Alhamdulillah, sekali lagi nukilan tak seberapa coretan penulis DKKC telah tersiar diruangan rencana di website 'the Malaysia Insider'. Kalau tempoh hari berkisar mengenai Denmark sebagai negara paling bahagia di dunia, kali ini mengenai budaya orang Denmark yang menjadikan mereka bebas rasuah.
The Malaysian Insider
Friday, 7 December 2013 Last Update: 10:40amRencana
BELAJAR DARI DENMARK, NEGARA PALING BERSIH RASUAH
December 7, 2013
Global Transparency International telah mengeluarkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (Corruption Perceptions Index) bagi tahun 2013. Badan Ketelusan Antarabangsa yang berpangkalan di Berlin, Jerman tersebut telah menyusun senarai 177 buah negara mengikut darjah di mana rasuah dianggap wujud berdasarkan data hasil penilaian dan tinjauan. Senarai tahunan yang dikeluarkan pertubuhan itu sering dijadikan kayu ukur kepada parti politik, pihak polis, sistem keadilan dan perkhidmatan awam dalam mengukur tahap dan usaha memerangi rasuah bagi sesebuah negara.
Perkataan rasuah mungkin
memberikan konotasi dan maksud yang berbeza-beza. Pertubuhan ini mentakrifkan
rasuah sebagai penyalahgunaan kuasa yang diamanahkan untuk keuntungan
peribadi. Dalam Al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu
meliputi juga perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut dan menipu.
Malahan, perkataan “rasuah” itu sendiri berasal daripada perkataan arab yang
berbunyi “al-risywah” yang bermaksud “suap”.
Dalam laporan tersebut, Malaysia telah menduduki tangga
ke-53 menyaksikan kenaikan satu anak tangga daripada kedudukan ke-54 berbanding
2012. Malaysia mendapat 50 markah iaitu naik satu mata berbanding 49 markah
pada tahun sebelumnya berdasarkan penilaian skor daripada 0 ke 100 (0 paling
tinggi rasuah ke 100 paling bebas rasuah). Purata markah indeks rasuah seluruh
dunia adalah 43 dengan hampir 70 peratus negara di dunia ini mendapat kurang
dari 50 markah. Pencapaian dan peningkatan kecil yang diperolehi tidak bermakna
Malaysia sudah boleh berpuas hati dan mendabik dada. Kita seharusnya menoleh ke
arah negara yang berada unggul di tangga teratas dalam senarai tersebut.
Denmark dan New Zealand berkongsi tempat pertama dengan 91 markah iaitu hampir
bersih daripada gejala rasuah.
Sememangnya adalah tidak wajar untuk kita membandingkan
Malaysia dengan Denmark. Negara Skandinavia itu jelas mempunyai saiz negara
yang lebih kecil dengan bilangan penduduk hanya 5.6 juta orang, dan mempunyai
KDNK per kapita jauh lebih tinggi. Tetapi, adalah wajar untuk kita mengambil
ibrah serta telusuri kenapa dan bagaimana negara tersebut secara berterusan berada
di kelompok teratas sebagai negara hampir bersih rasuah sejak Indeks Persepsi
Rasuah mula diperkenalkan pada tahun 1995.
Sejarah Denmark dalam memerangi rasuah
Untuk belajar cara Denmark menangani rasuah, kita haruslah membelek lembaran
sejarah sedari tahun 1860. Sewaktu pemerintahan Raja Christian VII dan diikuti
oleh anaknya Raja Frederik VI, negara Denmark sudah mula memerangi korupsi.
Tindakan keras secara seksaan kepada pesalah dikenakan dikalangan kakitangan
istana yang memberi dan menerima sogokan. Tetapi, Raja Frederik VI mendapati
undang-undang secara keras tersebut tidak dapat mengurangkan kadar rasuah, lalu
Raja tersebut meningkatkan gaji pekerja di samping memberikan pencen yang
berpatutan. Raja Frederik VI berpendapat punca rasuah terjadi adalah kerana
gaji yang diterima oleh pegawai istana terlalu rendah dan juga disebabkan peri
kehidupan yang daif.
Sementelahan itu, Raja tersebut turut mengambil pemeriksa
dari luar untuk memeriksa akaun negara dan membenarkan kebebasan kepada rakyat
untuk bersuara bagi mendedahkan sebarang kejadian rasuah. Secara tuntasnya,
kita boleh lihat sejak 150 tahun yang lampau, negara Denmark sudah mula
mengambil prakarsa bagi membendung gejala rasuah yang nyata boleh membobrokkan
sesebuah negara dan hasilnya boleh dilihat kini. Ini adalah kerana, tempoh
waktu yang singkat sudah tentu tidak mampu mengubah amalan korupsi yang telah
menjadi kudis dalam masyarakat dalam sekelip mata.
