Alhamdulillah musim sejuk yang panjang telah pun berlalu, memberi laluan kepada musim bunga pula untuk bertandang. Rata-rata, semua orang menyukai musim bunga. Manakan tidak, bunga-bungaan tumbuh melata di sana sini. Hati mana yang tidak girang.
Sekitar blok tempat belajar di Uni.. rasa macam nak berguling-guling sambil membaca buku.. |
Oleh kerana dedaun kehijauan tumbuh secara serentak, maka warnanya adalah sekata dan tampak cantik pabila sinari mentari ditambah pula backdrop langit yang membiru. Rumput menghijau pula bak karpet hijau yang terbentang, dan biasanya terselit kekuningan bunga dandelion yang tumbuh meliar. Burung-burung juga berkicau merdu saling bersahutan mengusik cecuping halwa telinga. Maklumla, bila bunga dan putik mula mengeluarkan biji buah, ulat-ulat pun membiak cepat. Maka gembira sakan la sang burung kekenyangan.
Yang sedikit kurang best, di musim bunga ni, cuacanya cepat berubah. Kejap sejuk dan juga kejap je panas. Last week, suhu terpanas direkodkan seantero Denmark bagi tahun 2013, iaitu 27.5oC. Tapi seringkali, angin sejuk masih datang bertamu menjadikan suhu serendah 8oC di malam hari. Oh ya sekarang ni, waktu siang pun makin beransur panjang. Waktu solat Subuh seawal 2.30 pg dan mentari terbenam agak lewat, maka lebih kurang jam 9.45 mlm baru masuk waktu Maghrib.
Sila layan 4 gambar panorama pemandangan ruangan halaman rumah kami di penghujung winter dan juga kini, di musim spring. Dahan yang dulunya hanya tunggul tanpa sehelai daun kini dipenuhi dedaun hijau. Bungaannya pulak ada pelbagai warna. Berputik segar menghiasi hujung reranting. Ada yang bewarna merah, putih, kuning dan juga merah jambu. Walaupun perubahan musim asyik silih berganti, rasa syukur dapat menghayati simfoni alam yang indah ciptaan Allah SWT ni.
Sisa salji yang masih belum mencair- Hujung March 2013 |
Suasana mula menghijau.- Pertengahan Mei 2013 |
Pokok-pokok yang masih togel di penghujung winter |
Pokok-pokok epal di depan rumah tengah lebat berbunga! |
P/S: Kat Malaysia lagi best, sepanjang tahun pokok bunga
berbunga, tak kira musim!
Next post: Denmark from A to Å