Aik, pasai pa’ hotelku, bukan ke Rumahku, Syurgaku ke?
Hah..itu la.. kalau duduk
di rumah di Denmark ni, dah macam duduk kat hotel. Cuba bayangkan, kalau sewa sebulan mencecah 7,900kr (RM 4,500), maksudnya
sewa harian adalah RM 150 sehari, dah macam sewa budget hotel di Malaysia. Kalau
menginap di Superior Queen kat Hotel Sri Malaysia di Johor Bahru, baru RM120 untuk
semalaman. Itupun siap inclusive breakfast.
Sedar tak sedar, sudah tiga tahun, 2 bulan Penulis DKKC telah berkelana di bumi
Copenhagen ni. Dan tak sampai sebulan lagi untuk kembali ke pangkal jalan. Sepanjang menulis di dunia blogging
ni, selalu juga terima email bertanyakan tentang cost of living di Denmark dan
juga mengenai sewa rumah dan bermacam-macam lagi perkara yang sewaktu dengannya.
Jadi di kesempatan ini, Penulis DKKC ingin berkongsi pengalaman menyewa rumah
di Denmark. Bukan sebuah rumah, tapi 3 buah rumah, sekadar perkongsian untuk ibrah semua.
Rumah pertama sebelum di deko. Cantik dan luas.
Rumah Pertama : Rumah Jenis Apartment
Lokasi : Grønnevej 54, St. Th., 2830 Virum,
Denmark.
Saiz rumah : 79sqm
Spesikasi :
Unfurnished. 2 bilik (1 bilik tidur, 1 ruang tamu), ada beranda dan store. Rumah (keseluruhan blok) diuruskan oleh property
agent company. Ada spacious build-in clothing cabinet dalam bedroom. Dapur yang
agak selesa dengan peti ais (baru), in-house washing machine dan dryer. Siap ada dish washer.
Sewa: 8300kr sebulan. Utilities (Heating dan air
panas): 600kr.
Total permonth : 8900kr (RM 5,100)
Tempoh menyewa: 15 bulan
Details sewaan : Unlimited contract. Perlu bayar deposit 3 bulan dan 3 bulan prepaid rent (advanced
payment)
Persekitaran: Kawasan kediaman dan perumahan di pinggir
bandar. Seolah pekan kecil. Kebanyakan rumah didiami oleh orang tua.
Jarak ke Universiti : 4.3km (20min berbasikal), 12 minit menaiki bas (2
zoner)
+ve: Lokasi yang baik, senang
akses public transport dan terdapat mini supermarket berdekatan, condition
rumah yang sangat baik. Kawasan rumah juga sentiasa bersih kerana diurus dengan baik oleh company (sebab dah bayar monthly maintenance dan representation fee yang mahal).
-ve : Harga sewa yang mahal.
Faktor
pindah : Desakan
ekonomi. Sewa rumah yang naik setiap tahun. Bertambah naik setelah penambahan double layer cermin keseluruhan blok. Bagi 3 bulan notis. Tetapi keluar awal (2 bulan setelah bagi notis). Deposit 3 bulan hangus kerana company gunakan untuk refurbish setelah move out.
Rumah pertama yang Penulis DKKC dan Cik Puan Isteri menyewa adalah di kawasan aman damai bernama Virum. Alamat rumah-rumah di Denmark sungguh ringkas. Walaupun pendek dan ringkas, kadang kala sukar disebut dengan tepat. Hanya nombor rumah pada nama jalan dan juga poskod kawasan diperlukan. Alamat rumah pertama Grønnevej 54, St. Th. 'St' tu adalah 'Stuen' yang bermaksud groundfloor manakala 'Th' adalah 'Til Hojre' yang bermaksud sebelah kanan. Saiz rumah agak luas dan selesa untuk buat acara kenduri keramaian.
Belakang rumah pula ada padang/taman. Kawasan tersebut juga berdekatan dengan tasik-tasik kecil yang menjadi laluan jogging yang menarik sambil melihat-melihat rumah orang yang kaya raya. Tak jauh dari kawasan itu juga terdapat tasik kedua terbesar di Denmark iaitu Furesø yang menjadi pusat ski di musim sejuk dan juga tanaman gandum.
