Monday, April 29

Aku dan Pilihanraya – Pengalaman Mengundi di Luar Negara

Tanggal 28 April 2013, penulis DKKC bersama Cik Puan Isteri dan empat orang rakan dari Copenhagen, Denmark telah membuat pengundian awal sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) melalui undi secara pos di Kedutaan Besar Malaysia di Stockhom, Sweden.
Pengundi dari Copenhagen menyemak prosedur pengundian secara pos setelah tiba di Pejabat Kedutaan Malaysia di Stockholm, Sweden
Hanya 83 orang sahaja yang berdaftar sebagai pengundi pos bagi kawasan Scandinavia. Melihatkan angka tersebut, jumlah pengundi adalah kecil berbanding jumlah sebenar rakyat Malaysia yang berada di Sweden, Denmark, Norway, Finland dan juga Iceland. Lantaran itu, tiada wakil SPR yang hadir. Segala urusan mengundi hanya dikendalikan oleh kakitangan dan staff pejabat kedutaan yang telahpun dilatih dengan terperinci cara pengendalian pilihanraya.

Prosedur Mengundi Secara Pos

Kena bawa IC untuk semakan. Boleh pulak IC contoh yang diguna adalah nama Rowan Sebastian Atkinson (Mr Bean) dari Keningau, Sabah...hehe
Setiap kad pengenalan/Passport pemilih berdaftar disemak, dan kemudiannya setiap pengundi diberikan sekeping sampul surat tertera ’Urusan Seri Paduka Baginda’ yang lebih dikenali sebagai ’Sampul Surat Keutamaan’. Di dalam sampul surat yang bewarna coklat tersebut terdapat dua lagi sampul surat kecil yang berlabel ’B’, iaitu sekeping sampul surat untuk Parlimen dan sekeping lagi untuk DUN. Pada sampul surat B tertera alamat pusat pengumpulan undi bagi kawasan Parlimen dan DUN. Di dalam sampul surat tersebut terdapat borang 2 ’Perisytiharan Identiti’ dan kertas undi. Keduaan item tersebut perlu dimasukkan dalam sampul B dan disapukan gam sebelum dimasukkan di dalam karung khas Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia bagi Undi Pos. Bagi Borang 2, pengundi bebas memilih mencari saksi. Syarat bagi saksi adalah cukup senang iaitu mestilah warganegara Malaysia dan juga berumur lebih 21 tahun.
Sampul Surat Keutamaan
Bagi yang ingin mengetahui sama ada kertas undi ada no. Siri atau tidak, jawapannya adalah YA. Nombor siri tercatat di atas kertas undi dan juga Borang 2.

Contoh Borang 2, Perisytiharaan Identiti
Secara keseluruhanya, sesi mengundi berjalan lancar. Walaubagaimanapun, terdapat rakan yang memperolehi sampul surat keutamaan yang mengandungi sampul surat kecil ’B’ yang tidak beralamat dan juga telah siap disapukan gam. Pelik bin ajaib di situ. Tapi, mungkin berlaku kesilapan barangkali. Bagaimanapun, penulis DKKC sedikit musykil kenapa Borang 2 yang jelas mengandungi nama pengundi dan juga IC perlu dimasukkan bersama kertas undi di dalam sampul surat ’B’. Sudah tentu boleh disemak, siapa yang telah dipangkah. Entahlah, mungkin begitulah peraturan yang telah ditetapkan oleh SPR.

Yang sedikit hampa, hanya air masak dan air batu kosong atau dalam bahasa  mat salleh ’sky juice’ disediakan oleh pihak Embassy. Hmm, ingatkan ada tersedia karipap ke, teh tarik ke. Tapi tak pe la, kami datang sejauh 520km, iaitu hampir 8 jam memandu bukan datang nak makan, tapi nak mengundi.
Kami dah mengundi, anda pula bagaimana??

12 comments:

  1. awal mengundi ye :)
    saya pun x sabar tunggu 5mei nak pangkah memangkah
    hehe

    ReplyDelete
  2. ada no siri ekk...so bukan rahsia lagi la...hurmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la. no siri rahsia yang tidak rahsia

      Delete
  3. ohhh dah ngundi kat sana kan...

    ReplyDelete
  4. mmg pengalaman ni mengundi pos dr negara org

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin pengalaman sekali seumur hidup

      Delete
  5. salam dah lama tak bukak blog ni. tahniah sebab jalankan tanggungjawab walaupun berada jauh dari tanahair. Alhamdulillah kelantan masih dibawah TGNA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Semoga TGNA sentiasa sihat walafiat

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...