Tersebutlah kisah suatu cerita, ada orang kampung dari Malaysia yang menetap di Copenhagen yang kerinduan desa terchenta nun jauh di Kelate, Malaysia. Bagi mengubat kerinduan, pergilah si dia membawa hati yang lara melawat perkampungan orang Denmark yang terletak tak jauh dari rumahnya.
Kampung tersebut diberi nama Frilandsmuseet (Open Air Museum). Jaraknya cuma 2.5km iaitu lebih kurang sepenanak nasi (time it takes to cook rice) dengan rice cooker. Yang penting Free Entrance :) Di sini, terkumpul bermacam jenis rumah versi purbakala di Denmark ni. Setiap rumah dibina berdasarkan senibina lama dari daerah yang berbeza (kat sini tak de negeri). Kiranya macam perkampungan zaman dulu-kala la. Kebanyakan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada jerami. Yang peliknya rumah-rumah lama mereka kecil bangat saiznya. Entah lah, ingatkan orang viking ni gedabak dan besaq2. Rumah b*bi je yang besar (gambar last sekali).
Muzium ni dibuka sekali-sekala je. Kebetulan hari tu ada events sempena kedatangan musim winter ni. Pendek cerita, pergi la penulis DKKC meronda bersama Cik Puan Isteri masuk perkampungan lama di sana. Ada la events khas seperti persembahan teater, jualan market ala-ala zaman silam, persembahan musik dan juga demonstrasi masakan tradisional Danish. Apalagi, layanz 11 keping gambar untuk tatapan orang kampung di Malaysia.
|
<Dashyat tul dia punye atap. Yang ni confirm tak masuk air hujan> |
|
<Comel gak rumah gini. Rasanya yang bawah tu kandang kuda kot> |
|
<Kumpulan band tradisional berhenti rehat. Persembahan musical di sebelah rumah di tepi tasik/kolam> |
|
<Gini la kawasan perkampungan zaman dulu kala kat Denmark ni kot. Tapi pokok-pokok dah togel, maklumla dah abes musim luruh nak tunggu salji turun plak.> |
|
<Haa yang ni dibina tahun 1773 you.. Tok janggut pun tak de lagi zaman ni..huhu> |
|
<Kat sini pun ada kincir angin. Tak payah pergi Holland. Bergambar kat sini pun jadi la labu> |
|
<Kedai runcit zaman dulu. Yang biru tu pam minyak Ok, bukannya pondok talipon> |
|
<Tipikal Danish home. Berdinding bata dan ada serombong asap. Tak tau la Santa Claus muat ke tak nak masuk kalau serombong kecik cam gini> |
|
<Persembahan Nissemand. Sila abaikan sinaran dari 'objek' bawah-kanan tu> |
Persembahan teater 20min ni diadakan di halaman salah satu rumah di situ. Kiranya backdrop semula jadi la. Teater berkisar mengenai Nissemand. Nisse tu bermaksud kerdil (elf). Mand tu plak maksudnya jantan. Sebenarnya kisah ni merupakan kisah dongeng turun menurun di negara Scandinavia ni. Kononnya terdapat lelaki kerdil yang menjaga rumah petani. Tapi depa tak nampak di Elf ni. Dan petani-petani tersebut akan menghidangkan lempeng nasi sebagai balasan. Menjelang Krismas, si lelaki kerdil tu akan menyakat orang ramai, untuk menghiburkan diri. Tu la, apa yang difahami berdasarkan persembahan tu. Maklumla persembahan dalam bahasa Danish. Budak baru belajar Danish dalam Module 4 je, boleh la 65.8% faham...
|
<Isteri petani memberi Elf makan sebagai balasan menjaga rumah dan tanaman mereka> |
|
<Do not feed the pigs??? Biasanya jumpa tanda jangan bagi monyet makan je, kat zoo di Malaysia. Gambar rumah aka kandang B*bi di museum ini. Tapi dah moden, beratapkan plastik.> |
Sekian laporan orang kampung dari Malaysia yang melawat perkampungan kuno Danish di Copenhagen, Denmark. Adios!
menarik....sgt menarik
ReplyDeletemacam header DKKC suatu masa dulu.about setahun yg lalu, time saya mula singgah n terus follow blog ni. betul kan....header yg rumah tu...saya suka header tu
atap rumah dye tu memang tumbuh pokok2 ke???? :) sejuk je rumah macam tu :)
ReplyDeleteMungkin Santa Clause kat denmark kurus2.Muat lah kot nak masuk serombong asap tu :P
wahhh...atapnye...tumbuh pokok2...comel..tp cm seram gak kot...pikir2 kot2 de serangga ke pe kan?jeehehehe
ReplyDelete@radziah AR: wah ingat lagi header DKKC yang dulu ya. Yep, rumah tu pun beratap jenis jerami. Gambar tu, masa first day sampai Denmark, tu yg jadi header dulu tu
ReplyDelete@syarq:Mungkin jerami tebal, nak elak sejuk time winter kot
@SooHaeDaa:Yep, comel tapi seram..
Assalamualaikum Yong Mek,
ReplyDeleteNi dinamakan living museum. Yg ada kat Msia cam di Air Keroh, Melaka, tapi kekadang rasa cam tak dijaga dgn baik. Cantik2 gambor Yong, tima kasih!
rumah first menakutkan wuwuwu, suka rumah tepi tasik tu sweet!
ReplyDeleteeh cantik kot rumah2 ni...very unique...nak kena gi Denmark gak la camni...
ReplyDeleteatap jerami rupanya. padan la tumbuh kulat2 pun. hew3
ReplyDeleteNmpk unik rumah dia tp cantikk.huhu..mcm k.hanis gk suka gmba rumh dkt tasik tu huhu
ReplyDeletebestnya kandang babi tu! apasal la gua tak dapat melawat kampung/tempat ni dulu. lagi best dari Istana Amalienborg!
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletegambar cantik! boleh buat poskad ni. lebih seronok dapat tengok real depan mata kan!
ReplyDelete@gayour: Bila datang dengan tourism malaysia lagi tahun depan, datang la kat tempat ni. Ok gak la.
ReplyDelete@Asmara: Sekali sekala tengok kampung orang putih best gak
Wah cantik kampung dia kan. Sama macam dalam tv.
ReplyDelete