Disebabkan rumah ada beranda seluas
5sqm, maka sempatla menanam pokok bunga-bungaan, tulip dan juga sayuran termasuk
strawberry semasa musim spiring hingga summer. Kawasan kediaman sungguh aman. Jiran sebelah kiri rumah adalah Mr
Thomas Kentorp. Orangnya baik selalu tegur-menegur bila terserempak di
tangga. Tinggal sendirian, tetapi jarang ada dirumah kerana sentiasa travel. Dia merupakan naib
presiden club kricket denmark (sekarang dah jadi presiden). Manakala sebelah kanan adalah private klinik dan dua rumah sebelah atas didiami oleh Nenek bernama Emma Nielsen (Apa khabar dia sekarang, harapnya masih hidup) dan juga seorang Atuk Misteri yang sentiasa berada di tepi tingkap menantikan kedatangan cucu-cucu. Kedua-dua duduk sendirian, walau sudah berumur 70-an. Semasa kami menetap
di kawasan tersebut, terdapat 2 keluarga Melayu yang turut menetap di kawasan sama. Oleh itu, ianya seolah perkampungan kecil rakyat
Malaysia. Walaupun hanya ada 3 buah rumah Melayu, tetapi siap ada Tok Penghulu.
|
Rumah Kedua : Studio Apartment, Blok 3 Tingkat
Lokasi : Kollegiebakken 15A, 1-42, 2800 Kgs. Lyngby, Denmark.
Saiz rumah : 40sqm
Spesikasi :
Unfurnished. Tingkat 1. Hanya 1 bilik (Bilik tidur dalam ruangan tamu) ada
beranda dan tiada store tetapi mempunyai bilik wardrobe yang kecil. Dapur yang
agak selesa tetapi hanya ada mini peti ais. Ada in-house washing machine/dryer.
Sewa : 4800kr sebulan. TV dan Internet: 160kr. Utilities
(Heating dan air panas): 640kr. Total
permonth : 5600kr (RM3,200)
Tempoh menyewa: 12 bulan
Details sewa : Temporary contract. Deposit 3 bulan dan 1
bulan prepaid rent (advanced payment)
Persekitaran : Terletak dikawasan
universiti. Keseluruhan blok diuruskan oleh company yang dilantik oleh pihak Univeristi. Kebanyakan adalah
student antarabangsa.
Jarak ke
Universiti : Dalam
kawasan universiti. 1.4km ke office (5min berbasikal), 18 min berjalan kaki.
+ve: Lokasi
yang baik, condition rumah yang sangat baik. Block hanya 3 tingkat, tetapi ada lif. End lot (tiada ramai jiran).
-ve : Rumah
sempit. Tiada store. Apabila malam kunjung tiba, sedikit bingit dengan bunyi
kereta yang lalu-lalang dari highway.
Faktor
pindah : Rumah
dijual kepada pemilik yang baru. Pemilik yang baru ingin menetap di situ.
Diberi sebulan notis oleh landlord. 100% pulangan semula deposit.
Rumah kedua, jenis studio apartment sedikit istimewa kerana berada dalam kawasan universiti. Namanya Kollegiebakken yang mana Kollegie = College dan bakken = Hill/Bukit. Yang paling best semasa menetap disitu adalah kerana kelas tempat Penulis DKKC belajar bahasa Danish adalah hanya bersebelahan bangunan je. Banyak juga kuliah diadakan dikawasan berdekatan. 3 minit sebelum waktu kelas bermula, baru keluar dari rumah. Dan juga senang pulang ke rumah untuk solat zuhur dan asar semasa senggang waktu rehat kuliah. Lebih menarik boleh kerap ke Gym Universiti hari-hari (subscribe jadi member untuk satu semester (300kr). Boleh tengok video kami berbasikal meredah snow ke tempat belajar [Di sini].
