Sunday, January 9

Imam Muda Musim Kedua Lebih Global


Imam muda musim kedua akan menjadi lebih global. Penyertaan Imam Muda musim ke2 akan di buka kepada muslimin dari seluruh dunia. Penyertaan dari pelbagai negara sudah pasti akan mewujudkan persaingan sihat di kalangan peserta.

Imam Muda Musim Pertama iaitu rancangan program reality terbitan Astro Oasis dengan kerjasama JAWI telah menjadi fenomena apabila mendapat liputan meluas di peringkat antarabangsa. Kebanyakan negara luar memuji kewujudan program reality tv sebegini yang memupuk nilai-nilai moral dan budi pekerti mulia disamping mendalami ilmu Islam.
Berita Imam Muda musim pertama sampai ke Denmark
Malahan, turut mendapat liputan hingga ke Denmark. Berita kemenangan Imam Muda musim pertama, Sdr Muhammad Ashraf Ridzuan muncul di dada akhbar ‘metroXpress' pada 13 August 2010 yang lalu.
metroXpress- akhbar percuma dalam train setiap hari minggu (pic from here)
Info Imam Muda Musim Kedua

-Program Imam Muda musim kedua dijangka disiarkan secara rasmi mulai 25 April 2011
-Bekas Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al-Hafiz masih dikekalkan sebagai Mudir.
-Setiap calon antarabangsa beragama Islam berumur antara 18 dan 27 tahun yang berminat mestilah berkebolehan bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat utama.

Anda berani? Jom join!!
Sesi uji bakat di jemput hadir ke lokasi-lokasi berikut:

22 –23 Januari 2011: Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Baru.
28 –29 Januari 2011: Balai Islam Lundang, Kota Baharu, Kelantan.
11 –12 Februari 2011: Masjid Zaher, Alor Setar, Kedah.
19 – 20 Februari 2011: Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.
26 – 27 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah.
05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

>Kriteria masih lagi seperti musim pertama iaitu lelaki, beragama Islam, fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

>Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam.

Sumber:


....Tengah tunggu Imam Muda versi Denmark..kui2 

7 comments:

  1. tak sangka liputan isu dan berita sampai ke denmark. Syabas

    ReplyDelete
  2. hebat Imam Muda ni.hope dpt kekalkan kualiti disebalik populariti.peace!

    ReplyDelete
  3. salam

    semoga islam kekal hingga ke akhir zaman..

    salam perkenalan dan follow ur blog :D

    ReplyDelete
  4. bagus semakin menyerlah program ni untuk kebaikan

    ReplyDelete
  5. @EzzEddin: Memang baguih, liputan sampai ke sini
    @a's: harap musim ke2 lagi hebat
    @sissyire: salam perkenalan
    @Sharinginfoz: Memang bagus & banyak kebaikan

    ReplyDelete
  6. wahh bagusnyaa...sampai ke denmark nun.. kalau mcm tu sy nak promosi album kat sana la haha...

    ReplyDelete
  7. kita ni masih kekurangan sponsor korporat utk prog2 ilmiah agama mcm ni. sektor korporat lg suka menaja prog2 hiburan merosakkan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...