Tuesday, September 25

Durian Tanpa Duri

Di Denmark, kebanyakan buah-buahan dari Asia boleh didapati dengan mudah. Maklum la ada kedai Thai Market. Al-kisahnya Penulis DKKC ke Asian market hujung minggu lalu, dan menemui durian fresh yang dijual. Walaupun yang fresh, tetapi bukanlah yang ada kulit berduri tu, tetapi berkulit tupperware plastik.  Harganya murah je, 102kr atau bersamaan RM 54 untuk 4 ulas. Satu ulas RM13.50... haha..

Tuesday, September 18

Sana Sini Epal, Terbaik Dari Ladang

Salam pertemuan kembali. Kini dah bermula awal musim luruh. Maka tibalah musim buah epal. Kat sini boleh la dikatakan pokok epal banyak tumbuh sana-sini. Kalau berbasikal  di sekitar kawasan kediaman, banyak kelihatan pokok epal yang di tanam di kawasan rumah. Buahnya jatuh melambak-lambak. Depa tak nak kutip ke? Pelik sungguh. Mungkin banyak sangat, dah tak de harga dah. Alaa, macam pokok rambutan kat kampung2 kat Malaysia, tak laku bila dah banyak sangat.
Al-kisahnya penulis DKKC dah lama bebenor teringin nak merasai pengalaman memetik epal dan terus ngap ke mulut. Alhamdulillah, akhirnya hajat kesampaian jua. Hujung minggu lalu kami mengajak kengkawan bersama-sama pergi ke ladang epal. Sejak duduk obersi ni, inilah kali pertama menjejakkan kami ke ladang epal. Sebelum ni pernah juga memungut strawberri di ladang. Dan kali ni ke ladang epal la plak. Di sini buah-buahan  masak secara bermusim. Biasanya bermula dengan buah strawberry dan di akhirnya dengan musim epal.
   Strawbery : 23 June - 15 July
   Kacang Peas : 23 June - 15 July
   Ceri : 1 July - 15 Aug
   Raspberries : 20 July - 15 Sept
   Blueberries : 10 Aug - 5 Sept
   Plum : 15 Aug - 15 Sept
   Epal : 1 Sept - 15 Oct
Ladang Frydenlund Frugtplantage sebenarnya tidah jauh dari rumah kami, iaitu hanya 8km. Kalau di Malaysia, jarak 8km confirm kena naik kereta. Kat sini, setakat beberapa km tak de hal. Jadi, kami hanya berbasikal. Maklum la tanahnya landai, lagipun suhu yang nyaman tidak memenatkan badan sangat. Kayuh sambil memerhati pemandangan syok la jugak.
Tiba di ladang, perasan jakun dan excited tidak dapat dibendung lagi. Maklum la, orang kampung. Mana pernah ke ladang epal yang ada beribu-ribu pohon epal. Lebat-lebat pulak tu. Walhal, pernah la jugak tengok pokok epal kat Taman Mardi di Cameron Highland dulu-dulu. Tu pun dalam pagar. Tapi, yang ni real punya, bukan setakat boleh masuk, malah boleh kutip dan rasa lagi.

Memang best petik hasil tanaman orang. Tak perlu penat-penat tanam pokok. Kan best kalau ada kat Malaysia. Tapi rasanya kat Malaysia pun ada juga konsep bayar dan kutip buah-buahan sendiri sebegini. Tetapi, kalau pokok-pokok yang dah biasa jumpa, macam rambutan, duku, langsat dan sebagainya, kan dah biasa  sangat tengok, jadi tak la excited. Lagipun kat area rumah kat kampung pun ada. Baik beli je kat kedai, tak perlu payah-payah panjat dan petik di pokok. Tak gitu?
Konsep ladang epal yang kami pergi ni senang je. Mula-mula semua pengunjung diberi peluang merasai jenis epal yang ada. Kemudian, boleh pergi ke lorong-lorong tertentu dan petik sendiri jenis-jenis epal yang disukai. Lepas tu, bayar. Nak rasa seberapa banyak pun boleh. Sekilo? dua kilo? Free je makan kat ladang. Ladang epal ni sebenarnya besar la jugak. Epalnya ada bermacam-macam jenis. Tapi tak de plak yang warna hijau. Kebanyakan pokoknya masih muda remaja. Jadi semuanya agak rendah dan senang nak petik. Rasanya, ohh sungguh segar dan sedap dinikmati, memang terbaik dari ladang la katakan.

Oh ya harga yang dikenakan adalah 15 Kr bagi sekilo. Lebih kurang RM8 je. Kami dok ralit petik, hasilnya  hampir 4 kilo epal yang dibawa pulang. Cukupla bekalan epal untuk seminggu dua..
P/s: Orang kat Malaysia jangan nak jeles lebih2, kat Malaysia pun banyak  buah-buahan yang best2..huhu

Saturday, September 1

Kenapa Qatar Airways The Best Airlines of the Year?


