Siri Novelet Travelog-Kembara Cinta di
Kota Eropah (Bahagian 3)
-I-
1
April 2012-Ahad
Dingin dalam khemah terasa nihil
makna. Mirza tersedar. Entah kali berapa dia tersedar. Lampu picit di penghujung
kepala diambil lalu disuluh tepat pada jam tangannya. Sudah pukul 5.20 pagi.
“Alhamdulillah, dah nak cerah.” Bisik hatinya.
Kesejukan yang dialami benar-benar menggangu lenanya. Namun dia bersyukur dapat
mengharungi malam yang dirasakan amat panjang.
Di dalam kegigilan, dia kuatkan diri keluar dari khemah untuk berwudhuk dan
seterusnya menunaikan solat subuh.
Pada pukul 6 pagi hampir kesemua
peserta rombongan yang berkhemah telahpun berada di dewan makan. Bukan kerana
kelaparan, tetapi melarikan diri dari kesejukan.
“Kami
dah bagitahu krew, malam ni kami nak tukar masuk kabin.” Jelas Badriah kepada
Elisa sambil menyuap kepingan roti yang dicicah hot chocolate. Badriah dan Salina telah sepakat, mereka tidak mahu
bermalam di dalam khemah lagi.
“Malam
tadi suhu 2oC. Patut la sejuk semacam.” Tambah Salina sambil
menunjukkan bacaan suhu yang tertera pada iphone 4Snya. Elisa berpaling pada Mirza
dengan jelingan. Mirza faham, isterinya juga mahu bertukar untuk menginap di
dalam kabin.
Cahaya pagi mula muncul setelah selesai
menjamu sarapan. Kabus nipis kian hilang. Mentari memancarkan sinarnya.
Burung-burung mula keluar riang hinggap di dahan pokok mencari rezeki.
-II-
Itinerari Kelana Convoy hari kedua
dimulakan dengan melawat ke Irene Hoeve yang terletak di Katwoude. Tempat itu
merupakan salah satu tempat tumpuan pelancong. Ada dua tarikan dalam satu
tempat, iaitu workshop demonstasi
pembuatan terompah kayu atau lebih dikenali sebagai clogs dan juga cheese.
Terdapat juga kedai yang menjual barangan yang dibuat dan cenderahati. Namun,
Mirza dan Elisa melihat-lihat sahaja barangan yang dijual dan hanya merasa
cheese pelbagai citarasa. Mirza yang pernah datang ke Holland sudah arif yang harga
cenderahati lebih murah boleh didapati di pusat bandar Amsterdam, lebih-lebih
lagi di Floral Market yang akan
mereka pergi petang itu.
Seterusnya,
bas menuju pula ke pekan Lisse di mana letaknya Keukenhof, taman bunga terbesar
di dunia. Dari jauh sudah kelihatan bunga-bunga tulip di tanam mengikut jenis
dan warna. Cuaca yang sedikit mendung langsung tidak membantutkan keterujaan
Elisa untuk meneroka Keukenhof. Dia memang sudah lama kepingin menjejakkan kaki
ke taman bunga itu. Perempuan dan bunga memang tak dapat dipisahkan.
Keukenhof
ataupun bermaksud ‘kitchen garden’
dalam bahasa tempatan merupakan taman bunga yang hanya dibuka beberapa bulan dalam setahun iaitu semasa musim bunga. Sesuai dengan nama jolokan the Garden of Europe, temanya juga berubah mengikut tahun. Pada tahun
2012, temanya adalah ‘Heart of Europe’ dengan bunga-bungaan dari Poland.
Walaupun Mirza pernah datang ke Keukenhof pada tahun sebelumnya, perasaannya
masih membunga untuk menemani Elisa menghayati taman yang indah di Belanda yang
turut terkenal penggilan dengan the land
below sea level.
Jutaan bunga tulip yang mulai
berkembang melatari suasana. Tangkas mereka berdua mengatur langkah. Tiga jam
yang diperuntukkan terasa tidak mencukupi untuk meneroka taman seluas 32 hektar
itu. Suhu yang masih rendah melambatkan bunga-bunga tulip berkembang. Lantas
mereka berdua memilih untuk melihat-lihat bunga-bunga yang tanam di dalam rumah
kaca. Mirza seperti biasa sibuk merakam gambar. Lagaknya bagai jurugambar
professional ke hulu-hilir mencari sudut yang terbaik.
