Wednesday, July 13

(Gambar) 102 Ekor Anak Gajah ‘terlepas’ di Bandar Copenhagen

3 ekor anak gajah 'terlepas' di King's Garden, Copenhagen

Terdapat 102 ekor gajah kini sedang berkeliaran di sekitar kawasan Copenhagen dan Frederiksberg di Denmark. Tetapi anak-anak gajah ini langsung tidak bergerak. Bukan terkena sumpahan tetapi kerana kerna ianya adalah statue (patung). Rupa-rupanya anak-anak gajah ini merupakan satu pameran outdoor ‘Copenhagen Elephant Parade’ yang bermula pada 1 June hingga 25 Ogos 2011.

Kebanyakkan gajah-gajah terbebut dibuat daripada fiber. Tetapi ada juga yang diperbuat daripada besi dan juga batuan. Apa yang menarik, setiap anak gajah tersebut mempunyai corak dan warna yang berbeza. Ianya telah dilukis dan dicorakkan oleh artis tempatan (Denmark) dan juga dari luar negara.
'Gajah duduk' pun ada!
Hampir semua gajah-gajah tersebut telah ditaja oleh beberapa syarikat utama di Denmark. Semuanya diletakkan di beberapa lokasi tumpuan pelancong di pusat bandar Copenhagen, stesen keretapi dan juga di lapangan terbang. Pameran outdoor ini bertujuan untuk member maklumat dan meriah perhatian orang ramai supaya menyokong konservasi gajah-gajah yang semakin pupus di Asia.

Selepas tamat pameran, gajah-gajah tersebut akan dilelong dan wang yang terkumpul akan disalurkan kepada The Asian Elephant Foundation untuk digunakan bagi tujuan kebajikan dan konservasi gajah-gajah di Asia. Malahan sudah ada beberapa anak gajah yang unik dan menarik telahpun ‘dibeli’ oleh pembida sebelum ia dilelong.
Anak-anak gajah dengan pelbagai rekaan corak yang menarik
Sebenarnya, pameran ‘elepahant parade’ seumpama ini telah bermula sejak tahun 2007. Bermula di Rotterdam, dan seterusnya ‘bergerak’ ke bandar-bandar lain seperti di Antwerp, Belgium (2008), Amsterdam, Belanda (2009) dan London, UK (2010). Selepas bandar Copenhagen, pameran ini sebegini akan diadakan pula di Milan, Itali (2011) dna juga Singapore (2011).

Ada beberapa anak gajah yang menarik dan mendapat perhatian. Antaranya anak gajah yang diberi nama ‘Ridderelefanten’ (The Knight Elephant). Anak gajah ini istimewa kerana telah mendapat sentuhan (diwarnakan) oleh His Royal Highness Prince Henrik (Husband to the Queen of Denmark). 
Anak Gajah 'Elephant Road' yang kiut
Namun pada pendapat DKKC gajah yang paling menarik adalah gajah yang diberi nama ‘Elephant Road’ kerana lukisan pada sebelah badannya nampak real dan hidup. Begitu juga gajah bernama ‘Bon Bon’ yang dilukis makanan dan aiskrim yang mengeliurkan!
Anak Gajah Bon Bon (gambar tengah) di hadapan Radhuspladsen (city hall) Copenhagen

Tuesday, July 12

Santai Sejenak di Loppemarked

Ape mende Loppemarked tu? ‘Loppe’ in English means ‘flea’ dan kalau dalam bahasa Melayunya bermaksud ‘lambak’. Marked tu market la ya. Ala yang macam car boot sale tue.
Suasana kawasan Loppemarked di Kongen Nytorv, Copenhagen pada 9 Julai 2011
Bila tiba musim summer, baru la ada Loppemarked ni. Biasanya pada pagi Ahad. Ye la, musim sejuk mengigil, tak de la orang nak meniaga. Tetapi, kekadang ada jugak indoor loppemarked. Tapi kerana nak masuk pun kena bayar, maka tak pe la..
Loppemarked di Kongen Nytorv. Nama je flea market. Tapi semua mahal tak hingat!!
Terdapat dua lokasi Loppemarked yang berhampiran kediaman kami. Pertamanya terletak di Holte iaitu 2km dari rumah dan kedua di bandar Lyngby (4.5km dari rumah). Sebab tak jauh, boleh la berbasikal pergi. Yang penting kena banyak bawak banyak syilling. Senang nak bayar, dan juga bawak shopping bag sendiri. Lagi besar lagi bagus..hehe

