Tuesday, November 29

Enjoy Learning, Fun Journey

Al-kisah baru-baru ini penulis DKKC berpeluang menjengah beberapa company di negara Denmark ni. Sedari zaman undergraduate dulu, memang suka benar mengikuti lawatan. Tak kiralah melawat kilang ke company ke. Janji keluar jalan-jalan sambil belajar. Ye la, bosan gak asyik tengok equation dan gambar dalam buku je. Lagipun rasa dah lama benar tak memakai safety helmet dan kasut gedabak safety shoes. Rindu benar arena kegemilangan pekerjaan, kerjaya sebagai jurutaktera di Pasir Gudang tak lama dulu.
Company yang pertama dilawati adalah Inbicon. Kilang ni terletak di kawasan Kalundborg yang agak dikenali sebagai The Green Industrial Municipality. Inbicon merupakan company di bawah DONG Energy A/S (kalau kat Malaysia macam TNB). Company ini merupakan Biomass Refinery yang menghasilkan ethanol, sebagai bahan api. Kiranya macam alternative energy la ni.
Pilot Plant Inbicon di Kalunborg. Yang naik basikal tu, adalah Plant Manager
Yang menariknya, sumber ethanol ni dihasilkan dari 2G. ’G’ kat sini tak de kaitan dengan 3G talipon tu. ’2G’ ni bermaksud second generation (generasi kedua). Sebelum ni, orang kecoh-kecoh pasal isu sivik pasal makanan sebagai bahan api. Ye la, tak kan sanggup gunakan jagung atau vegetable oil untuk masakan untuk diconvert sebagai bahan api, sedangkan ramai lagi manusia kat dunia ni, terutama di Afrika yang hidup melarat tak cukup makanan. Lantaran timbul idea 2G ni. Generasi kedua ni maksudnya, bahan api tidak digunakan dari punca utama makanan (misalnya jagung ataupun wheat), tetapi menggunakan ’inedible biomass’ iaitu jerami atau lebih dikenali sebagai ’straw’.
Yang ni plak untuk generate electricity
Penulis DKKC memang tabik dengan company ni, walaupun profit margin adalah sangat rendah tetapi demi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber petroleum dan juga mengurangkan CO2 effect, jadi mereka sanggup teruskan operasi kilang. Lantaran itu, hasil ethanol diprocess menjadi sumber bahan api dan dijual kepada stesen minyak tempatan iaitu StatOil dan dikenali sebagai minyak Bio95. Di Malaysia sebelum ni pun ada Biodiesel, iaitu campuran palm oil dan diesel. Tapi biodiesel kat Denmark ni memang lebih ’green’ sebab tak menggunakan palm oil, soyabean oil mahupun rapeseed oil untuk menggerakkan enjin kereta, pakai jerami je!
StatOil menjual minyak dari 'jerami'

Company yang kedua diterjah adalah FLSmidth. Sebenarnya trip ni adalah bersempena dengan satu conference pelajar undergraduate bagi pelajar Chemical Engineering and Applied Chemicals bagi Scandinivia Univeristies. So, Penulis DKKC ambil kesempatan tumpang 2 kaki.
FLSmidth Research Manager yang nampak sempoi tapi bijaksana
Syarikat FLSmidth terletak di pinggir bandaraya Copenhagen, iaitu di Valby. Lawatan ni sebenarnya kurang mengujakan. Lagipun company ni buat simen dan proses bahan mineral. Simen-menyimen ni kureng sket. Walaupun related la jugak dengan bidang yang diterokai sekarang, chemical engineering. Tapi, ada juga yang menarik dan berilmiah. Contohnya apabila FLSmidth Research Manager menerang pasal cara-cara depa memproses waste dan juga mengurangkan kesan pencemaran kepada persekitaran. So, bukan pergi setakat nak jalan-jalan cari makan je. 
Ni la hidangan tea break. Cendawan, cili benggala, carrot dan timun tu bukannya untuk goreng buat sayur ye. Ni semua dimakan mentah-mentah. Macam snack gitu. Asparagus pun ada (tak de dalam gambar sebab ada dalam mulut)