Menjelang tengahari setelah hampir
muak melihat bunga-bunga, mereka mula beredar dari perkarangan taman bunga
itu. Dari jauh kelihatan sepasang warga tua sedang berjalan perlahan-lahan di
hadapan mereka. Seorang bertongkat. Berpimpin tangan, jalan beriringan. Sungguh
mesra walau sudah di hujung usia. Mirza tersenyum. Dia melirikkan pandangan ke
wajah Elisa. Bola mata mereka bertemu. Pantas tangannya dipegang erat oleh
Mirza. Elisa melirikkan pandangan, lantas tunduk dan mengharap agar dosa-dosa
kecil akan luruh di celahan jari mereka. Tangannya mengenggam erat jemari
Elisa. Rasa bahagia melingkar kalbu.
-III-
Awan mega mula berarak songsang,
memberikan ruang buat sang mentari memancarkan kembali cahayanya yang
terselindung. Kedatangan Islam sebagai agama yang syumul, bukan saja berjaya
meresap masuk ke dalam kesenian dan kebudayaan masyarakat di eropah, malahan
telah berkembang ke Belanda. Siapa sangka, di negara itu sahaja terdapat hampir
453 buah masjid. Pada petang itu, rombongan bas Kelana Konvoi telah berhenti ke
‘Moskee’ bagi memberikan ruang kepada semua peserta menunaikan solat jamak
zuhur dan asar di Islamitische Stichting Nederland Fatih Moskee.
Masjid yang dulunya merupakan sebuah
gereja bagi panganut roman Katholik kini menjadi sebuah pusat ibadat umat Islam
setelah diambil alih oleh golongan umat Islam dari Turki. Lantaran itu, Mirza
dan jemaah yang lain tidak terasa pelik pabila dimaklum bahawa arah kiblat harus diarahkan ke sebelah kiri walaupun karpet sejadah menghadap ke arah yang lain.
Usai
solat, Mirza melangkah keluar dari masjid dan dia memanjatkan setinggi
kesyukuran dirafa’kan ke hadrat Ilahi kerana dipermudahkan dalam menunaikan
tanggungjawab seorang mukmin. Menerusi lorong kecil dia menuju ke jalan utama
mencari roti kebab bagi mengalas perut.
-IV-
Mereka tiba di bandar Amsterdam jam 3.30 petang. Mirza
dan Elisa segera melangkah meneroka ibukota Holland itu. Mereka tidak mahu
membuang masa. Kesempatan berada di pusat bandar Amsterdam harus digunakan
sebaiknya. Berbekalkan sekeping peta yang diberi oleh Tour Manager Kelana
Convoi, mereka berjalan menuju ke Koninklijk Paleis iaitu dataran Royal Palace.
Sambil laju melangkah, mata mereka loliah-loliah ke arah reka bentuk bangunan di
tepi terusan. Cantik dan unik. Pemerhatian dan gerak kaki mereka bergerak
selari. Itulah ciri pengembara sejati.
Bersama mereka Maizurah dan Aqela. Mak Cik Kiah dan
anaknya turut mengikuti mereka. Salina dan Badriah pula tidak mengikuti mereka
kerana memilih untuk meneroka bandar dari atas atas bot. Mereka bersepakat
untuk menaiki tram nombor lima untuk ke Max Euweplein lokasi letaknya Hard Rock
Café Amsterdam. Dari situ, mereka bergerak pula mencari lokasi letaknya tulisan
besar mencu tanda tulisan I AMSTERDAM.
Pening melihat peta, kumpulan kecil itu membuat keputusan
untuk bertanya. Malu bertanya sesat jalan. Bukan sahaja sesat, malah membuang
masa. Mereka bernasib baik bertemu dengan seorang wanita Holland yang sudi
membantu. Lebih bernasib baik apabila wanita itu boleh berbahasa Melayu. Atau lebih
tepat lagi berbahasa Indonesia.
“Mara ke depan, lantas menyeberang dan jumpa gedung. Tandanya
di sebelah kiri ya. Selamat berlibur.” Terang wanita Holland kepada mereka. Kagum
mereka mendengar kepetahan wanita berbicara dalam bahasa Indonesia, hasil menetap
lima tahun di Jakarta.
