Monday, November 15

Hari Raya Aidil Adha 16 Nov 2010?

Selamat Hari Raya Aidil Adha
Setelah 2 bulan, 10 hari sejak 1 Syawal yang lalu, kini tibalah 10 Zulhijjah bagi merayakan Hari Raya Aidiladha. Namun, perasaaan untuk merayakan Hari Raya Aidiladha pada tahun 2010 adalah kosong. Tiada apa-apa. Seperti hari-hari biasa.

Namun, apa yang menarik, pada kali ini kami akan merayakan Aidiladha sehari lebih awal dari Malaysia. Ya, the Islamic Faith Society di Denmark telah mengumumkan tarikh bagi hari Eid-Ul Adha (Feast of Sacrifice) di sini ialah pada 16 Nov 2010 (Selasa).
Perutusan dari The Islamic Faith Society Denmark
Kat sini tak de perutusan dari YM Engku Tan Sri Dato' Sri Ibrahim Engku Ngah..huhu
Namun seperti perantau yang lain, tiada sambutan meriah diadakan. Tiada lembu untuk disembelih. Tiada juadah hari raya di pagi raya. Komuniti Melayu di sini hanya ada mengadakan Majlis Hari Raya Aidiladha pada 20 November 2010 (Sabtu) di rumah Abg K & Kak Z di Virumvej. Itu pun 4 hari lagi..huhu

Nasib badan. Jauh di perantauan. Namapun raya korban. Maka, korban je la.


…esok kami ada appointment di US Embassy, Copenhagen untuk membuat visa ke US. Nampaknya kami akan ‘solat raya’ kat sana..

…Next post : Pengalaman ke US Embassy yang…

1 comment:

  1. beginilah menyambut raya di perantauan..apa yang penting pengajaran di sebalik ibadah qurban tu..supaya kita bermuhasabah diri..

    nanti Ala nak pergi conference ke US ke?..dah siap nak buat visa ni hehe..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...