Ikan segar di Denmark adalah
agak mahal. Oleh itu, selalunya kami hanya mampu membeli ikan yang dah beku dan kejung je. Yang fresh tu mahal
sangat. Oleh itu, bila dengar Student Club di Department penulis DKKC kat Universiti anjurkan Fishing Trip on Øresund, terus register cepat-cepat. Al-maklumla bukan senang
dah dapat peluang menimba pengalaman memancing ikan di tempat orang nih.
|
Bot 'Skjold' yang disewa (5900kr=RM3100) untuk memancing beberapa jam di Selat Øresund |
Kami bertolak dari Vedbæk Havn, iaitu sebuah kawasan pelabuhan kecil terletak tidak jauh dari kawasan Universiti. Lokasi memancing adalah di Selat Øresund yang terletak di antara Denmark dan Sweden. Sebuah bot disewa khas dari satu
company kecil bernama
Skjold yang
menyediakan perkhidmatan bot dan juga pinjaman batang joran untuk para pemancing. Bot yang disewa dengan harga 5900kr tersebut adalah bersaiz
sederhana dan boleh memuatkan seramai 29 orang pemancing. Tapi trip kali ini hanya 26 orang yang join.
Dalam ramai-ramai tu hanya seorang gadis yang ikut serta, tu pun join sebab
teman boifren dia.
|
My Fisherman's friends |
Oh ya, memancing di Denmark
memerlukan lesen. Bukan boleh main-main pancing sana sini. Nanti kene saman. Ada
dua jenis lesen iaitu untuk
memancing (Angler) dan juga menjala (recreational fishermen). Kami hanya
membeli lesen Angler untuk 24 jam iaitu dengan bayaran 40 kr. Lesen untuk
seminggu adalah 130kr, kalau lesen setahun 185kr. Lesen memancing ini dikawal oleh The Danish AgriFish Agency di bawah Ministry of Food, Agriculture and Fisheries.
Tapi senang je boleh beli online
ataupun di pejabat pos dengan syarat berumur 18-65 tahun. Tapi yang pentingnya
semua student yang pergi fishing trip ni tak perlu bayar sesen
pun, kos beli lesen,sewa bot dan juga lunch semuanya ditanggung oleh dengan duit tabung Chemical Engineering Student Club yang kaya.
Bot yang disewa lengkap sistem navigasi moden beserta radar pengesan ikan. Mula-mula,
bot berlegar-legar berhampiran Ven Island, pulau kecil milik Sweden dan kemudiannya bot berhenti bila jumpa kawasan kumpulan ikan herring.
Bila dah sampai ’port’ yang sesuai tokey bot
bunyikan loceng menandakan boleh mula. Dah macam pertandingan memancing plak.
|
Setengah jam je dah 25 ekor. Sisik ikan Herring mudah tertanggal.. |
|
Simon and Me with two Mackarel fish. |
Ingatkan memancing di atas bot di
tengah lautan ni susah. Rupanya
senang je. Teknik casting (pemancingan dasar) digunakan dan tak perlu pakai
umpan hidup. Hanya umpan buatan iaitu jig atau popper digunakan dan ianya yang
bewarna terang serta berkilau di dalam air. Satu set jig ada 4 mata kail,
maksudnya setiap kali pancing boleh dapat 4 ekor sekaligus.
|
Simon gembira dapat Ikan Herring saiz besar, 4 ekor sekali gus |
Jenis ikan yang ditangkap
bergantung kepada musim atau bulan tertentu. Bulan Oktober hingga Disember
adalah musim ikan Herring. Oleh itu, majoriti ikan yang berjaya ditangkap
adalah jenis Ikan Herring atau ’sild’ dalam bahasa tempatan. Ikan Herring di
sini kecil je, bersaiz 14-18cm, rasanya jenis clurpea hanrengus membras (ikan
herring baltik) sebab dah berdekatan dengan Laut Baltik. So, yang agak-agak
kurang dari sejengkal, Penulis DKKC campak je semula kat dalam air. Tapi, Penulis
DKKC bernasib baik kerana berjaya juga menaikkan 3 ekor ikan makerel. Kalau nak
diikutkan musim ikan makerel dah berlalu (Julai- September). Selain tu, ada
juga jenis ikan lain seperti ikan kod ('Torsk' in Danish), Ikan garfish (Todak) dan juga Flatfish
(Ikan sebelah), tapi jenis2 yang ni kene pergi lubuknya baru dapat. Katanye bluefin tuna pun ada juga, tapi time
winter je.