Walaupun Loppemarked di Denmark tidaklah semeriah car boot sale di UK, namun konsepnya adalah sama. Barang-barang terpakai dan tidak digunakan lagi dijual dengan harga yang jauuuhhh lebih murah. Tapi di sini saiznya tidaklah sebesar mana dan biasanya hanya dibuat di kawasan parking kereta je. Dan mungkin penjual tidak meniaga menggunakan bahagaian belakang kereta (car boot) mereka , maka ianya tidak dikenali sebagai car boot sale (CBS) di sini..
Mak cik ni jeling semacam je. Ape kes??
Tapi sebenarnya penulis DKKC dan Cik Puan Isteri bukannya gemar sangat mencuci mata di Loppemarked. Tidak lebih sekadar aktiviti beriadah di pagi Ahad. Tapi kekadang bila ‘ter’pergi tu, ‘ter’beli la pulak. Dan ini la masanya nak practice bahasa Danish yang dipelajari. Maklumla dah module 3. Boleh tawar-menawr sket2. Tapi kekadang tu, si peniaga tu tak paham apa yang aku cakap sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap..muahehhe
Loppemarked di Lyngby. Jam 1 pm pun masih ramai orang lagi..
Last Sunday, first time kiteorang pergi Loppemarked yang kat Lyngby. Ramai jugak orang, walaupun dah tengahari. Kelihatan ada juga barang yang sudah lapuk dan tidak layak dijual. Ye la takkan botol susu terpakai, alat make up, baju ‘kecik’ terpakai pun nak dijual? Nama je negara maju, tapi semua nak dijual. Mungkin atas alasan ‘recycle’ kot.

Kalau setakat frame gambar, buku-buku, dvd, set cawan, pinggan mangkuk, barang perhiasan, kasut, beg, barang permainan kanak-kanak tu ok la. Pendek kata semuanya ada. Tapi ada jugak barang-barang macam kasut dan jaket yang masih baru dan mungkin yang direject dari kilang atau kedai kot. Tapi mahal sket la. Tapi kalau nampak macam mahal sangat baik beli yang baru..tak gitu??

Cik Puan Isteri pun dah mula berangan nak mencari set barangan perhiasan kristal. Nak kumpul bawak balik Malaysia katanya. Hmm berdikit-dikit, lama-lama berkotak-kotak la tu..
Hasil tangkapan dari Loppemarked. Eshh bukan sofa tu, tu ha gambar rose tu. 1 set-3 frame = 20kr (RM11)
>>Rasanya kat Johor pun ada flea market, pasar jualan barang terpakai sebegini. Pasar Karat kat JB, malam hujung minggu. Pernah la sekali pergi. Dan patutla dibuat pada waktu malam, tak nampak karatnya..hehe

Monday, July 11

Spontaneous Trip to Christiana

Selumbari, penulis DKKC dan Cik Puan Isteri mengetuai rombongan menghantar pulang delegasi UTM kembali Malaysia ke Copenhagen Airport. Memang penuh pancarobanya. Kesian melihatkan rombongan tersebut yang terpaksa bertukar-tukar train sebanyak 3 kali, mendaki dan menuruni anak tangga dengan bebanan beg seberat lebih 20kg, mengharungi air dan juga berkejaran meredah umat manusia memasuki train untuk tiba ke Airport.  
Tertera label 'Er der balance?' (There is a balance?). Tapi memang tak balance pun sebab angkut beg berat-berat..
Usai urusan di Airport, kami kelik (perkataan ni ada dalam kamus dewan bahasa edisi ke-3..hehe) menggunakan perkhidmatan keretapi underground ‘Metro’. Lantas, penulis DKKC secara semberono mengajak Cik Puan Isteri berjalan-jalan ke Christiana. Jom!

