Berikut rentetan travelog selama 4½ jam ‘Jalan-jalan Cari Pasal ke Helsingborg’.
Bertolak dari rumah ke stesen keretapi berdekatan-Virum Station |
Menaiki Regional Train dari Hellerup ke Helsingør (40 min) |
Membeli tiket dan menaiki ferry ke Helsingborg, Sweden. (Terlepas ferry jam 9.40am dan terpaksa menunggu next departure jam 10.10am) |
Tiba di Jetty (Nåsta avgång=Next departure in Swedish) |
Mula meronda-ronda di sekitar bandar Helsingborg |
Window shopping di Kullagatan Road (Street Mall) |
Kembali ke Jetty Helsingbor untuk kembali ke Denmark |
Selamat tiba di Jetty Helsingør, Denmark |
Menaiki train kembali ke Virum setelah melawat Kronborg Castle |
Antara ‘best catch’ sepanjang berjalan-jalan di bandar Helsingborg adalah terjumpa ‘Restaurang Malaysia’ (ejaannya memang ada ‘g’-bahasa Swedish bukan bahasa Teganu ya!). Semasa tengah mengambil gambar restaurang tersebut, keluarlah tauke kedai itu yang sedang sibuk baru nak start business (meletakkan tanda harga ‘special menu today’ & bendera jalur gemilang) sambil pelik melihat kami.
“Is it open now?” Tanya saya dalam bahasa orang putih.
“Sekarang, buka..” Jawab tauke restaurant itu dalam bahasa Malaysia.
Menurut tauke yang berasal dari Negeri Sembilan itu, kedainya mula beroperasi sejak tahun 2010 dan menawarkan menu masakan dari Malaysia. Senarai menu dilabelkan dengan 3 bahasa iaitu BM, English & Swedish. Antaranya Satay Ayam (Kycklingsatay), Sambal sotong (Bläckfisk I Röd Sambal), Itik Black peper (Grillat Ankbröst med ‘vitlök & sweet chili’) dan Rendang Daging (Biff Rendang).
Namun, kami tidak menjamu selera di situ kerana
1) Nasi goreng (Stekt Ris) & Mee goreng (Wokade Nudlar) pun dah 99 SEK (Sweden Kroner)=RM46.40 satu pinggan
2) Walaupun namanya restauran Malaysia, namun tauke dan tukang masak adalah berbangsa cina, dan kami khuatir dengan jaminan kehalalnya. Label Sup Ayam (Kyckling Soppa) disalah label dengan Froglegs Sup menambahkan curiga kami. (Restaurant tersebut juga tidak ada dalam list Zabihah.com)
Sebelum pulang, kami sempat menziarah salah satu tapak warisan UNESCO iaitu Kronborg (borg=castle/palace) berdekatan dengan Helsingør Station. Kronborg adalah unik kerana merupakan tempat yang menjadi inspirasi kepada Wiliam Shakespeare bagi kisah popular ‘The Tragedy of Prince Hamlet’. Sekaligus melengkapkan senarai castle di Denmark yang kami ‘perlu’ lawati. Semua castle yang lain (Frederikborg, Rosenborg, Amalienborg & Christianborg) telah pun dijajahi. Next target adalah mungkin Fredensborg.
48kr tu kat sane dikira mahal atau murah??
ReplyDeletebest nyer berjalan jalan disana.....
ReplyDeletegila kentang mahal..haha
ReplyDelete48kr, bg org sini, murah la kot..dan kl dibandingkan ngn nilai RM, lebih kurang Rm4.80..kl convert jadi la RM27.
ReplyDeletewarghhh best nyer!
ReplyDeletesuch interesting blog...Scandinavian countries are expensive to visit...would be nice if you would write on accommodation you have stayed while traveling.
ReplyDelete