Thursday, February 10

Lawatan Bertemu 25 Mayat

Apakah perasan anda melihat atau melawat orang yang telah mati? Ngeri kan. Namun, atas nama sains dan bagi mempelajari bahasa Danish, semua rakan sekelas Bahasa Danish saya telah berpeluang melawat Experimenterium di Hellerup secara percuma.

Pameran yang bertajuk ‘Body Worlds’ ini diadakan di Experimenterium (Pusat Sains Denmark) yang kebetulan bersebelahan dengan lokasi tempat kami belajar bahasa Danish. Tiket yang dikenakan adalah 160kr (RM 89) dan bagi pelajar adalah 70kr (RM39). Hmm..kalau pergi sendiri mungkin fikir 3 kali..Nasib baik dapat masuk percuma!

Pameran seluas 1,000 m2 dengan 25 badan mayat lengkap yang sebenar dan 200 organ yang pelbagai ini merupakan yang pertama di negara Scandanavia. Namun, rasenya dah pernah ada pameran seumpana ini di Singapore pada 2010. Proses pengawetan mayat adalah menggunakan kaedah ‘Plastination’ yang dipelopori oleh Gunther von Hagens. Tisu yang rosak digantikan dengan bahan plastik dan silikon bagi menguatkan struktur badan mayat tersebut.
Tujuan utama pameran ini adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang organ dalaman manusia dan cara ia berfungsi, perbezaan badan manusia yang sihat vs tidak sihat (contohnya badan atlet/gimnas vs orang biasa dan badan orang sihat vs orang berlebihan lemak). Terdapat juga organ seperti peparu manusia yang berbeza antara perokok dan bukan perokok seperti mana yang dilihat pada gambar kotak rokok (tapi yang ni yang real!). Selain itu, pameran ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai anatomy terutamanya dikalangan pelajar sekolah.
Korang tahu apakah tulang paling kecil dalam badan manusia? Tak tahu bukan. Sebenarnya tulang terkecil dikenali sebagai ‘stirrup bone’ (stapes) yang hanya berukuran 0.25-0.33cm dengan seberat 1.98-4.3mg. Tulang ini terletak di antara telinga manusia. Cehh.. dah jadi macam doctor plak. Bahan pameran yang paling memperonakan adalah melihat proses kejadian manusia. Bayi dalam ibu mengandung dan dari sekecil-kecil fetus hinggalah bayi yang berumur 34 minggu (dah ada rambut, blonde plak tu). Nampak semua plasenta dan urat serta tali pusat. Dan terdapat juga 2 mayat lelaki dan wanita yang sedang melakukan aksi xxx yang sukar digambarkan dengan kata-kata  disini.
Pusat sains yang penuh dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Selepas penat melihat mayat, kami terus menjadi sebahagian kanak-kanak dan pelajar sekolah melakukan pelbagai aktiviti yang terdapat di pusat sains tersebut. Semua aktiviti adalah berorientasikan adalah sains seperti fizik, kimia dan juga biologi yang amat sesuai untuk pelajar sekolah (macam Petrosains di KLCC, cuma di sini lagi banyak aktiviti fizikal).
Rakan sekelas yang girang cuba berlakon dalam filem ala-ala CGI
Bergambar dengan thermal camera

...harap-harap tiadalah roh mayat-mayat tersebut ikut balik ke rumah..

5 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...