Tuesday, February 15

Nabi Muhammad SAW-The Chosen One



Salam Maulidur Rasul 1432H. Hmm...tema hari Maulidur Rasul tahun ini adalah "1Malaysia, 1Ummah". Patutnya 1Ummah, 1Malaysia..tapi tak pe la.  

Nabi Muhammad SAW sentiasa mengingati  dan kasih pada ummatnya. "Ummati.., Ummati..,Ummati". Namun, adakah kita sentiasa mengingati Nabi Muhammad SAW? Tepuk dada, tanyalah iman..Sempena Hari Maulidur Rasul tahun ini, marilah kita sama-sama memperingati Nabi Muhammad SAW dan perjuangan Baginda.

 "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganKu pada hari Kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaKu"  -Al Nasai & Ibnu Hibban


Petikan from Awakening Records "This song and the video are inspired by Muhammad, peace and blessings be upon him. Maher Zain and Awakening Records felt they had to respond to the recent attacks on Prophet Muhammad through cartoons and Facebook. The result is this music video. It's a small attempt at portraying the true character of our beloved Prophet Muhammad (pbuh)"


The Chosen One

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhmmad, ya Rasoola Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad, khairu khalqi Allah

Chorus:
Sallou 'ala Rasooli Allah
Habibil Mustafa
Peace be upon the Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad, ya Rasoola Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equalled by none
You are Allah's Chosen One
Muhammad, khayru khalqi Allah

Chorus

I'll try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day, and see you smile
When you see me

Chorus

Lyrics: Bara Kherigi
Melody & Arrangement: Maher Zain
© Awakening Records 2010



Ingat lagi kontrovesi kartun karikatur Nabi Muhammad SAW pada September 2005? Khabarnya editor suratkhabar yang mengeluarkan kartun tersebut telah mati terbakar. Namun, tidak pasti akan kesahihannya, kerna memang tiada berita mengenainya. Namun, pada 2010 salah seorang pelukis kartun tersebut iaitu Kurt Westergaard telah diancam dengan kapak dan pisau oleh seorang warga Somalia (muslim) di rumahnya. Dan pada 2 minggu lepas (3 Feb 2011) mahkamah telah menjatuhkan hukuman 9 tahun penjara atas cubaan membunuh.
Demonstrasi menuntut keamanan dan toleransi bagi Islam di Copenhagen pada 13 Feb 2011

Thursday, February 10

Lawatan Bertemu 25 Mayat

Apakah perasan anda melihat atau melawat orang yang telah mati? Ngeri kan. Namun, atas nama sains dan bagi mempelajari bahasa Danish, semua rakan sekelas Bahasa Danish saya telah berpeluang melawat Experimenterium di Hellerup secara percuma.

Pameran yang bertajuk ‘Body Worlds’ ini diadakan di Experimenterium (Pusat Sains Denmark) yang kebetulan bersebelahan dengan lokasi tempat kami belajar bahasa Danish. Tiket yang dikenakan adalah 160kr (RM 89) dan bagi pelajar adalah 70kr (RM39). Hmm..kalau pergi sendiri mungkin fikir 3 kali..Nasib baik dapat masuk percuma!

Pameran seluas 1,000 m2 dengan 25 badan mayat lengkap yang sebenar dan 200 organ yang pelbagai ini merupakan yang pertama di negara Scandanavia. Namun, rasenya dah pernah ada pameran seumpana ini di Singapore pada 2010. Proses pengawetan mayat adalah menggunakan kaedah ‘Plastination’ yang dipelopori oleh Gunther von Hagens. Tisu yang rosak digantikan dengan bahan plastik dan silikon bagi menguatkan struktur badan mayat tersebut.
Tujuan utama pameran ini adalah untuk mendedahkan masyarakat tentang organ dalaman manusia dan cara ia berfungsi, perbezaan badan manusia yang sihat vs tidak sihat (contohnya badan atlet/gimnas vs orang biasa dan badan orang sihat vs orang berlebihan lemak). Terdapat juga organ seperti peparu manusia yang berbeza antara perokok dan bukan perokok seperti mana yang dilihat pada gambar kotak rokok (tapi yang ni yang real!). Selain itu, pameran ini juga bertujuan meningkatkan pengetahuan mengenai anatomy terutamanya dikalangan pelajar sekolah.
Korang tahu apakah tulang paling kecil dalam badan manusia? Tak tahu bukan. Sebenarnya tulang terkecil dikenali sebagai ‘stirrup bone’ (stapes) yang hanya berukuran 0.25-0.33cm dengan seberat 1.98-4.3mg. Tulang ini terletak di antara telinga manusia. Cehh.. dah jadi macam doctor plak. Bahan pameran yang paling memperonakan adalah melihat proses kejadian manusia. Bayi dalam ibu mengandung dan dari sekecil-kecil fetus hinggalah bayi yang berumur 34 minggu (dah ada rambut, blonde plak tu). Nampak semua plasenta dan urat serta tali pusat. Dan terdapat juga 2 mayat lelaki dan wanita yang sedang melakukan aksi xxx yang sukar digambarkan dengan kata-kata  disini.
Pusat sains yang penuh dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah
Selepas penat melihat mayat, kami terus menjadi sebahagian kanak-kanak dan pelajar sekolah melakukan pelbagai aktiviti yang terdapat di pusat sains tersebut. Semua aktiviti adalah berorientasikan adalah sains seperti fizik, kimia dan juga biologi yang amat sesuai untuk pelajar sekolah (macam Petrosains di KLCC, cuma di sini lagi banyak aktiviti fizikal).
Rakan sekelas yang girang cuba berlakon dalam filem ala-ala CGI
Bergambar dengan thermal camera

...harap-harap tiadalah roh mayat-mayat tersebut ikut balik ke rumah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...