Saturday, September 1

Kenapa Qatar Airways The Best Airlines of the Year?


Tup-tap, dah pun masuk bulan Syawal kita semua. Kalau tahun lepas beraya dalam bilik kuliah, Alhamdulillah, hari raya tahun ni dapat kesempatan untuk untuk pulang beraya di Tanah Air. Tapi malu sehh, baru je sehari sampai kat kampung halaman, muka keluar Metro ruangan Salam Perantau. Kata dok kat perantauan, tapi tu dok jelepok kat beranda, tu sapa. Aisehh, kantoi la plak.

Actually, kepulangan ke Malaysia kali ini kerana ada urusan SPDA. Tapi alang-alang menyelam, telan la air sedikit. Hampir 3 minggu jugak pulang ke Tanah Air. Hmm… tak boleh lama-lama, ‘I tak tahan cuaca Malaysia’. Maklumla Malaysia panas seperti biasa. Berlagak tak sedar diri…hehe

Dan sempat la setelkan bende-bende yang penting seperti renew lesen dan permit memandu antarabangsa. Tapi yang lebih penting adalah dapat berjumpa dengan kedua orang tua dan mertua dan juga berhari raya di samping keluarga. Setelah hampir 2 tahun lebih berkahwin, inilah pengalaman pertama penulis DKKC dan Cik Puan Isteri beraya sebagai suami isteri.
Seekor kambing gurun oryx yang boleh terbang
Balik Kampung Naik Kambing Gurun
Ok, back to the story, nak citer pasal balik kampung naik kambing gurun sebenarnya. Kambing besi yang boleh terbang. Oryx namanya. Jangan nak pening-pening kepala. Sebenarnya Oryx tu adalah lambang syarikat Qatar Airways. Syarikat penerbangan based in Doha, Qatar. Atau juga dikenali sebagai Qatariah (ejaan jawi tertera pada pesawat). Sebab airlines ni je yang paling murah di samping tempoh transit yang paling singkat, so, kami booking je tiket balik Malaysia naik Qatar Airways tanpa was-was. Nak dijadikan cerita, selang beberapa hari tiket ditempah, Skytrax mengumumkan Qatar Airways won the title of World’s Best Airline for the second consecutive year semasa annual World Airline Awards kat France. So, keterujaan naik Qatar Airways pun bertambah. Bagus sangat Qatar Airways hingga menjadi pilihan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia?

Ni yang sedikit teruja nak cerita nih. Penerbangan kami dari Copenhagen (CPH) ke Kuala Lumpul (KUL) perlu transit di Doha (DOH). Kami berlepas menaiki kapal terbang jenis Airbus A330-200 dari Terminal 2 Copenhagen Airport jam 11.15am dan tiba di Doha International Airport jam 6.25pm. Yang bagusnya, sebelum berlepas doa menaiki kenderaan di bacakan. Rasa selamat dan tenang sikit.

Oleh kerana bulan puasa, memang sedikit mencabar menghidu bau hidangan orang duduk depan belakang, kiri-kanan sedang makan. Lupa plak, nak maklumkan kami puasa semasa booking flight. Tapi nasib baik ada pramugari yang prihatin, dan rupanya dia juga puasa, tapaukan 2 paket hidangan dan air untuk berbuka semasa transit dan boleh makan di kawasan Imigresen di Doha. Oh ya, pramugari flight Qatar airways ni semuanya antarabangsa semuanya. Ada pelbagai bangsa. Tapi majoritinya dari Asia. Entahlah, nampak muka macam dari Filipina, Vietnam, China. Tak de pun muka-muka orang arab.

Penerbangan dari DOH ke KUL diteruskan setelah transit sejam setengah. Cukup-cukup je masa. Tak dang nak shopping2. Tapi Imigresen kat Doha memang sempoi habis. Tak strict sangat. Check gitu-gitu je. Mungkin sebab tu adalah transit terminal. Yang kurang bestnya, semua pesawat parking jauh dari terminal. Airport Doha memang tak de aerobridge. So, tak kira ape class kena panjat tangga. Penumpang kelas economy dibawa naik bas ke terminal dan yang kelas tinggi naik limo atau luxury van.
Hidangan supper. Light sandwich isi ayam serta biskut munchy's made in Malaysia
Hidangan breakfast. Sedap!
Penerbangan kedua diteruskan jam 8pm dan pesawat penuh dengan orang putih yang nak ke Malaysia. Kali ni baru la boleh makan dalam flight. Hidangannya ok je. Lebih kurang airlines lain. Kalau perut lapar, ngap je ape2. Basic amenities turut diberikan. Small kit yang mengandungi stoking, blindfold, berus dan ubat gigi serta earplug.
Oryx Entertainment. Sempat la layan hindustan cerita Amitabh Bachan 'Cheeni Kum'
Yang bagusnya, walau kelas economy setiap seat penumpang ada screen video sendiri untuk entertainment. Macam-macam jenis filem, drama, documentary, music ada. Ada juga games dan flight info. Yang bagusnya ada audio semua surah-surah al-quran disediakan. Dan lebih hebat lagi, boleh pilih bacaan dari qari yang mana. Alhamdulillah dapat juga pahala lebih, tidur sambil mendengar bacaan surah-surah alunan suara Sheikh Sa’ad Al-Ghamdi di bulan puasa. Selain itu juga, ada juga paparan Mecca direction untuk arah kiblat. Senang sket nak solat. Tapi kalo dah direction menghadap belakang kapal terbang, nak buat macam mana kan. Hmm kena la kreatif sedikit nak bersolat.

