Tuesday, November 1

Berlin Aku Datang!

Travelog ke Berlin, Jerman : Part 1
Berlin Wall
Dalam banyak-banyak tembok, tembok mana yang paling popular kat dunia ni? Hmm..mestila Tembok besar China (Grand Wall of China), tak pun Tembok Berlin (Berlin Wall). Takkan la Wall Street di NY plak. Tu jalan bukan tembok. Oleh kerana, Tembok Besar China jauh nun di sana, baik pergi yang dekat je. Kalau hari tu pergi ke UK tengok batu, sekarang pergi Berlin, tengok tembok dinding je. Tah ape-ape kan..


Al-kisahnya baru-baru ini, penulis DKKC berpeluang ke Berlin, menjajah  ibukota Jerman. Plan asal untuk bersama-sama mengembara dengan Cik Puan Isteri. Dah berbulan-bulan plan. Tiket flight dah tempah. Namun, kerna sebab-sebab tertentu, Cik Puan Isteri tak dapat ikut. Nak cancel plak tak dapat refund. Nak postpone date kena bayar fee. Mahal plak tu. Langsung tak berbaloi. Ingat nak ’burn’ je tiket flight Easyjet tu. Lagipun harganya DKK 535 (RM 308) je, pergi balik/per person dari CPH ke Berlin. Namun last2 minutes (sebenarnya last hour sebelum flight departure), terdetik hati nak pergi, jadi kembara diteruskan dengan style sempoi backpacker. Main redah je, kasi adventure sket!
Airport Berlin-Schöenefeld. Airport untuk kapal terbang tambang murah, tapi caj mahal... Besar lagi LCCT kat Malaysia 

Dengan memikul sebuah beg galas seberat 2.8kg, penulis memulakan langkah perjalanan dari rumah di Copenhagen di Virum station, tatkala jam menunjuk jam 12.50pm. Jarak København Lutfhavn (Lutfhavn=airport in Danish) menuju ke Flughafen Berlin Schöenefeld(Flughafen=airport in German) hanya 354 km je. Kira-kira 45 minit je di ruang udara, terasa macam KLIA-KB je. Tepat Jam 4.15pm, dah pun sampai dan selesai check-in kat Hotel. Eh, bukan di Hostel. Maklum la nak buat style backpacker tak boleh la dok di hotel grand2.


Hostel cukup la. Lagipun berseorangan je. Berlin Metropol Hostel yang dipilih kerana lokasinya yang bagus dan baru (2009), hanya 20 minit berjalan kaki ke pusat bandar Berlin. Pintu masuk receptionnya hanya kira-kira 10m dari stesyen keretapi bawah tanah, U-Bahn line U6 dan U7. Senang sungguh. Alhamdulillah, hostelnya cukup selesa. Sewanya pun berbaloi, siap dengan breakfast yang menyelerakan. Jarang sekali hostel yang menyediakan breakfast.


Tips #1:Berlin Metropol Hostel antara hostel yang bagus kalau backpacking di kota Berlin-EUR 15(RM65) je/night/person. Siap sediakan breakfast.
'Hotel' penginapan 3 hari 2 malam di Berlin. 8 katil untuk 4 orang beserta  indoor toilet. Tapi dinding tak kalis bunyi daa

Sebelum check-in, penulis DKKC terpikir mikir jugak, kalau-kalau ada jantina berlainan yang turut menginap di bilik dorm yang sama. Mahu tak keruan dbuatnya. Inilah risikonya kalau stay di hostel dorm style. Nasib baik penulis DKKC diberikan dorm agak besar dan selesa yang memuatkan 4 katil double decker. Macam dok asrama zaman sekolah plak. Ada 3 orang je dorm mate yang lain. 2 orang dari France dan seorang lagi insan yang tak dikenali. Asyik ketiduran je. Yang penting semuanya jantan.


Di kala senja dan di awal malam, penulis berkesempatan meneroka kawasan sekitar. “Berlin at night, is not so safe.” Terngiang2 pesan Cik Puan Isteri. Lantas pulang ke dorm dan mula membuat ’research’. Senarai tempat-tempat menarik di Berlin disenaraikan berpandukan beberapa bronchure dan map percuma yang diambil di airport dan di lobby hostel. Malam terasa sungguh panjang. Sempat juga membelek nota kuliah yang dibawa (cara yang bagus, supaya cepat mengantuk J). Lagipun, ini la baru boleh dinamakan sebagai Lawatan Sambil Belajar..huhu




Pada pagi keesokkannya (Ahad), setelah menjamu breakfast dan berjaya cilok beberapa ketul roti masuk poket, penulis DKKC memulakan kembara menuju ke Pariser Platz  (Platz=square/dataran). Daripada tak tentu arah, jauuuh lebih baik mengikuti pakej tour. Di Berlin, banyak company yang promote bermacam jenis pakej, ada yang berjalan kaki, berbasikal dan juga berbas. Penulis DKKC pilih yang menyihatkan (ataupun bermaksud memenatkan..) badan secara maksimum dengan berjalan kaki menggunakan perkhidmatan Berlin Free Tour.