Bercakap pasal makan, penulis memang suka polisi company ni. Semua pekerja (hampir 600 orang kot) diberikan hidangan makanan tengahari percuma. Makanan yang disediakan adalah ’superb’. Macam hotel 3 1/2 bintang. Ada macam-macam menu, dari vegetarian hinggalah seafood. Memang banyak pilihan dan dessert segala bagai yang menyelerakan. Motifnya? Tak payah la pekerja terkejar-kejar keluar lunch, cari parking, makan cepat-cepat dan terkejar-kejar balik masuk ofis semula. Kan dah kurang produktif tu.
Antara yang menyertai rombongan. Yang geng-geng baju merah dan bertopi putih tu adalah students dari  Finland. Katanya ni memang uniform khas mereka kalau pergi lawatan. Baju penuh dengah batch dan sticker. Pelik sungguh

Company yang last skali dilawati adalah berdekatan je dengan tempat yang penulis menuntu ilmu skrang ni, Danmarks Tekniske Universitet. Haldor Topsoe ni plak company yang memproses catalyst. Company ini merupakan antara pelopor dalam menghasilkan baja urea kat dunia ni. 
Setengah jam ceramah. 15 minit rehat (makan). Ceramah lagi, makan lagi.
Selain itu, company ni jugak tengah sibuk dengan project SAMUR. Bukan sumur di ladang. Tapi Sabah Ammonia Urea (SAMUR). Projek ni adalah dibawah Petronas Chemicals Group Berhad (PCG), iaitu membina sebuah kilang tahap mega kapasiti. Ammonia Urea Complex ni bakal dibina di Sipitang Oil & Gas Industrial Park(SOGIP), Sabah menjelang suku ke-2 2012. Projek SAMUR ni ada la pakai teknologi dari Haldor Topsoe.
Game loading. Lego-lego mewakili catalyst yang berbeza
Rasanya trip ke kilang ni yang paling best. Bukan setakat berceramah je, ada juga Game. Game yang dikenali sebagai ’Loading Game’ ni dijalankan adalah secara berkumpulan. Game ni memerlukan kreativiti dan sedikit keilmuan dalam bidang catalyst yang mana setiap kumpulan perlu membuat perkiraan dalam memilih 4 jenis catalyst untuk dipropose kepada customer. 
Seperti yang dijangka (ayat berlagak), kumpulan kami menang. Dan hadiahnya ada macam-macam termasuklah sekotak daun terup berjenama Haldor Topsoe. Nak menggalakkan orang berjudi ke ape?? 

11 comments:

  1. wahh menariknya... hidangan teabreak tu sgt menyihatkan...

    ReplyDelete
  2. salam kenal..

    boleh lah jengah tips kat sini nanti.

    ReplyDelete
  3. belajar dalam kelas aje memang bosan. Belajar dari pengalaman atau hands on lebih berkesan dan lebih nampak... Barulah senang faham teori yg dalam kelas...anyway, cendawan makan mentah? wow...tak berkulat ke? haha

    ReplyDelete
  4. @HanisMy: Hidangan sihat. Tapi kalo ada karipap, tentu sambar karipap je.
    @Yan: Salam kenal.TQ sudi singgah
    @Zainur: First time cuba makan fresh mushroom. Sedap!

    ReplyDelete
  5. memang mantap..!!!

    kat vietnam pon, kalau bekerja di kilang, semua pekerja akan disedikan makanan percuma di canteen/cafe..

    ReplyDelete
  6. biasa dgr nama company haldor topsoe ni time blaja dan keje skang..rupanya denmark mari ke...hehe..catalyst..gerun je bila igt blk subjek reaction engineering sbb mmg byk main ngan catalyst2 ni..tapi lebih mudah paham kalau kita pegi lawat sendiri kilang company tu...

    ReplyDelete
  7. wah, dari klate ke copenhagen. pertama kali jumpa blog begini. teruskan usaha.

    ReplyDelete
  8. Salam Yong, nak tergelak tu...hadiah dpt kad poker. Tapi suka tengok jamuan ringan tu, bagus utk org nak diet!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...