Bibliotek? Ianya bukan nama kuih, bukan nama saintis dan juga bukan nama rancangan tv. Nak tahu? Perpustakaan la. Di Denmark banyak tempat yang ade ‘tek’. Contohnya, Apotek (Farmasi), Fotek (Rangkaian Pasaraya) dan banyak juga company yang mempunyai nama dengan akhiran ‘tek’ (kerana bermaksud teknikal).
Lyngby Stadsbibliotek |
Menziarah ‘bibliotek’ merupakan amalan rutin bagi saya. Ketandusan bahan bacaan yang boleh di baca (english version) memaksa saya melawat Lyngby Bibliotek dengan agak kerap. Perpustakaan yang terletak 3.4km dari rumah hanya mengambil masa kurang dari 10 min dengan menaiki bas #170 dengan kadar pencemaran udara 0.48kg CO2 (emission of green house gases) bagi perjalanan sehala.
Selain daripada program kebudayaan seperti menonton teater dan mendengar orkerstra, masyarakat di sini turut gemar membaca. Budaya membaca adalah budaya hidup mereka. Akulturasi dan pembudayaan ilmu dipupuk dari kecil lagi agar menjadi satu budaya yang mapan. Ya, mereka memang etnosentrik dan gemar mengakomodasikan budaya mereka. (berapa banyak budaya daa. Ape aku merepek ni. Korang faham ke??)
Di mana saja mereka berada, ada buku di tangan. Pernah ternampak seorang lelaki di stesen keretapi bergaya skinhead, berambut trojan, bersubang di kening dan bibir serta bertatu naga di lengan, namun dengan selamba membaca romance novel. Tak ke ganas tu?
Ruang lobi...Cuba teka yang mana satu bendera Denmark? |
Ruang legar tempat exhibition. Terdapat TV untuk bermain games. |
Perpustakaan yang biasa saya kunjungi ini agak moden. Lobinya sempoi berdekorasi ruang tamu rumah siap ada gambar Marilyn Monroe di dinding. Terdapat troli dan bakul (seperti pasaraya) yang membolehkan pengunjung ‘memborong’ buku-buku yang ingin dipinjam dan dibaca.
Bahagian kanak-kanak |
Terdapat juga ruangan kanak-kanak yang lengkap dengan permainan yang sewaktu dengannya. Yang tak bestnya kebanyakan buku dalam bahasa Danish dan hanya terdapat 3 rak buku berbahasa Inggeris. Buku-buku pulak dah tahap lapuk.
Nasib baik ada ruangan magazine yang berderet-deret. Boleh la belek latest edition majalah Times, Newsweek dan The Economist. Café juga berada dibucu Library yang membolehkan pengunjung menghirup kopi panas tanpa gula dan mengunyah sandwich sambil leka membaca. Selain itu terdapat juga koleksi puluhan ribu dvd, cd, cakerapadat lagu-lagu dari rock kapak & gergaji hinggalah Hip Hop Horray serta Jazz. Terdapat juga pelbagai DVD filem dan games (macam kedai CD plak) yang boleh dipinjam. Yang penting DVD cerita terbaru Hindustan pun ada!
Orang sini pun layan Hindustan ke? Ayoyo |
sangat kagum dengan pepatah terakhir tu... ermm lama gila tak jadi ulat buku... asyik jadi ulat VCD korea jer... :P
ReplyDeleteTinggal 4 hari lagi jer GA PILIH THEME BLOG
kat sini, takde pun library elok mcm ni. Qatar National Library wujud, tp bangunan lama yg dr luar pun buruk. Amalan membaca mungkin kurang, tp mungkin org kat sini byk baca buku agama/al quran je kot... hmmm...
ReplyDeletebestnya library tu...terkejut tang endustan tu hehe
ReplyDelete@sWeetddARLiNG: ulat vcd?
ReplyDelete@zal: May be culture kat Doha lain sikit kot
@Hanis MY: Yep. Hari tu pi pinjam buku ehh bukan, DVD citer Hitrik Roshan..haha