Pemerintahan dan pentadbiran yang telus
Walaupun Denmark sudah dinobatkan negara hampir bebas rasuah, namun kerajaannya
tidak pernah memandang enteng dalam aspek rasuah. Pelbagai pendekatan telah
diambil bagi menambah baik pentadbiran negara. Sejak tahun 1955, terdapat
jawatan khas iaitu Ombudsman Parlimen
(Folketingets Ombudsmand) untuk menyiasat aduan yang dibawa oleh
individu dalam semua perkara yang berkaitan dengan tadbir urus awam, termasuk
salah urus oleh pihak berkuasa pusat atau tempatan yang berkaitan undang-undang
pentadbiran; undang-undang perlembagaan dan juga hak-hak banduan. Badan yang
dilantik oleh parlimen ini juga bebas mengambil inisiatif sendiri untuk
menyiasat setiap aduan terhadap mana-mana pihak berkuasa, menteri, waima
Perdana Menteri.
Selain itu,
Kod Amalan Baik (Code of Good Practice)
turut digariskan bagi semua anggota perkhidmatan awam pada 2007. Malahan, semua
menteri diwajibkan untuk melaporkan maklumat mengenai perbelanjaan perjalanan
dan hadiah yang diperolehi secara bulanan. Pada tahun 2009, parlimen di Denmark
turut memperkenalkan Skim Keterbukaaan (Openness
Scheme) bagi meningkat ketelusan dari segi perbelanjaan dan aktiviti
dikalangan wakil rakyat. Semua ahli parlimen tanpa mengira parti politik perlu
mendedahkan semua informasi mengenai perbelanjaan bulanan, kos pengangkutam,
aktiviti liburan dan juga saguhati atau hadiah yang telah diterima.
Tender secara terbuka turut diamalkan sepertimana yang
digariskan oleh EU yang mana setiap syarikat individu harus menyiarkan dokumen
kepada umum setiap pembelian yang bernilai 500,000 DKK ke atas, dengan hanya
beberapa pengecualian. Kerja-kerja pembinaan yang bernilai lebih daripada 3
juta DKK juga perlu melalui tender secara kompetitif. Elemen baik sebegini telah
menjadi tarikan kepada pelabur asing untuk menanam modal secara tidak langsung
menjadi memberikan kesan domino yang baik dan sekaligus memberi impak kepada
ekonomi.
Denmark juga
adalah antara 62 buah negara yang mengambil bahagian dalam Perkongsian Kerajaan
Terbuka (Open Government Partnership).
Sebagai sebuah negara anggota, Denmark telah menyatakan komitmen untuk
memodenkan sektor awam dan memperbaiki pengurusan sumber-sumber awam. Ini
dilakukan dengan meningkatkan, antara lain: ketelusan dalam membuat keputusan
melibatkan kepentingan awam, anti-rasuah dan mekanisme melibatkan akauntabiliti,
penyertaan dikalangan rakyat serta dialog dengan masyarakat awam. Sehingga
kini, hanya Indonesia dan Filipina yang komited dan menyertai Perkongsian
Kerajaan Terbuka di kalangan negara Asia Tenggara sejak dilancarkan pada tahun
2011.
Di Denmark, rakyatnya tidak menganggap rasuah merupakan
masalah utama dalam masyarakat. Para pengusaha dan peniaga berurusan dengan
pegawai-pegawai awam dan ahli politik dengan penuh etika dan integriti.
Penjawat awam turut diberikan gaji yang tinggi, setimpal dengan kos sara hidup
yang tinggi di negara tersebut. Walaupun cukai yang dikenakan juga cukup
tinggi, tetapi rakyat seolah afirmatif kerana sedar dan faham serta dapat
melihatkan sendiri kebaikan dari setiap cukai yang dibayar. Mereka juga percaya
kesamaan dan keadilan sosial adalah penting bagi rakyat. Lantaran itu, Denmark
turut diisytiharkan sebagai negara paling bahagia di dunia pada tahun 2013
berdasarkan laporan tahunan kedua yang dikeluarkan oleh U.N. Sustainable
Development Solutions Network, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
Kebebasan media massa
Badan Ketelusan Antarabangsa juga melaporkan bahawa kadar rasuah di sebuah
negara adalah berkadar secara terus dengan kadar kebebasan media bersuara. Ini
jelas terbukti kerana Denmark dikategorikan sebagai negara “bebas” dari segi
kebebasan bersuara dan berada di tangga ke-6 daripada 179 buah negara
berdasarkan Freedom of the Press Index 2013 oleh Reporters without Borders manakala Freedom House turut menyenaraikan Denmark di tangga ke-6 daripada 197 buah negara. Malaysia pula
masih jauh ketinggalan di tangga ke-145 iaitu turun 23 anak tangga berbanding tahun
2012 bagi Freedom of the Press Index dan berada di tangga ke-146 bagi
bagi Global Press Freedom Rankings 2013 yang dikeluarkan oleh Freedom House.