Jadi VIP Naik Business Class 
Setelah sakan beraya. Sedar tak sedar dah pun kena pulang kembali ke Denmark. Sebenarnya, memang dah kerinduan akan bumi Denmark pun.

Penerbangan pulang dari KUL ke CPH bermula di malam hari, agar tiba di pagi hari. Seperti biasa tidak lengkap jika tidak pekena KFC sebelum berlepas. Oh ya, Qatar Airways hanya bagi 23kg untuk check in luggage bagi penumpang kelas ekonomi. Untuk 2 orang, dapat total 46kg la. Tapi hari tu timbang punya timbang cecah 51.5kg. Hmm nasib baik lepas setelah membuat muka kesian dan Qatar airways ground staff tu baik hati, lepaskan jugak sebab dia tahu kami students. Sebenar kami dah buat privilege card member. Sepatutnya dah boleh dapat extra 10kg kalau ikut points miles sebab dah terbang dari Copenhagen ke KL hari tu, rupanya kami silap. Kami tempah flight dulu, baru buat privilege card. Walau dah diactivate tapi qmiles belum dikira. Padan muka.

Kami tiba di satelite terminal di KLIA jam 8.10 pm. Oleh kerana telah masuk waktu solat, kami mencari surau dulu, untuk menunaikan solat jama’ Maghrib dan Isya’ sebelum berlepas. Tapi… Ingatkan boarding time jam 9pm, rupanya itu adalah departure time. Usai solat kelam kelibut mencari gate C3. Time tu dah pukul 8.44 pm dah. Bimbang gak kalau semua dah masuk dan pintu dah tutup. Rupanya masih sempat, ada juga orang kelewatan seperti kami.

Semasa last check tiket sebelum masuk pintu pesawat, mesin pengimbas bertukar blink2 warna merah. Dup dap berdebar. Ape ke hal plak ni? Rupanya, seat 41 J&K yang diberi sepertima dipilih iaitu seat berdua, aisle serta window telahpun diambil orang. Kami redha je la janji sampai Copenhagen.

Alhamdulillah, hikmah orang yang mengerjakan solat walau berisiko ditinggalkan kapal terbang. Tiket kami telah diupgrade kepada Business Class. Inilah kali pertama naik pesawat business class, kalau tempah tiket sendiri, tak mampu nak merasa business class. Ribu riban jauh berbeza dari economy.

Qatar Airlines Business Class is an out of body experience. Sebelum take off dah diberikan orange jus. Seat 2-2-2 (kalau economy 2-4-2). So, memang luas dan selesa. Kami diberikan seat 1 J&K. Yang paling depan sekali. Flight kali ni tak de first class dan ada business class je. Kiranya, kami la penumpang first class sebab duduk paling depan. Hehe.
VIP bidan terjun
Dan kalau sebelum ni nak tidur badan kejung dan kaki kram je. Nah, kali ni seat boleh jadi fully flat beds. Bantal yang dibagi juga saiz bantal kat rumah. Yang bagusnya setiap penumpang diberikan amenities dalam beg yang yang cantik dan berbeza laki dan perempuan. Siap ada lip balm hand moisture cream, minyak wangi bagai dan juga sikat rambut. Kami juga diberikan satu set baju. Siap tanya ape mende tu kat stewardess. Rupanya adalah baju pijama untuk ditukar agar selesa tidur. Hmm..Tu pun, tak tahu..Nampak jelas kekampungan di situ.
Tah ape nama. Tapi isi ketam. Sekali ngap dah abes
Air apple jus tu, bukan air pelik2 ok.
Makan yang dihidangkan pun macam hotel 4 stars gitu. Tak main la, sudu plastik dan bekas aluminium macam kelas economy. Kali ni dihidangkan pakai sudu yang betul dan pinggan mangkuk yang menarik. Siap pramugari letakkan napkin atas riba. Menu plak ada banyak pilihan dan menarik semuanya. Satu- satu dihantar, lepas appetizer barulah  dihantar main dishes dan kemudiannya dessert. Tak macam kelas economy, jelepok semuanya serentak. Tapi, oleh kerana flight waktu malam, lampu pun suram je. Nak ambil gambar lebih-lebih malu plak. Nanti keluar flash ganggu plak pak arab duduk sebelah tido plak.
Perut kenyang, tidur senang
Dan akhirnya sampai di Doha airport setelah 7 jam terbang. I only wish the flight was longer. The next connecting flight to Copenhagen, dah jadi orang kelas biasa semula, naik kelas economy. Sedar diri. Apepun, Qatar Airways memang bagus dan layak dipilih sebagai the best airline of the year!

