'Sepahit-pahit Kopi Sri Langka, Pahit Lagi Pengalaman Saya'
Ceritera Kisah Benar ini bersempena Segmen Pengalaman Pahit Saya-PPS dan mungkin akan digunakan Steven Spielberg untuk filem terbarunya 'Indiana Jones and the Secret Gas'.
Detik: 12.05 tengahari waktu Denmark, 7.05pm waktu Malaysia.
Lokasi: Stesen S-Tog (Train) Hellerup, Denmark (55°73'86"N, 12°5'26"W)
Mentari enggan muncul sekali lagi. Mendung bertandang tanpa diseru. Sayup-sayup bunyi dari kejauhan menandakan ketibaan keretapi yang tidak lagi mengunakan api untuk bergerak. Keretapi S-Tog berlabel 'B' ke Holte itu bertandang menepati waktu jadual di dinding. Aku terus menerjah ke salah satu gerabak dan mendamparkan diriku di ruang tempat duduk yang masih kosong di sebelah Pak Cik Salleh.
“Goddag.” Tegurku ringkas dalam Bahasa Danish. Pak Cik bermata biru itu hanya tersenyum menampakkan gigi yang rompong di bahagian bawah, menjadikan dia hanya mempunyai 30 batang gigi sahaja.
Keretapi bergerak terus pantas mengelunsur di atas laluannya. Namun tidak sepantas kereta Ferrari. Setiap saat berlalu tanpa perlu dikira. Perjalanan selama 1080 saat ke stesen S-Tog virum itu tidak kualpakan walau sedetik.
Dari kejauhan (sebenarnya hanya 4 ela) kelihatan Mak Cik Salleh leka membaca akhbar. Tanpa dipaksa, aku mengambil suratkhabar percuma MetroXpress. Kubelek-belek tekun, lagak bagai memahami Bahasa Danish yang baru kupelajari sebulan setengah. Tiba dihelaian Sudoku, termangu daku seketika memikirkan angka yang perlu diletak.
“Apa susahnya, kan dah tahu jawapan. Masukkan je la no 1 hingga 9.” Terngiang-ngiang kata-kata kawanku suatu ketika dulu di gegendang telingaku tatkala membuat sudoku.
Tiba-tiba, cuping telingaku mendengar suatu. Bunyi yang perlahan hampir 34 desibel itu menghasilkan resonans yang panjang. Namun, pitchingnya lari sedikit.
Dalam masa kurang 13 saat, semerbak bauan pelik terus menerobos masuk ke rongga hidungku. Kelihatan 8 pasang anak mata terus menjeling padaku. Aku membuat muka 30sen. Rupa-rupanya Pak Cik Salleh bermata biru itu melepaskan gas Hidrogen Sulfida secara rahsia. Bauan yang mencemarkan udara dan meningkat kadar Air Pollution yang mungkin boleh menipiskan ozon.
Train tiba di Stesen S-Tog Virum. Aku bergegas ke pintu. Langkahku laju keluar menjejak platform dengan perasaan yang kurang senang.
Dalam sanubariku berkata “ Bukan aku yang kentut!,”
Aisey..kenape tak de lambang ni dalam train?? |
....Moral of the story : Jangan melepaskan angin merata-rata, nanti orang lain ditimpa malu.
wakaka
ReplyDeleteadui..
ReplyDeletetergeliat usus gue..
ehheee
@mie: jgn terbelit usus sudah..
ReplyDeletehahaha kasihan..sy bersimpati :)
ReplyDeletep/s: saje je kasi gimik tang kuis2 tu hehe...
keh keh keh. mmg patot letak sign jgn kentut di tempat awam tu.. air pollution menngkat nnt
ReplyDeletememang pahit betul lah pengalaman tu
ReplyDeletehaha, kalau lembu punya kerja sapi dapat nama tak apa, benda baik, ni kentut, maluu sja kn?
ReplyDeletebtw, i love to play sudoku:)
hahaha. comey je. hahaha.
ReplyDelete@piNKy LuCiA: Gambar org kentut comey ke?..huhu
ReplyDeletemacam-macam laaa..
ReplyDeleteekekeke