Dah la rumah kecik je. Ada pulak immigrant yang menumpang tanpa bayaran sewa hingga beranak-pinak. Kelihatan pokok bunga tulip yang baru membesar sebelum diranapkan oleh si ibu merpati |
Oleh kerana rumah kedua adalah end lot (penghujung blok), maka hanya ada seorang jiran yang bernama Steve Jørgensen yang sungguh pendiam dan kurang friendly. Pemandangan sekitar hanyalah laluan trek jogging 5km satu pusingan universiti. So, setiap hari tengok orang berjogging tak kira siang atau malam. Pernah juga tengok orang jogging pukul 4am.
Rumah Ketiga : Rumah Jenis
Apartment 2 Tingkat
Lokasi : Holmelinsvej **, 1Tv, 2800 Kgs.
Lyngby, Denmark.
Saiz rumah : 54sqm
Spesikasi : Semi-furnished. Tingkat 1. Ada 2
bilik (1 bilik tidur dan 1 ruang tamu). Tiada beranda.
Sewa: 6042kr sebulan. Utilities (Heating dan air panas): 700kr. Antena TV: 80kr, Maintenance fee: 58kr. Sewa basement: 1000kr. Total permonth : 7880kr (RM4,490)
Details sewa : Unlimited contract. Deposit 3 bulan dan 1
bulan prepaid rent (advanced payment)
Persekitaran : Kawasan perumahan lama. Kurang sibuk kerana sedikit jauh dari jalan utama
Jarak ke
Universiti : 3.8km (22
min berbasikal), 30 minit menaiki bas (2 zoner)
+ve: Lokasi yang agak baik.
-ve : Condition rumah kurang baik. Ada sharing loundry facility, tetapi kena bayar untuk washing machine dan dryer. Terpaksa membayar sewa basement yang tidak diperlukan.
Faktor
pindah : Tamat
belajar.
Rumah terakhir di Denmark merupakan blok apartment yang mempunyai 12 rumah. Kiranya macam kawasan antarabangsa kerana ramai foreigner yang menetap dikawasan tersebut. Jiran sebelah rumah dari Macedonia, depan rumah pasangan dari UK+German, sebelah kanan campuran keluarga pasangan China+Filipina dan satu lagi juga dari Macedonia manakala disebelah lagi ada famili dari India. Tetapi, jiran bawah semuanya orang tempatan. Kawasan rumah tidak diuruskan dengan baik. Walaupun dibayar 58kr sebulan untuk maintenance tetapi mungkin hanya untuk perkhidmatan pembuangan sampah setiap minggu. Rumput jarang dipotong, pokok-pokok tumbuh meliar tidak dicaras dan banyak sampah bertaburan.
Pengalaman Suka duka Mencari Rumah
Proces mencari rumah di sekitar Copenhagen
tidaklah semudah yang disangkakan. Bak kata tycoon real estate, three factors need
to be considered. Location, Location and Location. Rumah yang lokasi yang baik
dengan harga yang berpatutan biasanya akan mendapat persaingan yang sangat sengit.
Sudah tentu landlord yang majoritinya adalah orang tempatan akan mengutamakan
orang tempatan, lebih-lebih lagi yang sudah berkerjaya. Rumah pertama kami agak
senang diperoleh kerana tiada persaingan. Mungkin kerana harganya agak mahal. Bayaran
untuk first payment sebelum dapat kunci adalah bayaran sewa untuk 7 bulan iaitu sebanyak
55,700kr (RM31,800) je.
Rumah kedua boleh la dikatakan rezeki. Setelah hampir 2 bulan subsribe
website berbayar agent mencari rumah (3 minggu straight secara aktif mencari
rumah), puluhan email dihantar akhirnya dapat rumah yang telah diiklankan di bus
stop di kawasan universiti. Iklan tu dah lama, bila hantar email dan menerima
email balas yang memaklumkan dah ada orang berminat. So, redha je lah. Tetapi selepas
seminggu akhirnya mendapat panggilan yang memaklumkan rumah masih belum
berpunya dan landlord offer kami kerana prefer orang yang dah berkeluarga,
lebih-lebih lagi ada kaum hawa dalam rumah. Tidak mahu lelaki-lelaki bujang. Dan
rasanya pilihannya tidak silap kerana tatkala kami move out dan hand over
kunci, terserlah senyuman puas hati dari landlord melihat keadaan rumah yang
tip-top bersih tanpa calar dan kerosakan. Manakan tidak, 2 hari kami bertungkus
lumus membersihkan dapur, lantai dan toilet. Nasib baik dapat balik semula
kesemua deposit.