Tips #2: Berlin Free Tour. Dalam masa kurang 4 jam, dah boleh cover hampir 75% tempat-tempat menarik di kota Berlin. Memang berbaloi2. Tour in English. Tak perlu booking awal-awal.


Berlin Free Tour adalah antara company yang menawarkan khidmat tourist guide yang agak dikenali di kota Berlin dan ada beberapa jenis  pakej. Ada yang free dan ada juga yang berbayar. Penulis DKKC join yang free je. Ada 4 trip sehari. Satu trip mengambil masa 3½ jam. Tak kira panas, hujan, salji, atau ribut melanda, tiap-tiap hari ada.  Walaupun namanya ‘free tour’ dan juga tourist guide yang bertugas adalah sukarelawan, tapi kebanyakan menerima tips. Upah tersebut, ikut tahap kebaikan hati anda, tapi kalau bagi EUR 5 ataupun EUR 10 dah cukup la tu. Cuba bayangkan kalau 15 orang dalam group tu, bagi EUR 10 sorang, tak ke  sakan si tourist guide dapat untuk kerja ‘volunteer’ dalam masa 4 jam!
Nampak tak gerombolan-gerombolan tu? Tiap satu tu, adalah  dengan tour guide  dari  company yang berlainan

Pagi tu ada la hampir 16 orang yang join trip pertama Berlin Free Tour bermula jam 9am. Tourist Guide yang bertugas adalah adalah Barry. Ingatkan orang tempatan. Rupanya mamat ni dari New Dublin, Ireland. Dia belajar Law kat Humbolt University kat Berlin, so buat part time jadi volunteer di company Berlin Free Tour ni. Orangnya lucu jugak la, walaupun kekadang kami buat-buat gelak je, bila dia buat lawak tak berapa cerdik. Tapi yang bagusnya Si Barry ni banyak tahu pasal Berlin dan Jerman ni. Hmm, student Law mesti la minat sejarah. Kesian jugak tengok Si Barry tu melaung-laung bersemangat bercerita sampai tersembur percikan air liur.


Lokasi yang pertama adalah di sekitar Pariser Square tu, iaitu Brandenburger Tor (Bradenburg Gate). Gate ini adalah pintu gerbang yang terletak di persimpangan laluan Unter den Linden dan Ebertstraße  (tak tahu la macam nak sebut akhiran ße tu). Dah berabad dibina sejak 1688, tapi baru je dibina semula sebab rosak teruk semasa World War II. Bende ni la menjadi antara mercu tanda kat Berlin sekarang. Tapi penulis DKKC tengok macam biasa-biasa je. Mungkin terkenal sebab kisah di sebalik sejarah dan noltagianya kot.

Infamous room hotel in Berlin. (on left, 3rd floor). But why??

Selain Bradenburg Gate, bangunan lain yang ada di kawasan dataran tersebut adalah Amerikanische Botschaft (US Embassy), Französische Botschaft (France Embassy), Akademie der Künste (Culture Gallery) dan The Keneddys Museum. Tak tau la apa motif dan kaitan JFK-Kennedy dengan Berlin sampai ada muzium dia kat berlin. Hmm.. nak masuk pun kene bayar EUR 3.50, kirim salam je la. Oh ye, kat sebelah Akademie der Künste tu ada Hotel yang glamer, Hotel Adlon Kempinski. Ingat tak gambo Michael Jackson yang pegang baby kat balkoni yang kecoh tak lama dulu. Kat sini la adegan merbahaya tu berlaku. Bilik tu jadi femes dan hotel pun jadi bertambah popular = charge per night pun bertambah mahal!
Haa, sebab adegan ni la..  (picture source)
Tips #3: Tips rahsia ni. Dalam Akademie der Künste, kat basement tu ada toilet. EUR 0.50 je kena bayar. Lepas office hour free. So, kalau tak  berapa emergency sangat, pergi lepas 4.30pm ye. Kat Berlin ni susah weh nak cari toilet. Hmm, kalau nak ambik wudhuk dan solat kat basement kat area situ pun boleh jugak rasanya..
Bongkah simen kat memorial ni macam perkuburan, tapi  peristiwa Holocoust tu bukan  la kat tempat ni, tapi kawasan yang berdekatan

Seterusnya, Si Barry bawa kami ke Holocaust Memorial (The Memorial to the Murdered Jews of Europe). Rupanya memorial ni open space je. Yang ada hanya bongkah-bongkah simen berwarna kelabu yang langsung tidak sama ketinggian. Ada 2711 bongkah kesemuanya. Sengaja dia buat begitu, tak nak bagi kawasan tu nampak seram kot. Dari situ kami berjalan ke parking kereta. Yep, kawasan parking tu dulunya adalah Bunker tempat Hitler bersembunyi. Tragis juga kisah bagaimana Hitler membunuh diri. Tak jauh dari situ, adalah lokasi Tembok Berlin yang popular tu. Tinggal sebaris je yang belum runtuh/diruntuhkan. Sepanjang 150m rasanya. Yang lucunya tembok ni yang dulunya adalah berfungsi sebagai pagar kini dipagarkan untuk diselamatkan dari vandalism.