Dalam laman web pelancongan utama di Denmark iaitu ‘www.visitcopenhagen.com’ telah melabelkan Christiania sebagai salah satu top attraction yang patut dilawati (see and do) jika melancong ke Copenhagen. Ia turut diistilahkan sebagai "remarkable - exciting - scary - different - alternative" community. Atas sebab itu, penulis DKKC ingin benar menjejakkan kami ke sana setelah hampir setahun berada di Denmark.  
Sungai yang memisahkan daratan dan pulau buatan kawasan Christiana
Christiania juga dikenali sebagai ‘Fristaden Christiania’ (Freetown Christiania). Ianya terletak di salah satu pulau buatan berdekatan dengan pusat bandar Copenhagen iaitu Christianshavn (Havn=Port in Danish). Kawasan tersebut bagaikan dunia terasing dari arus kemodenan bandaraya Copenhagen di sekitarnya. Manakan tidak, kawasan itu adalahself-managed area’ kerana mempunyai undang-undang dan peraturan yang tersendiri.
Pintu masuk utama ke kawasan Christiana
Mereka tidak membayarkan cukai yang tinggi sepertimana Danes yang lain. Lantaran itu, kawasan tersebut langsung tiada kemudahan awam secukupnya. Tiada jalan raya (kenderaan tidak dibenarkan masuk), tiada lampu jalan, tiada perkhidmatan melupuskan sampah dan juga tidak dimasuki polis. Pendek kata, memang tiada sistem dan macam kurang bertamadun pun ada.
Christiana ada bendera sendiri. 3 titik kuning itu mewakili 'i' dalam ejaaan Christiania
Kawasan Christiania kini dihuni hampir 1000 penduduk golongan hippie. Dan dilawati oleh 500 000 pelancong saban tahun. Di kawasan perkampungan hippi itu terdapat banyak graffiti di sana sini, deretan blok rumah yang kelihatan tidak layak diduduki dan juga sampah sarap yang bertaburan. Golongan hippie (yang kelihatan seperti seminggu tidak mandi) gemar  bermain alat musik dan dikelilingi rakan-rakan yang separa khayal setelah berbotol-botol meneguk arak. Scenario normal kawasan Christiania..
Ruang masuk ke Kedai Cenderahati. Kelihatan menyeramkan, tak jadi masuk..
Tatkala leka mengambil gambar, kami telah dikejutkan oleh teguran seorang mak cik tua yang melarang mengambil gambar di kawasan itu. Seterusnya, kami menuju 'Center' kawasan itu, iaitu ‘Pusher Street’. Barulah kelihatan terpampang jelas beberapa label NO PHOTOGRAPHS di situ. Kawasan itu menjadikan pekan jualan ala-ala pasar minggu pada hari Sabtu. Di sana terdapat beberapa gerai-gerai kraf dan juga bar dan café. Jalan ini unik kerana satu-satunya kawasan di Denmark yang dibenarkan menjual dadah secara bebas. Produk canabis seperti biji benih canabis, canabis yang separa proces dan juga yang berbentuk komersil di jual secara terbuka di situ.

Begitu juga dengan rokok marijuana dan juga beberapa peralatan kelengkapan menagih dadah. Ada juga beberapa gerai yang membenarkan anda merasa beberapa jenis dadah yang dipamerkan di atas meja!

Habis meronda Cik Puan Isteri mengajak cepat-cepat keluar dari kawasan tersebut. Takut bebenor kerna banyak juga mata yang mengerling (mungkin kerana orang memakai tudung masuk kawasan mereka). Bagi kami Christiana ni tak de apa-ape. Tidak lebih dari kawasan hitam yang tidak selamat dilawati. Terasa tertipu plak dengan dengan propaganda www.visitcopenhagen.com!
Cik Puan Isteri gembira kerana masih selamat dan boleh keluar dari pintu kedua kawasan Christiania 
Berhampiran dengan kawasan itu terdapat Vor Frelsers Kirke (The Church of Our Saviour) yang siap dibina pada tahun 1695. Gereja tersebut agak terkenal di Denmark berikutan mempunyai struktur menara yang berbentuk putaran. Tetapi untuk naik dikenakan charge 30kr (RM 17). Kawasan dalamnya pulak ditutup, ada majlis kahwin.
The famous spining Vor Frelser Kirke. Kelihatan pengantin yang berkahwin tu tengah bergambar 
Menaiki tower di kala matahari terik di atas kepala bukanlah suautu keputusan yang bijak. Lantas, keinginan untuk mendaki ke puncak atas untuk mengambil gambar ‘bird eye view’ bandar Copenhagen terpaksa dipendam. Lagipun, kamera ‘power’ dslr tidak bawa…mungkin lain kali