Mencari rumah ketiga lagi mencabar kerana
perlu move out dari rumah kedua dalam masa sebulan. Dalam masa tiga minggu pertama memang
mencabar dan stress. Setiap hari survey iklan rumah untuk disewa dengan gigih,
akhirnya terlihat satu iklan baru bagi satu rumah apartment yang boleh
immediate move in di website. Jarang iklan rumah yang landlordnya letak no.
phone. So, dengan penuh harapan call landlord setelah email. Terkejut landlord
bila terima panggilan. Katanya baru letak online advertisement dalam 10 min,
dah dapat call. Dan dah siap hantar email pulak tu. Kesungguhan terserlah di situ. So, keesokannya buat
appointment untuk melihat keadaan rumah. Ada 3 pesaing. Seorang
lelaki tempatan, seorang lelaki dari Poland yang dah bekerja nak duduk dengan
adik dia dan kami. Setelah tamat sesi open house/house inspection, landlord
memang dah bagi hint akan bagi priority untuk sewakan kat kami jika berminat. Mungkin tahu
kami ni muslim dan dia pun mungkin muslim jugak berdasarkan rupa paras campuran
arab dan nama yang agak islamik. So, tak sempat nak solat istikarah, terus call
maklumkan. Terus dapat rumah. Sebenarnya,
tatkala itu sudah terima 2 offer rumah apartment yang lain. Harga sewa agak ok, tetapi kerana lokasinya sedikit jauh iaitu di
Soborg (kena consider kos pengangkutan) dan faktor lain iaitu rumah dah fully
furnished (kami dah ada perabot sendiri), tiada store, berada di tingkat 3 dan
4 dan juga perlu menggunakan laundry facility berbayar yang jauh dari rumah,
maka terpaksa tolak keduanya.
Tentera yang sudi turun padang menolong tatkala pindah rumah. TQ! |
Pengalaman Pindah - Memindah
Perkara yang memenatkan dan
melecehkan setiap kali perlu berpindah adalah pack barang dan unpack barang. Kami
menggunakan khidmat sewa lori kecil mengikut jam kerana lebih cepat dan mudah. Khidmat
yang digunakan adalah perkhidmatan 3X34 Transport. Konsepnya
senang, bayar mengikut masa yang digunakan. Tempahan lori bermula dari barang pertama
yang diangkut ke dalam lori. Maksudnya makin cepat naikkan barang ke dalam lori
dan keluarkannya, makin kurang caj yang dikenakan. Oleh itu, kalau ramai tentera
yang menolong, maka kurang la sedikit kosnya. Alhamdulillah dua kali kami
berpindah, ramai rakan-rakan yang turun padang membantu mana yang patut. Sewa
dalam 1-2 jam dikenakan dalam 450kr-700kr berdasarkan saiz lori, jarak dan
masa.
Lori Mercedes khidmat 3X34 Transport yang disewa mengikut jam |
Pengalaman Menerima Surat Cinta
(Complaint)
Kisahnya bermula sewaktu bulan puasa di rumah yang ketiga. Satu hari, pada pukul 4am semasa bersahur, tiba-tiba bunyi pintu diketuk. Lantas dihiraukan, sebab pelik orang ketuk pintu di awal pagi. Selang beberapa hari, pintu diketuk lagi. Rupanya jiran dari rumah bawah datang tegur. Katanya dia tersedar, sebab bunyi bising dari dapur kami. Rupa-rupanya depa boleh dengar bunyi pinggan mangkuk di basuh di singki dan juga bunyi microwave dengan jelas. Oleh sebab musim summer, semua orang membuka tingkap akibat kepanasan, maka bunyi dari dapur kami kedengaran jelas kerana keadaan sunyi sepi di kala pagi. Pada minggu terakhir puasa, jiran datang lagi. Kali ini datang berdua di siang hari dan membawa sekeping 'surat cinta'. Sambil memberi surat, depa maklumkan yang depa tahu orang muslim kena 'breakfast' awal sebab berpuasa. So, depa just mintak tutup tingkap dapur dan kalau boleh cuci pinggan setelah pagi bukan waktu sahur. Teguran secara berdepan tersebut kami menerima
dengan hari terbuka.
