Friday, January 20

3 dalam 1


Baru-baru ini berlangsunglah majlis ringkas 3 dalam 1 di kediaman penulis DKKC. Setelah sekian lama tidak bertemu mata (padahal baru je celebrate new year sama2 huhu), komuniti orang melayu di sini berkumpul lagi. Mujurlah muat rumah yang sekangkang 79m3 ni.  Tapi bukan saja rakyat malaysia yang datang, ada juga warga Singapore dan Indonesia yang mampir. Bagus la, kiranya majlis tahap nusantara gitu. 

Majlis kali ini adalah sambil menyelam sambil minum air dan makan nasi. Majlis tahlil, Farewell dan juga sambutan Hari Lahir. Majlis tahlil itu adalah untuk Arwahyarhamah bonda tersayang Cik Puan Isteri yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 100 hari yang lepas.  Yang birthday tu plak, untuk meraikan January babies. 3 orang sekali gus. Tapi bukan birthday si baby, tapi mummy dan granny..huhu.

Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan rakan-rakan yang bakal tamat perjuangan di medan ilmu di bumi Denmark dan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. Maka berkuranglah lagi 9 orang rakyat (termasuk kanak2) di sini. Tak lama lagi komuniti melayu di sini boleh di bilang dengan jari jemari gamaknya. Jadi, jom la ke Denmark :)

4 comments:

  1. Waktu ada majlis mmg seronok dapat kumpul ramai2 kan!
    *biasa kalau majlis mesti ada gambr makanan. eheh..;D

    ReplyDelete
  2. Salam Yong,

    Bape pecahan ahli-ahli ni, ikut negara? Kalau ada yg dah balik, mesti ada yg datang pulak, tak gitu?

    ReplyDelete
  3. @Asmara: Memang best berkumpul ramai. Sebab bukan selalu ada kesempatan berborak2 dan lepak sama2
    @MOH KEMBARA: 5 baru datang, 9 orang nak balik, dan ada lagi 2/3 orang nak datang

    ReplyDelete
  4. Bestnya...saya pun teringin nak ke Denmark...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...