Wednesday, July 6

Tuesday, July 5

Kita Bakor BBQ Summer 2011

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya sinar mentari muncul di tengahari. Alhamdulillah, rancangan untuk mengadakan BBQ Summer 2011 dapat diteruskan jua walau terpaksa mengubah lokasi.
Membina khemah macam puzzle dan akhirnya give up..Aii..kata semua pelajar engineering???
Aktiviti BBQ untuk musim Summer kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelajar Post Grads dari UTM. Dan lebih menarik lagi kerana ianya dibiayai oleh Kelab UMNO Scandinavia. Manakala lokasi ditaja oleh Mr Shamsudin dan Pn Maisara di halaman kebun indah perkarangan apartment mereka.
Dah namanya Malaysian Food, sebab tu ada bendera Malaysia atas meja!
8 Kg daging biri-biri disediakan. Ada juga satay, ayam pangang, jagung, sosej dan bermacam lagi. Memang cukup untuk memboroikan perut yang sedia boroi ini.
Faktor penyumbang kepada 'pemboroian' perut
Tiada aktiviti khas dirancang kerna BBQ kali ini tidak lebih bertujuan untuk beramah mesra antara sesama komuniti pelajar di Denmark dan juga pelajar post grads yang sedang mengikuti 3 minggu DTU-UTM Summer Course.
Musical Chair orang dewasa, kanak-kanak menjadi penonton je sebab tak cukup ahli
Lagipun memang dah lama tak berpiknik diluar kerana kekangan cuaca yang sentiasa dingin menggigilkan rongga tulang. Maka sekali sekala membuat aktiviti makan-makan outdoors seronok juga disamping menikmati cuaca indah di musim panas (walaupun hari tu hujan la plak).
Komuniti keluarga pelajar di Denmark dan Pelajar Post Grads dari UTM bergambar bersama wakil Kelab UMNO Scandic dan Mr Hans Jørgen Lundqvist 
Terima kasih kepada Kelab UMNO Scandic (KUS) dan mereka-mereka yang terlibat dalam aktiviti bakor-membakor kali ini. Kalau ada rezeki, nanti kita bakor lagi!

Wednesday, June 29

Fra Helsingør til Helsingborg


Hujung minggu yang lalu penulis DKKC dan Mr Shamsuddin telah menggalas tugasan sebagai pemandu pelancong bagi 21 pelajar post grads dari UTM ke Helsingborg, Sweden. Walaupun telah pernah sampai ke tempat tersebut, namun ini adalah pengalaman pertama membawa sejumlah ‘pelancong’ yang ramai.
Helsingør Station
Helsingborg (Sweden) yang dikenali sebagai Pearl of Oresund itu terletak bersebelahan bandar Helsingør (Denmark) tetapi direnggang oleh Selat Oresund. Kami menaiki mini Cruise Merchadise dari HH Ferry. Jarak Helsingør ke Helsingorborg adalah berdekatan dan memakan masa kira-kira 20 minit. Tiket mini cruise pergi balik untuk 23 orang adalah 1150 kr iaitu 90kr diskaun dari harga asal 1240 kr. Inilah kelebihan berjalan secara berkumpulan.

Kalau matawang Denmark di kenali sebagai Danisk Krone (DKK), negara Sweden pula menggunakan Swedish Krona (SEK). Kadar tukaran SEK adalah lebih kecil iaitu 75 DKK = 100 SEK. Lantaran itu, rakyat Denmark lebih gemar berbelanja di Sweden.

From Kroner to Krona
Setelah selesai urusan menukar wang, semua pelancong dibawa ke pusat bandar melalui Helsingborg Town Hall yang dibina pada 1897 dengan Neo-Gothic style. Seterusnya mendaki ke puncak tertinggi di Helsingborg untuk ke Kärnan Tower.

Bergambar di tangga untuk ke Kärnan Tower
Menara yang dibina sejak 1200-an itu masih utuh kerana dibina setebal hampir 4m. Namun, akibat masih dalam tempoh baik pulih, maka ruangan dalam menara tidak dibenarkan masuk. Dari kawasan bukit sekitar Kärnan Tower, pemandangan keseluruhan bandar Helsingborg dan selat Oresund dapat dilihat dengan jelas.

Puas bergambar, pelancong dibawa menuju ke Street Mall (Kullagatan) di Helsingborg. Dan seperti yang dijangkakan, bandar Helsingborg adalah sunyi dan sepi di hari Ahad. Ini adalah scenario normal di mana-mana bandar di kawasan Scandinavia yang mana adalah sangat kontras  berbanding bandar di Malaysia yang begitu meriah di hujung minggu. Deretan kedai ditutup rapi, kawasan shopping street Kullagatan juga lengang. Hanya terdapat beberapa restaurant dan café yang ‘hidup’.