Surat 'cinta' dari jiran tetangga. Ada smile tu :) |
Antara kelebihan berpindah randah ni dapat la melihat perubahan 4 musim bagi ketiga-tiga kawasan
rumah. tapi sebenarnya kalau boleh tak mahu berpindah randah. Banyak buang masa dan tenaga selain duit. Lebih-lebih lagi perlu membayar deposit rumah yang baru walhal deposit rumah yang lama belum diperoleh.
Secara tuntasnya, living cost untuk hidup di Denmark (terutamanya di sekitar Copenhagen) agak tinggi. Hampir keseluruhan Elaun Belajar/Biassiswa yang diterima perlu digunakan untuk membayar sewa rumah. Itu belum kira kos makan minum harian, pengangkutan dan juga bil eletrik dan bayaran lesen media. Maka, perlulah belajar untuk berjimat-cermat. Itulah cabaran hidup diperantauan..pengalaman yang tidak boleh dibayar dengan wang ringgit..
fuh... mahalnya... i cannot imagine kalau nak sewa rumah untuk seorang?
ReplyDeletemesti kena ikat perut nie..
mahal bagi kita dari malaysia, tapi setimpal dengan gaji orang tempatan
Deletesalam...dengar citer topic perbualan kesukaan org denmark adalah pasal basikal, betul ke?
ReplyDeletew'salam. memang majoriti orang naik basikal, tapi topic perbualan harian byk berkait dengan weather.
Delete4.5k sebulan sewa? pergh! MARA sponsor berapa ye?banyak kot. hee. kadang2 tertanya2 gak how much mara provide allowance for postgrad overseas. sbb dlm negara tak banyak mana tapi bole la survive.
ReplyDeleteMARA bagi pinjaman boleh ubah cukup-cukup kalau pandai berjimat.
DeleteMARA provide ikut kos sara hidup sesuatu negara.
Deletesalam imran.. bab rumah mmg kos tinggi kan? rumah sewa pertama kami dulu fully furnished, €800 sebulan. siap convert dlm RM jadi RM3200 (terus terpikir wah mahalnya rumah aku, masa awal2 sampai la katakan hehe)... tp bila dah lama dok sini, terasa takleh convert sbb dah mmg range dia begitu.. seolah2 orang europe dtg msia then mesti rasa rumah msia sgt murah.. huhu
ReplyDeletew'salam. Kalau convert memang mahal dlm RM. Tapi harga gitu setimpal dengan income orang tempatan.
Deleteassalamualaikum, bestnya jadi orang cerdik pandai. Dapat belajar sampai ober c. Tahniah. Salam untuk orang rumah.
ReplyDeleteAssalamualaikum dik...
ReplyDeleteFuh! teramatlah mahalnya sewa rumah kat situ..
Tumpang seronok membaca tulisan adik diperantauan....teruskan menulis walaupun dah balik "ke pangkal jalan"..
Salam untuk Cik Puan Isteri dari kak...
mak ai
ReplyDeletemahalnya sewa rumah ;)
mmg rate hotel
suka baca kisah org duk oversea
salam....selamat berkenalan...telah add anda sebagai follower.
ReplyDeleteIn order to understand our selves, we must first understand studio apartment Copenhagen. I find my self constantly drawn back to the subject of studio apartment Copenhagen. Until recently considered taboo amongst polite society, it is impossible to overestimate its impact on modern thought. Inevitably feelings run deep amongst those politicaly minded individuals living in the past, obviously. Though I would rather be in bed I will now examine the primary causes of studio apartment Copenhagen.
ReplyDelete