Media yang bebas menggambarkan kepelbagaian pendapat politik
dan sering menjadi saluran bagi menyuarakan pendapat dan
cadangan. Seringkali media massa tempatan di Denmark mengkritik pihak
kerajaan mahupun parti pembangkang secara terbuka. Konsepnya adalah mudah iaitu
yang baik dipuji, yang salah tidak dikeji tetapi diperbetulkan. Namun,
keterbukaan perlu ada batasnya. Kebebasan tanpa sempadan juga terbukti membawa
musibah kepada Denmark apabila syarikat akhkbar tempatan menyiarkan 12
karikatur Nabi Muhammad SAW pada tahun 2005 dan mendapat kecaman hebat dari
umat Islam dari seluruh dunia. Oleh itu, perlu ada garis sempadan supaya dapat
menjaga sensitiviti orang lain, tetapi pada masa yang sama suara orang awam dapat
didengari dan rakyat mendapat informasi yang telus.
Sifat jujur dan
kepercayaan sosial
Sifat rakyat Denmark sendiri juga wajar dipuji. Sikap saling percaya dan jujur
di antara satu sama lain telah berakar umbi sejak dari kecil dan telah menjadi budaya
dan amalan seharian. Misalnya, untuk menggunakan perkhidmatan keretapi di
sekitar bandaraya Copenhagen, tiada pagar atau halangan untuk penumpang menaiki
keretapi. Tiket boleh dibeli di mesin atau di kaunter dan seterus boleh
menaiki keretapi dengan bebas. Syarikat keretapi percaya setiap penumpang akan
membeli tiket sebelum menaiki kenderaan awam dan rakyat pula tidak pernah culas
dan membeli tiket. Kendatipun pemeriksaan tiket hanyalah dibuat secara rambang
dan pastinya setiap kali semakan dibuat, didapati hampir kesemua penumpang
mempunyai tiket yang sah. Ini adalah kerana rakyat disulami sikap jujur yang
tinggi sesuai dengan fasiliti kelas pertama yang disediakan dan juga mentaliti
kelas pertama yang ditampilkan.
Poster pilihanraya peringkat local (ADUN) di Denmark pada 19 November yang lalu |
Para pemimpin juga dihormati
walau berbeza fahaman politik kerana berintegriti. Walaubagaimanapun, negara
seperti Denmark juga tidak sunyi dari skandal. Pada November 2013 yang lalu,
Menteri Pembangunan Denmark iaitu Christian Friis Bach telah meletak jawatan
ekoran pendedahan skandal yang melibatkan bekas perdana menteri Denmark iaitu Lars Løkke Rasmussen yang
juga merupakan ketua parti politik pihak pembangkang. Lars Rasmussen telah dikritik kerana
berbelanja secara mewah semasa menjadi pengarah bagi sebuah NGO antarabangsa, Global Green
Growth Institure (GGGI) yang
beribupejabat di Seoul, Korea Selatan.
Bekas perdana menteri tersebut dilaporkan telah menaiki pesawat dengan
menggunakan pada tiket kelas pertama sebanyak 15 kali dengan kos harga purata
64,000 DKK bagi setiap tiket semasa mempengerusikan mesyuarat di luar negara.
Oleh kerana NGO tersebut dibawah seliaan Kementerian Pembangunan dan memperoleh
dana dari pembayar cukai di Denmark iaitu sebanyak 90 juta DKK setahun, maka
pengarah GGGI dan juga kementerian tersebut telah dikecam hebat. Rakyat
menuntut agar perbelanjaan lebih berhemat dilakukan dan tiket kelas perniagaan
digunakan oleh pengarah serta ahli lembaga pengarah yang lain berbanding kelas
pertama kerana ianya melibatkan wang dari pembayar cukai. Lantaran itu, Menteri Pembangunan iaitu Christian Bach secara terbuka mengakui
kesilapan dan akauntabiliti terhadap kelemahan kementerian yang beliau
uruskan dan meletak jawatan.