Kemudian pelancong dibawa ‘melawat Restaurant Malaysia’ di jalan Drottninggatan 74. Walaupun ianya bukanlah salah satu destinasi pelancongan tapi singgah di restauran dari negara sendiri adalah satu kemestian. Lagipun bukan senang nak jumpa restoran jenama ‘Malaysia’ di luar negara. Sempat juga berborak dengan tauke kedai yang peramah dan kelihatan begitu gembira didatangi sekumpulan besar rakyat Malaysia.
Satu-satunya restoran Malaysia di Helsingborg
Terdapat juga beberapa pelajar yang menikmati makan tengahari di situ. Mereka di kenakan harga yang sangat berpatutan dan membayar menggunakan Ringgit Malaysia. Pak Cik tauke yang berbangsa cina tersebut memberi gerenti hidangannya adalah ditanggung halal. Dan apa yang penting, menu Froglegs Sup yang dilihat semasa pertama kami tiba di sana sudah tiada!
Kami beserta pelancong yang lain berehat dan menikmati hidangan packed lunch di pinggir Helsingborg Marina Harbour. Kawasan tersebut sungguh mendamaikan dengan deretan bot dan kapal layar mewah berlabuh. Dah rasa macam berada di Viaduct Harbour, Auckland NZ dah.

Destinasi terakhir adalah Dunker Culture Center yang terletak bersebelahan dengan Waterfront dan berhadapan dengan Helsingborg Square. Bangunan Dunker Culture Center juga agak unik kerana mempunyai bumbung bercirikan ombak. Nasib kurang baik kerana kawasan pameran ditutup di hujung minggu, tetapi di dalamnya terdapat tourist information center yang turut menempatkan jualan barangan souvenir yang dibuka setiap hari. Dan apa yang penting, di situ terdapat tandas yang percuma. Tandas di jetty kena bayar 5 sek (RM2.50!)
Mini Cruise Scandlines menyusuri selat Oresund melalui Kronborg Castle
Tiba jam 3.15pm, kami telah pun berada di dalam Mini Cruise Aurora dari syarikat perkapalan utama iaitu Scandlines. Mini cruise ini lebih besar (panjang 528m) dan cantik berbanding Merchadise sewaktu menuju ke Sweden. Tiba di Helsingor St, semua pelancong berjalan kaki sejauh 1.3km menuju ke Kronborg Castle.
Kronborg Castle dibina sejak 1584
Istana lama tersebut begitu popular kerana nukilan William Shakepeare kisah Prince Hamlet adalah adaptasi dari istana tersebut. Kronborg juga popular kerana telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Unesco bagi kategori Culture. Ada juga yang menyebut bila sampai di Kronborg, macam berada dalam Kota Camelot dalam cerita Merlin..

Wordless Wednesday: Senja Nan Merah


“Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat memikirkan kebesaranNya atau mahu bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu."
 (Al-Furqan, ayat 62). 

Monday, June 27

Manisnya Strawberry Ini

Memandangkan pokok-pokok strawberry yang ditanam di tepi beranda masih lagi tahap muda remaja, kami dan jiran tetangga Virum berpakat pergi ke ladang strawberry untuk memetik strawberry yang telah pun ditanam oleh orang lain J. Lokasi yang di pilih adalah Jordbær Garden di Smørum (Jordbær=Strawberry in Danish).

Smørum  terletak sejauh 20km dari kediaman kami. Walaupun agak dekat, namun ketiadaan kereta sendiri memaksa kami menaiki keretapi S-Tog, menukar bas 2 kali dan berjalan sejauh 1.7km merentasi ladang gandum. 

Kami tiba jam 12.10 tengahari. Tetapi, kerana matahari malu-malu nak keluar di balik awan, menjadikan suhu 19oC adalah nyaman lagi selesa tatkala di hembus bayu dingin dari hujung ladang.  Kalau kat Malaysia, tak de maknanya tengahari buta dok kat kebun..

Tiada bayaran dikenakan. Tapi kena bawa bekas atau bakul sendiri (akan ditimbang). Untuk masuk ke ladang dan ‘merasa’ strawberry adalah percuma. Hampir setengah kilo jugak la strawberry yang ‘dirasa’. Tapi di sini semuanya base on trust. Tapi, agak-gak la.. jangan dok melahap di kebun orang sampai kenyang..pastu balik dengan bakul kosong je. Memang jenis tak de sivik namanya tu..   