Dari situ kami bergerak pula ke Check Point Charlie. Masa dulu-dulu, tatkala Tembok Berlin masih utuh, ada  9 check points yang membolehkan rakyat Jerman menyeberang ke bahagian timur ke barat atau sebaliknya. Tapi yang paling femes adalah check point yang terletak dipersimpangan Friedrichstraße and Zimmerstraße iaitu Check Point Charlie. Tempat tu sekarang, ada 'pelakon' berpakaian askar yang kononnya mengawal macam dulu kala. Gambar askar yang besar tu adalah gambar askar US yang last berkhidmat mengawal check point tu. Beruntung si Askar ni kan, bangga anak cucu. (kat sebelah belakang plak ada gambar askar Soviet Union). Kawasan kat situ juga ada Museum. Tapi, nak masuk nak kene bayar daa..hampeh tul
Pelancong berpusu-pusu mengambil gambar askar yang berkawal di Check Point Charlie

Setelah berhenti rehat sambil meneguk kopi ekpresso panas, trip free tour diteruskan ke Gendarmenmarkt. Ingat kan market. Rupanya adalah square, yang terdapat 2 church lama Französischer Dom (French cathedral) dan  Deutscher Dom (German cathedral) dan   kat tengahnya ada Konzerthaus (concert Hall). Dari situ, kami bergerak pula ke satu lagi square iaitu Bebelplatz.

Patut la nama Bebelplatz, mungkin sebab adalah public square tempat orang membebel..huhu. Kat situ ada Staatsoper Unter den Linden (Berlin State Opera). Tapi opera ni dalam process renovation la plak. Bersebelahannya ada St. Hedwig's Cathedral (banyak betul church kat Berlin ni). Bertentangan dengannya ada bangunan lama yang cantik yang kini dijadikan bangunan faculty of Law untuk Humbolt Univeristy. Bebelplatz ni jugak terkenal sebab ada The Book Burning Memorial. Si Barry kata masa Soviet Union datang serang Berlin, hampir 20,000 buku dalam library tu dibakar. Depa bakar buku, sebab tak mahu generasi muda Jerman cepat maju, buku kan symbol keilmuan bagi memacu kemajuan. Ada plak memorial kat situ tertulis "Dort, wo man Bücher verbrennt, verbrennt man am Ende auch Menschen" (Where they burn books, they ultimately burn people). Tapi sekarang, German maju jugak. Kalau tak silap, ada babak bakar-membakar buku dalam filem Indiana Jones and the Last Crusade.
The Neue Wache (bangunan sebelah kiri)

Seterusnya kami menuju plak ke The Neue Wache (New Guard House). Satu bangunan senibina neoclassic yang nampak gah, siap ada guard (sebab tu nama the guard house kot) tapi dalamnya hanya ada seketul patung je di tengah-tengah. Katanya patung tu menggambarkan seorang Ibu yang sedang meratapi kematian anaknya (Mother with her Dead Son ). Tak Nampak tragis pun, macam seram pun ada kalau tenung lama-lama.
Nampak sedih ke seram??

Atles Museum

Setelah berjalan hampir 2.5km, kami tiba di destinasi terakhir di Museum Island. Pulau kecik tu tak macam pulau pun, cuma di asingkan oleh aliran sungai. Tapi, mak oii banyak betul museum kat pulau tu. Bersepah-sepah. Antaranya Alte Nationalgalerie (Old National Gallery), Bode Museum, The Pergamon Museum, The Neues Museum dan juga Altes Museum (German for Old Museum). Tapi rasanya Bode Museum paling menarik. Kat situ juga ada Supreme Parish and Collegiate Church (Berlin Dom). 
Berlin Cathederal
Tips #4: Kawasan Museum Island penuh dengan museum. 2-3 jam pusing tak habis kalau masuk semua. Tapi, awas tak semua yang free entrance!


Dari Museum Island kelihatan jelas Berliner Fernsehturm (Television Tower). Menara ni yang menjadi kebanggaan warga Berlin kerna merupakan menara yang tertinggi di German. Menara ni dibina pada 1969 dengan ketinggian 368m  Tapi, penulis DKKC tengok tak de la tinggi manapun. Tinggi lagi Menara KL (421m). Tu belum lagi compare ngan KLCC..
Iklan Netto (nama rangkain kedai ) kat Tram di Berlin. Ingatkan Netto  ada kat Denmark je

Panjang betul entry nie, sambung Part 2 la ye..

7 comments:

  1. best nya.. tak sempat nak langsung ke berlin aritu...

    ReplyDelete
  2. @Mama Rocks: Best, kalau ada peluang pergi la Berlin!
    @MULAN: Dah banyak tempat masa MULAN pergi Jerman hari tu, ok la tu
    @Sharinginfoz: Kalau ada rezeki sampai la tu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...