Salam pertemuan kembali. Kini dah bermula awal musim luruh. Maka tibalah musim buah epal. Kat sini boleh la dikatakan pokok epal banyak tumbuh sana-sini. Kalau berbasikal
di sekitar kawasan kediaman, banyak kelihatan pokok epal yang di tanam di kawasan rumah. Buahnya jatuh melambak-lambak. Depa tak nak kutip ke? Pelik sungguh. Mungkin banyak sangat, dah tak de harga dah. Alaa, macam pokok rambutan kat kampung2 kat Malaysia, tak laku bila dah banyak sangat.
Al-kisahnya penulis DKKC dah lama bebenor teringin nak merasai pengalaman memetik epal dan terus ngap ke mulut. Alhamdulillah, akhirnya hajat kesampaian jua. Hujung minggu lalu kami mengajak kengkawan bersama-sama pergi ke ladang epal. Sejak duduk obersi ni, inilah kali pertama menjejakkan kami ke ladang epal. Sebelum ni pernah juga memungut strawberri di ladang. Dan kali ni ke ladang epal la plak. Di sini buah-buahan masak secara bermusim. Biasanya bermula dengan buah strawberry dan di akhirnya dengan musim epal.
Strawbery : 23 June - 15 JulyKacang Peas : 23 June - 15 July
Ceri : 1 July - 15 Aug
Raspberries : 20 July - 15 Sept
Blueberries : 10 Aug - 5 Sept
Plum : 15 Aug - 15 Sept
Epal : 1 Sept - 15 Oct
Ladang Frydenlund Frugtplantage sebenarnya tidah jauh dari rumah kami, iaitu hanya 8km. Kalau di Malaysia, jarak 8km confirm kena naik kereta. Kat sini, setakat beberapa km tak de hal. Jadi, kami hanya berbasikal. Maklum la tanahnya landai, lagipun suhu yang nyaman tidak memenatkan badan sangat. Kayuh sambil memerhati pemandangan syok la jugak.
Tiba di ladang, perasan jakun dan excited tidak dapat dibendung lagi. Maklum la, orang kampung. Mana pernah ke ladang epal yang ada beribu-ribu pohon epal. Lebat-lebat pulak tu. Walhal, pernah la jugak tengok pokok epal kat Taman Mardi di Cameron Highland dulu-dulu. Tu pun dalam pagar. Tapi, yang ni real punya, bukan setakat boleh masuk, malah boleh kutip dan rasa lagi.
Memang best petik hasil tanaman orang. Tak perlu penat-penat tanam pokok. Kan best kalau ada kat Malaysia. Tapi rasanya kat Malaysia pun ada juga konsep bayar dan kutip buah-buahan sendiri sebegini. Tetapi, kalau pokok-pokok yang dah biasa jumpa, macam rambutan, duku, langsat dan sebagainya, kan dah biasa sangat tengok, jadi tak la excited. Lagipun kat area rumah kat kampung pun ada. Baik beli je kat kedai, tak perlu payah-payah panjat dan petik di pokok. Tak gitu?
Konsep ladang epal yang kami pergi ni senang je. Mula-mula semua pengunjung diberi peluang merasai jenis epal yang ada. Kemudian, boleh pergi ke lorong-lorong tertentu dan petik sendiri jenis-jenis epal yang disukai. Lepas tu, bayar. Nak rasa seberapa banyak pun boleh. Sekilo? dua kilo? Free je makan kat ladang. Ladang epal ni sebenarnya besar la jugak. Epalnya ada bermacam-macam jenis. Tapi tak de plak yang warna hijau. Kebanyakan pokoknya masih muda remaja. Jadi semuanya agak rendah dan senang nak petik. Rasanya, ohh sungguh segar dan sedap dinikmati, memang terbaik dari ladang la katakan.
Oh ya harga yang dikenakan adalah 15 Kr bagi sekilo. Lebih kurang RM8 je. Kami dok ralit petik, hasilnya hampir 4 kilo epal yang dibawa pulang. Cukupla bekalan epal untuk seminggu dua..
P/s: Orang kat Malaysia jangan nak jeles lebih2, kat Malaysia pun banyak buah-buahan yang best2..huhu
banyaknya epal.
ReplyDeletekelik tanam kelate so bos.
meme banyok. beribu-ribu. Kelik kelate kene tane dale peti sejuk, baru hidup
ReplyDeleteWaaa... jangan akak mengidam nak makan epalsana sudahhh..
ReplyDeletehu3
salam sejhtera,
ReplyDeleteHe mama tak pernah tgk epal beratur!
Salam..., bak kate phrase orang putih yang akak selalu ingat masa sekolah dulu, 'An Apple a day keeps the Doctor away..' So kalau dah banyak2 tu buat apple juice memang elok untuk diminum...
ReplyDeleteWah bertuah dpt petik epal. Kiteorg kat sini musim epal dah habis. Ada baki sikit2 je yg x gugur.
ReplyDeletewohhoooo... mewahnya dgn epal..!!! fresh from the tree..
ReplyDelete@ISZA: Epal sana dan sini sama je rasanya. Kalu mengidam epal, senang nak dapat :)
ReplyDeletemama ju: rasanya sebab banyak sangat yang luruh, so depa kumpul dan jemur je.
Arina: An Apple a day keeps the Doctor away..harap2 lepas ni sihat sokmo la
@Mami Little Hero: Memang best bila dapat pengalaman sebegini
@M.u.l.a.n: kemewahan epal..
walaupun kat sini ada aktiviti petik2 epal ni..tapi saya masih belum mencuba.But i will sure try one day :)
ReplyDeletebanyak gila buah yg freshh
ReplyDelete@Khairul Abdullah: Try jangan tak try!
ReplyDelete@faifakhirin: yes, semuanya fresh from the farm!
keje petik memetik buoh ni teman slalu buat masa kat new zealand. dh mcm bangla kengkadang, kulit teman ni hangus dibuatnyer. penat tp seronok
ReplyDeleteTeringin juga nak petik...bila Malaysia nak tanam epal ni.
ReplyDeletekami petik epal kat tesco ja hehe..bestnya dapat makan yg fresh mcm tu..
ReplyDeletedlm list ingin petik apple fresh dr ladang :)
ReplyDeleteXada kerja kosong ke kt sana?
ReplyDeleteKawe ore kelate nk cri kijo sano xdok saing
terbaik bro, anda salah seorang yg terpilih
ReplyDelete