Ladang tu tak de la sebersih mana. Pokok-pokok rumput bersepah dicelah pohon strawberry. Tapi mak aii, strawberry lebat serta gila. Dan tatkala orang tengah sibuk-sibuk dengan penularan e-coli kat Europe ni, kami slamber je ngap strawberry tanpa dibasuh.

Setelah penat merangkak dicelah pohon strawberry dan usai menjamu selera dipinggir ladang, kami bertolak pulang dan menimbang hasil pertanian segera yang dibuat. Saya dan Cik Puan Isteri yang pada awalnya hanya bercadang memetik se-tupperware, akhirnya terpaksa akur dengan dorongan nafsu menjadikan jumlah tupperware adalah 2. 

Jumlah timbangan adalah 1.6kg dan dikenakan bayaran 50kr (RM29). Berbaloi kerna buah yang dipetik adalah teramat segar dari ladang dan juga manis. Ya, memang manis strawberry ini, tapi tidaklah semanis kurma!
Home made pie strawberry!

Korang suka makan strawberry???
>Next post : From Helsingør to Helsingborg <

Saturday, June 25

Danish High School Students Celebrate Their Graduation

Yesterday, on June 24th It’s official – school is over in Denmark. And for the gymnasium (high school name in Danish) graduates, it means a time for celebration, not only with family and friends but also with the local community. In Denmark, students celebrate their graduation with a unique tradition.  

A group of happy graduates students waved to all people along the road

They tooted their horn, gave a shout of joy from morning until midnight. Many graduated student celebrated their achievements by marched around the town with their decorated Lorries.


They wear special caps, held cans of beer and shouted and cheered to all people along the road. The lorry was decorated with balloon, banner and also trees!!
Decorated Lorry from Herlev HF passing through Smørum area

The graduated students started worn their special caps since a week ago. They wear white caps, called Studenterhue in Danish that look like those worn by sailors. The student cap is made by linen with a black brim and is supplied with a band and a cockade with a Dannebrog (Denmark flag) cross or other badge. The design varies after which exam it represents. Another feature is a coloured band that identifies a student’s field of study.
Danish student cap - Picture from flickr
As all the folks waved to them saying congratulations, they waved back with their full smile. They will start their new life in universities some months later. In Denmark, ‘gymnasium’ students take an rigorous degree examination before graduate and the results of the examination more or less determine their life. The test is like the national center test for university – so called “SPM” in Malaysia.

It’s normal, ending a period in a part of our life and starting a new period. The only different is their unique tradition and the way they celebrate it J
Virum High School lorry with their porn banner!
> Next post : Manisnya Strawberry Ini <

Friday, June 24

Sepetang di Ladang Gandum Furesø

Ladang Gandum menghadap Tasik Furesø

Anda suka makan roti canai? Untuk membuat roti canai, perlulah ada tepung. Dan sebelum tepung menjadi gandum, mesti ia berasal dari tanaman gandum. Macam nasi, sebelum dimasak dipanggil beras dan sebelum beras diproses, dipanggil sebagai padi.
Biji-biji Gandum yang belum cukup tua untuk dituai
Sedari kecil memang dah biasa tengok padi di sawah di keliling rumah. Tapi tak pernah pulak tengok pokok gandum macam mana. Kini, bila dah besar, baru la berpeluang melihat pokok gandum tu macam mana. Rupa-rupanya tak de la beza sangat dengan padi. Cuma pokok gandum ada dedaun yang lebih halus dan tak perlu ditanam di bendang. Dan juga tak perlu air yang banyak. Maksudnya takde segala jenis lintah dan pacat tu..
Laluan jalan Virum Vandvej merentasi tanaman gandum
Semalam 23 June, kami berkesempatan ronda-ronda naik basikal keliling kampung ke Ladang gandum berhampiran Tasik Furesø. Dekat je, tak sampai 10 minit berbasikal, hanya 1.8km je dari kediaman kami. Ladang tu tak de la luas sangat. Tapi luas la jugak.
Kanak-kanak girang bermain-main di celah pepohon gandum
Tanaman gandum di situ ditanam dua tahun sekali. Di selang seli dengan tanaman rapeseed. Rapeseed? Ala yang vegetable oil minyak canola tu la. Tapi kalau tanaman rapeseed mungkin lagi cantik sebab semuanya akan berubah menjadi ladang kekuningan. Tapi, kena la tunggu tahun depan. Nanti boleh la berlari-lari sambil nyanyi lagu 'Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam' dalam ladang macam kat dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayange....hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...