Malaysia juga mampu membasmi rasuah
Menjadi fitrah kepada setiap rakyat untuk mendampakan pentadbiran yang
dilunaskan secara telus dan bijaksana lantas meningkatkan kepercayaan kepada
kerajaan pemerintah. Acapkali kita dengar kempen membasmi gelaja rasuah dicanangkan dan pelbagai langkah telah
dilaksanakan di bawah inisiatif Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang
Keberhasilan Utama Negara, tetapi tahap rasuah masih belum berkurangan secara
signifikan.
Peningkatan yang marginal bagi Indeks Persepsi Rasuah pada
2013 sama sekali tidak boleh diterima kerana telah banyak duit dibelanjakan. Pada
2013 sebanyak RM252 juta diperuntukkan bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) manakala RM14 juta lagi
bagi Jabatan Audit Negara untuk memperbaiki ketelusan dan mengurangkan
rasuah di Malaysia. Bagi tahun 2014, peruntukan kepada SPRM ditingkatkan kepada
RM298 juta dan Jabatan Audit Negara dinaikkan kepada RM169 juta, menjadikan
jumlah keseluruhan RM467 juta untuk kedua-dua agensi tersebut. Ini jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan
dalam menangani gejala rasuah. Namun, rakyat marhaen berharapkan peningkatan
markah Indeks Persepsi Rasuah pada tahun mendatang juga
sejajar dengan peruntukan yang diberikan bukan setakat retorik kosong
dan hasilnya dapat dilihat dengan nyata.
Tidak kira rakyat mahupun
kerajaan, adalah amat penting untuk kita bersatu padu mengembleng tenaga
membasmi budaya korupsi agar tidak bernanah dalam kehidupan seharian. Pendekatan
sentiasa menabrak pihak kerajaan semata-mata adalah tiada maknanya sekiranya
kita hanya melihat dengan sebelah mata kejadian rasuah yang berlaku dan seolah-olah
merestui sekiranya tidak melaporkan kepada pihak yang berwajib. Malah lebih
teruk lagi jika ada di antara kita
sendiri yang bergelumang dengan amalan buruk itu walaupun ianya tidak
melibatkan ribuan atau jutaan ringgit. Ini adalah kerana gejala rasuah tidak
berlaku hanya dari sebelah pihak. Tiada tangan yang menerima sekiranya tiada tangan yang memberi.
Di dalam ketidaktentuan iklim politik dan ekonomi global,
Malaysia perlu cepat beradaptasi dengan perubahan dunia agar
kita sentiasa seiring dalam memastikan kita terus maju dan kehadapan.
Segala ketirisan perlu dikenal pasti, strategi yang progresif dan inklusif
harus dicongak segera agar amalan sifar rasuah dapat ditempa dan menjadi paksi
pengukuhan dan pemangkin negara untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.
* Penulis adalah pelajar yang baru menamatkan ijazah sarjana di Copenhagen,
Denmark.
* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili
pandangan The Malaysian Insider.
negara bukan islam, tapi lebih ikhlas dan telus.
ReplyDeletetengok pemimpin mcm mana....pemimpim malaysia ni mcm haram sikit.....
ReplyDeleteSalam. Dah dapat call from uitm? Bila start keje?
ReplyDeleteSalam Alaik Tuan,
ReplyDeleteMudahkah mendapatkan kerja di Denmark bagi seorang berbangsa Asia dan adakah boleh bekerja di sana kalau hanya tahu berbahasa Inggeris tetapi tidak tahu berbahasa Denmark?
Terima kasih Tuan.
lambat lagi la malaysia nak bebas rahsuah.10 tahun lagi pun belum tentu
ReplyDeletehttp://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/cara-bagi-kucing-makan-di-kedai-makan.html
Salam...saya nak bertanya, kami dr malaysia akan bergerak ke Silkoberg Denmark pada akhir bulan ni, cuma nk bertanya tmpt untuk tukar wang mana yang berbaloi di sana buat masa ini?
ReplyDeletesalam tuan blog...lama sy x nampak update dr blog yg best ni...saya follow blog tuandari semasa tuan menetap di copenhagen sehingga berpindah ke msia..harap nya ada perkongsian dari tuan..seronok membaca perkongsian dari tuan mengenai kehidupan di copenhagen serta keadaan di sana.
ReplyDeleteI Work For Money, If You Want Loyalty Hire a Dog Situs Slot Online
ReplyDeletesomeone can know you but not know your character
ReplyDeleteJoker Slot | Fafaslot | Joker Slot | Sv388 | IDNPlay | Fafaslot | Joker123 | Joker Gaming | Sabung Ayam Sv388 | Fafaslot | Joker Gaming Slot | Vivoslot | Sabung Ayam Online
Thhis is a great blog
ReplyDelete