|
Begini rupa ikan Mackarel |
Ikan herring bergerak secara
berkumpulan besar tapi cepat beredar. Oleh itu, bot yang kami naiki perlu ’mengejar’
kumpulan ikan tersebut. Sepanjang beberapa jam memancing, bot bergerak dan
berhenti sebanyak 3 pitstop. Masa pitstop terakhir Penulis DKKC dah mula angkat
tangan dan berhenti memancing sebab dah banyak sangat dapat. Tak larat nak pikul bawa
balik. Time tu semua dah mula sibuk membersih dan menyiang ikan masing-masing.
|
4 meja menyiang ikan disediakan. Senang, balik basuh dan terus grill! |
Yang kurang bestnya ikan herring
ni banyak tulang. Tulang-tulangnya halus macam ikan terubuk. Sebab tu ikan terubuk
juga dikenali sebagai river herring
ataupun shad. Actually, Ikan parang juga dikenali sebagai wolf herring. Orang-orang Nordic countries macam
Denmark ni gemar membuat smoked salted
herring. Kiranya makan tradisional gitu. Sebab masa dulu2, salai je pakai asap pastu
boleh buat stok time winter. Tapi kami tak reti nak buat asap-berasap ni. Just
grill dan goreng2 gitu je. Sebab segar, isinya manis. Jauh lebih sedap dari
yang frozen yang selalu beli. Alhamdulillah dapat rezeki di lautan, boleh la
buat stok seminggu.
|
Satu sinki ikan hasil tangkapan. Cukup la bekalan untuk satu minggu :) |
Memang segar sungguh,kalau jenis yang banyak tulang ni akak selalunya kelar di badan ikan rapat-rapat...so bila goreng biarkan garing hingga ranggup tulang pasti rapuh,senang makan..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteOOO...dasat gak ek kat sana, susah dapat ikan segar. Nasib baik gak DKKC jenis makan ikan, berbaloi la gi memancing dapat byk gitu...
sungguh bestnya memancing di atas kapal...dapat ikan pun segar belako..
ReplyDeletewahhh..best. Dah lama tak makan herring n mackarel segar ni...selalu yang keras kejung tu jer :)
ReplyDelete@kak mah: yep, kena kelar banyak2 baru senang nak makan
ReplyDelete@ASP: Ikan segar mahal sangat kat kedai, so kena pergi memancing sendiri :)
@blog usang: Sekali sekala cari pengalaman..
@Khairul Abdullah: Yang segar ni memang jauh lebih sedap
waahhhh seronok tu..
ReplyDeletebehnyooo... jolo kak mah oyak tu goreng garing2 kunyah skali dengam tulam ikam
ReplyDeleteAssalammualaikum...
ReplyDeletesorry..lari topik ni.. Nak tanya, kat copenhagen mana ada apt or hostel yang murah and senang nak kemana-mana ye? Saya dan suami akan ke copenhagen december ni...sorry..xtau nak tanya kat mana...hehehe
Baru 'terjumpa' blog ni.. Terima kasih kerana berkongsi cerita dan pengalaman menarik saudara. Dan sangat informatif. Keep it up Bro!
ReplyDelete@mulan: Memang seronok :)
ReplyDelete@Hanis MY: Memang beh
@Skinny: Waalaikummusalam wrm bth. Boleh cari budget hotel kat area central station (misalnya hoetl saga)atau boleh cuba Danhostel Copenhagen City atau wake up copenhagen hotel. Better cari dari dekat bandaratau dekat train station, senang nak ke mana2.
@Tahir Jaafar: terima kasih sudi singgah dna baca :)
Nice travel tips...tompang baca yer...
ReplyDelete