Friday, January 7

Selamatkah Jalan Raya di Malaysia?


Salah satu perbezaan ketara apabila melintas jalan di Malaysia dan di Denmark ialah anda boleh sewenang-wenangnya melintas jalan di zebra crossing dengan 96.52% yakin tidak akan dilanggar. Pemandu kereta di sini sangat takut kepada pejalan kaki. Jika tidak diberi laluan maka kereta tersebut boleh dilaporkan dan boleh dikenakan saman.
Zebra crossing??
Statistik kemalangan 2010 di Denmark (bagus betul depa, baru 6 hari di tahun 2011, statistik 2010 dah siap) menunjukkan penurunan jumlah kematian akibat kemalangan iaitu hanya 267 orang berbanding tahun 2009 (303 orang). Yep, 267 orang meninggal setahun bukan seminggu, OK!

Namun, jika dibandingkan dengan Malaysia, angkanya lebih mengujakan. Pada tahun 2009, berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya.
Red Light di Wangsa Maju. (Pic from Sunsurf)
Laporan Status Global mengenai Keselamatan Jalan Raya 2009 oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia menduduki tempat ke-46 daripada sejumlah 172 negara daripada segi catatan jumlah kematian akibat kemalangan melibatkan setiap 10,000 kenderaan berdaftar.

Pada 2009,  23.8 kematian berlaku bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia, iaitu 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden, Denmark dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk Denmark.
Banyak kereta masuk tergelincir bila snow di sini (pic from here)
Sumber : MIROS 

….18 orang mati di jalan raya setiap hari di seluruh Malaysia, tidak ramai yang peduli.

5 comments:

  1. hurmm.pasal bab ni kene bagi kesedaran sivik sikit kat semua pemandu malaysia...
    Tapi susah sbb kebanyakan orang malaysia bawak kereta mmg laju-laju belaka....hiks

    ReplyDelete
  2. sama mcm germany, pedestrian kat sana mmg xperlu riso. tp kena melintas di zebra cross. diorang akan slow kalau dah nk sampai zebra cross walaupon takde org nk lintas

    ReplyDelete
  3. kt malaysia ne,.bazir duit je wat zebra cross ne....xda org nk patuh pon

    ReplyDelete
  4. pemandu malaysia ni xda adab. tu yg aksiden byk tu.. tmbah2 pemilik keta buatan negara yg dimodifiedkan jd keta lumba kat jln raya tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...