17 comments:

  1. #untungla demo dapat try naik business class. hehehe i tak tahan cuaca malaysia jugok. wlpn ore darat jah. muahah

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya. Lama tak singgah. Busy habiskan thesis hehe..

    Anyway, satu yg tak best naik business class ni, asyik tidor jer, terlepas semua movie2 free tu haha

    ReplyDelete
  3. @Danny/John: Sekali sekala je naik business class
    @Nor Fazlina Nawi: Selamat Hari Raya. All the best in your thesis writing

    ReplyDelete
  4. Saya baca sambil tersenyum. Hikmah menunaikan solat kan. I like.

    ReplyDelete
  5. ntah.. Malaysia memey panah.. euuww.. HHAhhahah ..

    best best ... bila la nak naik flight lain sellain air asia.. itu pun yg mampu...

    ReplyDelete
  6. @myzz noor: Alhamdulillah,hikmah mementingkan solat
    @che'pi: InsyaAllah kalo rezeki, ada la tu peluang naik flight selain air asia plak

    ReplyDelete
  7. alhamndulillah rezeki rezeki...!!!

    ReplyDelete
  8. @m.u.l.a.n: ya betul, rezeki jgn ditolak

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum,
    Akak gi dan balik Kul-Ist last trip dgn Qatar. Yang akak perasan pramugari dia mesra-pelanggan, lain dr tu tak nampak sangat ketara kebagusannya. Selamat bertugas semual, Selamat Hari raya!

    ReplyDelete
  10. kan best kalau disambung ke next connecting flight business class tu..hehe...tapi peluang sekali je kan..yang penting dapat merasa..
    saya pun pernah naik qatar airways tahun lepas..ape yang boleh saya komen..memang puas hati..kalau ade peluang memang akan pilih qatar airways lagi..

    ReplyDelete
  11. wah bestnya kelas ekonomi pun ada tv. tak bosan la kalau perjalanan jauh.

    ReplyDelete
  12. best kan bila di upgrade
    saya pun penah sekali di upgrade
    dr kul ke amsterdam ;)
    smpi skarang pengalaman itu dlam ingatan ;)

    ReplyDelete
  13. anak buah saya stewardess qatar airways hehe. terbaek..

    memang malaysia panas sangat saya pun nak lari..haha

    ReplyDelete
  14. Syok sangat baca cerita di atas. Hai bila le nak merasa naik Qatar. Dah 30 kali asyik Airasia je. Pernah juga merasa Mas, Batavia dan Cebu International. Banyak-banyak kapal, Mas le yang paling sedap bab makan. Hai kawan-kawan, marilah mengembara melihat bumi ciptaan Allah SWT. Lihatlah dunia sebelum ajal menjemput kita.Mulakan dengan langkah Bismillah, bacalah niat dan doa. " Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Berkatilah perjalananku serta zahirkanlah kebaikkan orang-orang di sana. Tutuplah pandangan mataku akan keburukkan mereka serta temukan daku dengan orang-orang yang beriman dan yang kau beri hikmah" Dengan IzinNya saya diperlihatkan seluruh keindahan bumi dan makhlukNya serta keamanan dari gangguan manusia walaupun berkelana seorang diri.Bahkan sering saya dipertemukan dengan hamba2Nya yang beriman yang istemewa. Perjalanan kita yang dimulai dengan niat dan doa yang baik akan mendapat perlindungan dari Allah SWT. Saya sangat yakin akan hal ini. Walau di mana sahaja kita berkelana, ingatlah seluruh belahan bumi adalah milik Allah SWT dan Dialah yang menguasainya.Semoga diberkati ALLah SWT.

    ReplyDelete
  15. @Anounymous: Terima kasih sudi baca dan singgah blog DKKC ni.

    ReplyDelete
  16. salam,saya nk tnya...kalau transit kat doha tu mcm mana ea....sbb nk tw gambaran2 keadaan kat sana mcm na....sbb sy 1st time g luax ngara ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dear Anonymous: W'salam. Transit kat Doha senang je. Lepas mendarat, kena naik bas. Biasanya ramai yang akan transit.So, boleh ikut warna tag yang diberikan pada hand carry bag (follow orang colour sama). Cth: tag kuning utk orang yang transit bagi kelas economy dan purple utk business. Tag biru kalau final destination memang kat doha. Selepas tu, sampai transit terminal. Beratur utk security check. Simple check. Lepas tu boleh cari gate utk yang ke next destination. Kalau belum dapat boarding pass, boleh pergi kaunter. Kalau lama transit, boleh lepak2. Ada banyak kedai2 jual. Internet free, tapi slow. Ada surau kat belakang kedai2 (boleh tanya jurujual. Lepas dah jumpa gate, bila boarding time akan naik bas lagi dan terus naik naik flight.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...