Rupa-rupanya
tanda I AMSTERDAM itu tidaklah jauh dari Hard Rock Café. Tidak perlu menaiki
Tram. Beberapa kumpulan kecil pelancong Asia kelihatan sibuk bergambar tatkala
mereka tiba di sana.
“Ingatkan
apa benda la I AMSTERDAM ni. Rupanya benda ni je.” Mak Cik Kiah bersuara
setelah tiba di landmark berupa tulisan I AMSTERDAM yang terletak di hadapan
Rijksmuseum. Anak Mak Cik Kiah hanya membuat tidak dengar.
Setelah
puas bergambar mereka kembali ke tengah bandar untuk ke Floral Market. Floating
Flower Market itu terletak bersebelahan terusan Singel di antara kawasan
Koningsplein dan juga Muntplein. Kebanyakan deretan kedai mula menutup gerai
mereka walaupun baru 5.15 petang. Di situ banyak cenderahati yang agak murah boleh diperolehi. Beberapa
orang bersama mereka membeli beberapa helai T-shirts yang tertera ‘I Love Amsterdam’. Mirza
mengeleng kepala. Hatinya berkata “Mana mungkin seseorang boleh ‘jatuh cinta’ pada
sesebuah negara setelah hanya menjejakkan kaki beberapa jam ke sesebuah negara?”
“Jom ke Red Light
District. Sempat lagi ni.” Cadang Mirza kepada Elisa. Elisa menjeling. “Ala..pergi
dengan bini kat tempat tu tak pe.” Pujuk Mirza. Mereka mengorak langkah menuju
ke kawasan Red Light District. Walaupun
masih petang, beberapa kedai telah mula memasang lampu. Kelihatan beberapa
wanita berpakaian tidak cukup kain mula menjalankan tugas. Peluh mula memercik
di dahi. Mirza merasa bahang panas dibalik jaket yang dipakai.
“Ha..tu la nak datang sangat. Tu baru panas dunia.” Perli
Elisa kepada Mirza. Dia hanya tersenyum sambil matanya masih pantas memerhati kiri dan
kanan. Dan petang itu serasa masa berdetik
perlahan..
Bersambung..
Next : Bahagian 4 - Conquer Europe di Brussel
Previous : Bahagian 2 - Rombongan Cik Kiah Ke Amsterdam
Next : Bahagian 4 - Conquer Europe di Brussel
Previous : Bahagian 2 - Rombongan Cik Kiah Ke Amsterdam
Olahan yg sangat baik. Tak sabar nk baca sambungan seterusnya. Tahniah! :)
ReplyDelete@Asmara: TQ :)
ReplyDeleteImran, please email me to razanhakim2005@yahoo.com.my. cuma nak tau lebih detail trip di armsterdam and germany. insya'allah trip kami on April 2013..
DeleteSalam sejahtera anakanda,
ReplyDeleteTeringin nak tgk tulip lagi. Pagi ni dpt tgk tulip di Festival bbunga di putrajaya. 3-4 jam juga di sini. Permaisuri Agung pun ada. Bilalah nak ke keukenhof tu...
Terus menulis, memang menarik drama tu..
Salam Yob,
ReplyDeletecantiknya bunga-bungaan. Oh syukur ada masjid, senang nak solat.
subhanallah cantiknya... kami last year tak pi pon kat I AMSTERDAM tu.. sbb malas drive ke situ just utk amik foto...
ReplyDeleteseronoknya... rasa nak pi lagi..
nice!!! :D
ReplyDeletecantiknya bunga
ReplyDeleteSalam, How do you find trip organized by THIS Kelana Convoy? I've been reading about them a few years back as introduced by a friends of mine. Ok tak? Btw, i always wanted to take a photo at that IAMSTERDAM replica! Lucky you!
ReplyDelete@Zara AB: sorry for late reply. The trip organized by Kelana Convoy is superb and worth for money.
ReplyDeleteSalam,ins Syaa Allah bln may nanti kami sampai kat IAMSTERDAM ...conquest of Europe with Kelana Convoy...
ReplyDeleteaunty zita,
follower senyap DKKC
W'salam. terima kasih sudi singgah di blog DKKC. Wah, join conquest Kelana Convoy, best tu. Kami hanya berpeluang menyertai highlight of europe dan andalusia trip sebelum ni. Tapi trip KC memang sempoi & menarik. semoga segala urusan dan perjalanan Aunty Zita & family dipermudahkan oleh Allah SWT. Selamat berkelana!
Delete