Dunia ada mata ke? Kat mane?.. Aisey..off topic pulak. Sejak dua menjak berada di Denmark ni bila nampak bendera atau nama Malaysia kat TV atau suratkhabar terus saja saya teruja. Maklumlah, apabila jauh di perantauan, barula nak menghargai bumi Malaysia..kui2
Nak dijadikan cerita, saluran CNN sekarang tengah mengadakan special coverage pasal Malaysia. Bagus juga CNN ni, boleh la tolong promote Malaysia di persada dunia. Sebenar sepanjang bulan November ni, CNN dalam segemen ‘Travel the World with i-List’ tengah buat liputan untuk negara-negara Asia terpilih. Tema bulan November ni adalah ‘i-list visit Asia’. Jadi, pada minggu ini saluran tersebut membuat special coverage mengenai tempat menarik, budaya, ekonomi dan industry di Malaysia. Selepas ini mereka akan cover Korea Selatan, Japan dan Indonesia plak.
Glamer Pak Cik ni masuk CNN. Satu dunia tengok. Ayah sapa la ni. |
Dan dijadikan cerita lagi, di CNN.com ada membuat kuiz ‘How much do you know about Malaysia?’. So, saya pun click dan join. Dalam banyak-banyak soalan, ade juga yang saya kantoi. Maka dapatlah 8/10. Kira okey la tu.
Soalan Kantoi 1 : How many double-decker elevators does the Petronas Towers have?
Angkat tangan kalau anda tahu. Cuba teka. Dan jawapannya adalah 58! Kan betul korang pun tak tahu..hehe
Soalan Kantoi 2 : What year did Malaysia introduce positive discrimination legislation?
Teka jangan tak teka. Kalau bab-bab sejarah ni, memang saya selalu fail. Nak tahu jawapan? Tahun 1971 la. La korang pun tak tahu jugak rupanya..hehe. Kalau nak test power, cuba la test di sini.
.. Tersenyum sendirian apabila nampak Aziz Satar berlakon dalam iklan HSBC di saluran BBC
>Next post : " Am I Filipino?"
No comments:
Post a Comment