Tup-tap, dah pun masuk bulan Syawal kita semua. Kalau tahun lepas beraya dalam bilik kuliah, Alhamdulillah, hari raya tahun ni dapat kesempatan untuk untuk pulang beraya di Tanah Air. Tapi malu sehh, baru je sehari sampai kat kampung halaman, muka keluar Metro ruangan Salam Perantau. Kata dok kat perantauan, tapi tu dok jelepok kat beranda, tu sapa. Aisehh, kantoi la plak.

Actually, kepulangan ke Malaysia kali ini kerana ada urusan SPDA. Tapi alang-alang menyelam, telan la air sedikit. Hampir 3 minggu jugak pulang ke Tanah Air. Hmm… tak boleh lama-lama, ‘I tak tahan cuaca Malaysia’. Maklumla Malaysia panas seperti biasa. Berlagak tak sedar diri…hehe

Dan sempat la setelkan bende-bende yang penting seperti renew lesen dan permit memandu antarabangsa. Tapi yang lebih penting adalah dapat berjumpa dengan kedua orang tua dan mertua dan juga berhari raya di samping keluarga. Setelah hampir 2 tahun lebih berkahwin, inilah pengalaman pertama penulis DKKC dan Cik Puan Isteri beraya sebagai suami isteri.
Seekor kambing gurun oryx yang boleh terbang
Balik Kampung Naik Kambing Gurun
Ok, back to the story, nak citer pasal balik kampung naik kambing gurun sebenarnya. Kambing besi yang boleh terbang. Oryx namanya. Jangan nak pening-pening kepala. Sebenarnya Oryx tu adalah lambang syarikat Qatar Airways. Syarikat penerbangan based in Doha, Qatar. Atau juga dikenali sebagai Qatariah (ejaan jawi tertera pada pesawat). Sebab airlines ni je yang paling murah di samping tempoh transit yang paling singkat, so, kami booking je tiket balik Malaysia naik Qatar Airways tanpa was-was. Nak dijadikan cerita, selang beberapa hari tiket ditempah, Skytrax mengumumkan Qatar Airways won the title of World’s Best Airline for the second consecutive year semasa annual World Airline Awards kat France. So, keterujaan naik Qatar Airways pun bertambah. Bagus sangat Qatar Airways hingga menjadi pilihan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia?

Ni yang sedikit teruja nak cerita nih. Penerbangan kami dari Copenhagen (CPH) ke Kuala Lumpul (KUL) perlu transit di Doha (DOH). Kami berlepas menaiki kapal terbang jenis Airbus A330-200 dari Terminal 2 Copenhagen Airport jam 11.15am dan tiba di Doha International Airport jam 6.25pm. Yang bagusnya, sebelum berlepas doa menaiki kenderaan di bacakan. Rasa selamat dan tenang sikit.

Oleh kerana bulan puasa, memang sedikit mencabar menghidu bau hidangan orang duduk depan belakang, kiri-kanan sedang makan. Lupa plak, nak maklumkan kami puasa semasa booking flight. Tapi nasib baik ada pramugari yang prihatin, dan rupanya dia juga puasa, tapaukan 2 paket hidangan dan air untuk berbuka semasa transit dan boleh makan di kawasan Imigresen di Doha. Oh ya, pramugari flight Qatar airways ni semuanya antarabangsa semuanya. Ada pelbagai bangsa. Tapi majoritinya dari Asia. Entahlah, nampak muka macam dari Filipina, Vietnam, China. Tak de pun muka-muka orang arab.

Penerbangan dari DOH ke KUL diteruskan setelah transit sejam setengah. Cukup-cukup je masa. Tak dang nak shopping2. Tapi Imigresen kat Doha memang sempoi habis. Tak strict sangat. Check gitu-gitu je. Mungkin sebab tu adalah transit terminal. Yang kurang bestnya, semua pesawat parking jauh dari terminal. Airport Doha memang tak de aerobridge. So, tak kira ape class kena panjat tangga. Penumpang kelas economy dibawa naik bas ke terminal dan yang kelas tinggi naik limo atau luxury van.
Hidangan supper. Light sandwich isi ayam serta biskut munchy's made in Malaysia
Hidangan breakfast. Sedap!
Penerbangan kedua diteruskan jam 8pm dan pesawat penuh dengan orang putih yang nak ke Malaysia. Kali ni baru la boleh makan dalam flight. Hidangannya ok je. Lebih kurang airlines lain. Kalau perut lapar, ngap je ape2. Basic amenities turut diberikan. Small kit yang mengandungi stoking, blindfold, berus dan ubat gigi serta earplug.
Oryx Entertainment. Sempat la layan hindustan cerita Amitabh Bachan 'Cheeni Kum'
Yang bagusnya, walau kelas economy setiap seat penumpang ada screen video sendiri untuk entertainment. Macam-macam jenis filem, drama, documentary, music ada. Ada juga games dan flight info. Yang bagusnya ada audio semua surah-surah al-quran disediakan. Dan lebih hebat lagi, boleh pilih bacaan dari qari yang mana. Alhamdulillah dapat juga pahala lebih, tidur sambil mendengar bacaan surah-surah alunan suara Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi di bulan puasa. Selain itu juga, ada juga paparan Mecca direction untuk arah kiblat. Senang sket nak solat. Tapi kalo dah direction menghadap belakang kapal terbang, nak buat macam mana kan. Hmm kena la kreatif sedikit nak bersolat.

