju perlu dipakai 2/3 lapis, jaket kalis air pun perlu ada, stoking tebal, sarung tangan dan juga mafla (skaf/kain lilit kepala). Bende ini menyusahkan dan melambatkan proses apabila tiba-tiba perlu membeli bawang di kedai
My winter collection. Jacket water proof with 50% diskaun. Jaket biasa import dari Malaysia. 2 gloves, 2 mafler (skaf/kain lilit leher), 1 snow cap , 1 water proof shoe & 1 high cut boot |
3) Waktu siang yang pendek.
Pukul 3.30 petang dah gelap (malam) menyebabkan aktivti berjalan-jalan dan sightseeing terbatas.
Pukul 4.10 ptg. Dah masuk waktu maghrib ni |
4) Bibir jadi kering dan badan gatal-gatal.
Terpaksa memakai lip balm, krim pada muka dan losyen pada lengan dan peha…(dah jadik macam pompuan sebab memakai lip balm..huhu)
5) Senang untuk terjatuh akibat permukaan jalan yang berais.
Jalan raya menjadi licin dan merbahaya kepada kereta dan penunggang basikal. Hari pertama snow, dah kecoh satu Denmark bas tergelincir dan melanggar pokok kat Jutland. Di Copenhagen Post, dilaporkan telah ada 2 orang Danes meninggal kemalangan kereta akibat tergelincir. Kat sini kalau ada kemalangan kereta dah kecoh sekampung, tak seperti kat Malaysia dah macam perkara biasa.
Kunci basikal pun membeku sampai tak boleh buka |
Lain-lain yang tak best adalah peningkatan pada bil elektrik kerana terpaksa membuka heater 24/7 bagi memanaskan rumah. Dan makanan yang dihidang juga cepat sejuk. So, kena selalu guna microwave untuk panaskan.
…Walaupun tak berapa best, tapi sebenarnya best jugak sebab pengalaman sebegini tak dapat diperolehi di tanah air.
...Next post : 5 Perkara yang Best pasal Winter
wah best lah dapat g overseas.. t.ingin gak nak g mane2 EMEA region utk vacation tp cost die to mahal lah
ReplyDelete@Skelertor: yep, kalu ada peluang pegi je. Skrang pun dah ade tiket air asia ke London & Paris..
ReplyDeleteNanti i pun nak gi oversea. Nak tinggal kat sna. jelez..
ReplyDelete