Jadi VIP Naik Business Class 
Setelah sakan beraya. Sedar tak sedar dah pun kena pulang kembali ke Denmark. Sebenarnya, memang dah kerinduan akan bumi Denmark pun.

Penerbangan pulang dari KUL ke CPH bermula di malam hari, agar tiba di pagi hari. Seperti biasa tidak lengkap jika tidak pekena KFC sebelum berlepas. Oh ya, Qatar Airways hanya bagi 23kg untuk check in luggage bagi penumpang kelas ekonomi. Untuk 2 orang, dapat total 46kg la. Tapi hari tu timbang punya timbang cecah 51.5kg. Hmm nasib baik lepas setelah membuat muka kesian dan Qatar airways ground staff tu baik hati, lepaskan jugak sebab dia tahu kami students. Sebenar kami dah buat privilege card member. Sepatutnya dah boleh dapat extra 10kg kalau ikut points miles sebab dah terbang dari Copenhagen ke KL hari tu, rupanya kami silap. Kami tempah flight dulu, baru buat privilege card. Walau dah diactivate tapi qmiles belum dikira. Padan muka.

Kami tiba di satelite terminal di KLIA jam 8.10 pm. Oleh kerana telah masuk waktu solat, kami mencari surau dulu, untuk menunaikan solat jama’ Maghrib dan Isya’ sebelum berlepas. Tapi… Ingatkan boarding time jam 9pm, rupanya itu adalah departure time. Usai solat kelam kelibut mencari gate C3. Time tu dah pukul 8.44 pm dah. Bimbang gak kalau semua dah masuk dan pintu dah tutup. Rupanya masih sempat, ada juga orang kelewatan seperti kami.

Semasa last check tiket sebelum masuk pintu pesawat, mesin pengimbas bertukar blink2 warna merah. Dup dap berdebar. Ape ke hal plak ni? Rupanya, seat 41 J&K yang diberi sepertima dipilih iaitu seat berdua, aisle serta window telahpun diambil orang. Kami redha je la janji sampai Copenhagen.

Alhamdulillah, hikmah orang yang mengerjakan solat walau berisiko ditinggalkan kapal terbang. Tiket kami telah diupgrade kepada Business Class. Inilah kali pertama naik pesawat business class, kalau tempah tiket sendiri, tak mampu nak merasa business class. Ribu riban jauh berbeza dari economy.

Qatar Airlines Business Class is an out of body experience. Sebelum take off dah diberikan orange jus. Seat 2-2-2 (kalau economy 2-4-2). So, memang luas dan selesa. Kami diberikan seat 1 J&K. Yang paling depan sekali. Flight kali ni tak de first class dan ada business class je. Kiranya, kami la penumpang first class sebab duduk paling depan. Hehe.
VIP bidan terjun
Dan kalau sebelum ni nak tidur badan kejung dan kaki kram je. Nah, kali ni seat boleh jadi fully flat beds. Bantal yang dibagi juga saiz bantal kat rumah. Yang bagusnya setiap penumpang diberikan amenities dalam beg yang yang cantik dan berbeza laki dan perempuan. Siap ada lip balm hand moisture cream, minyak wangi bagai dan juga sikat rambut. Kami juga diberikan satu set baju. Siap tanya ape mende tu kat stewardess. Rupanya adalah baju pijama untuk ditukar agar selesa tidur. Hmm..Tu pun, tak tahu..Nampak jelas kekampungan di situ.
Tah ape nama. Tapi isi ketam. Sekali ngap dah abes
Air apple jus tu, bukan air pelik2 ok.
Makan yang dihidangkan pun macam hotel 4 stars gitu. Tak main la, sudu plastik dan bekas aluminium macam kelas economy. Kali ni dihidangkan pakai sudu yang betul dan pinggan mangkuk yang menarik. Siap pramugari letakkan napkin atas riba. Menu plak ada banyak pilihan dan menarik semuanya. Satu- satu dihantar, lepas appetizer barulah  dihantar main dishes dan kemudiannya dessert. Tak macam kelas economy, jelepok semuanya serentak. Tapi, oleh kerana flight waktu malam, lampu pun suram je. Nak ambil gambar lebih-lebih malu plak. Nanti keluar flash ganggu plak pak arab duduk sebelah tido plak.
Perut kenyang, tidur senang
Dan akhirnya sampai di Doha airport setelah 7 jam terbang. I only wish the flight was longer. The next connecting flight to Copenhagen, dah jadi orang kelas biasa semula, naik kelas economy. Sedar diri. Apepun, Qatar Airways memang bagus dan layak dipilih sebagai the best airline of the year!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...