Travelog Melencong ke Berlin : Part 2 (Day 3)
Penerokaan hari ke-3 ibukota
Jerman diteruskan dengan menjejaki kawasan luar kota Berlin. Mungkin ramai yang
tidak mengetahui bahawa Negara jerman suatu ketika dulu pernah mempunyai raja
dan berada dibawah pemerintahan monarki. Maka lantaran itu banyak istana yang
megah terbina. Walaubagaimanapun banyak yang telahpun musnah semasa perang. Kami
memilih untuk mengunjungi bandar kecil berhampiran tidak jauh dari Berlin iaitu Postdam.
Bandar diraja ini kiranya
macam Winsdor di UK, yang mana terdapat banyak istana dalam sesuatu kawasan.
Kawasan postdam terletak
kira-kira 28km, dan berada dalam Zon C jika dari Berlin. Oleh itu, kami mengambil
day pass ticket dengan harga EUR7/52kr/RM28.
Penjalanan train S7 dari kawasan penginapanan kami iaitu dari stesen
Berlin-Charlottenburg ke Potsdam Haufbahn mengambil masa 40 min. Dari situ kami
mengambil bas. Mujur tiket masih laku dan boleh dipakai.
Fakta#1: Di kawasan Berlin
terdapat juga nama Potsdamer platz iaitu kawasan moden di Bandar Berlin. Potsdam pulak diluar Bandar Berlin, kawasan taman-taman Istana.
Kawasan Potsdam mempunyai beberapa lokasi yang
menarik dan tersenarai dalam UNESCO World Heritage. Terdapat dua Istana lama
yang popular di kawasan berdekatan. Walaupun tidaklah sepopular Istana Fairy
Tale atas bukit iaitu Neuschwanstein Castle, namun Istana Sanssouci dan juga Neues
Palais (New Palace) tidak kurang menariknya. Tempat pertama yang dituju adalah
Bradenburg Torr. Nama yang sama seperti yang yang terdapat di Kota Berlin,
tetapi tembok yang ni kurang popular dan juga bersaiz lebih kecil.
Info#1: Bradenburg Torr di Postdam hanya berdekatan
Sccouci Palace, boleh jalan kaki ke masuk ikut taman.
Seterusnya kami bergerak menaiki
bas ke New Palace. Dari jauh kelihatan dua bangunan besar tersergam megah di
kiri dan kanan. Di hadapan New
Palace terdapat bangunan istana yang telah dijadikan kawasan University of
Potsdam. Hanya 2000 pengunjung dibenarkan memasuki ruangan Istana tersebut
setiap hari. Tiket yang dikenakan agak mahal iaitu EUR14 seorang. Tapi kami
mendapat potongan student price dan hanya perlu membayar EUR10/kr/RM.
Audioguide dalam bahasa Inggeris diberikan secara percuma, mungkin kerana telah
termasuk dalam pakej harga tiket.
Info#2: Terdapat
tram dan bas yang digunakan di kawasan Potsdam. Boleh ambil peta laluan bas di
Kaunter information Office samada di Postdam Haufbahn (Station) atau di kiosk
information di hadapan Bradenburg Torr.
Dari luar, kelihatan istana tersebut seolah
banguan biasa. Tetapi di bahagian dalaman, mak oii ada 200 bilik semuanya. Siap
ada dewan theater lagi. Kat dalam plak memang cantik dan terjaga. Lantai laluan
pelancong dilapik dengan plat kayu bagi mengelakkan lantai asal rosak. Maklum
la, bukan setakat dinding dan syilling ada corak-corak dan ukiran bagai, lantai
pun bercorak unik dan cantik. Kami bernasib baik tatkala kami di sana, pihak
museum masih tengah mengadakan sambutan ulang tahun Raja Frederik III, yang mana
satu pameran khas diadakan. Maka, kebanyakan barang pameran bertumpu kepada
raja tersebut, kisah dari dia kecik sampai la besar.
Di tengah Istana tersebut ada sebuah dewan ball
room Grotto Hall yang cukup indah. Ala-ala kayangan macam dalam cerita fairy
tales. Memang dashyat dekorasinya. Dinding, tiang dan ceiling penuh dengan
corak yang memukau pandangan bertatah batuan permata, cengkerang laut (shells), batu
karang (coral), marble, quartz dan juga batuan stalactites. Tetapi,
peraturan tidak membenarkan kami mengambil gambar. Malah terdapat seorang
pekerja Museum hampir disetiap bilik pameran. Kalau nak curi-curi tangkap
gambar, nanti kena tangkap la pulak. Hampir 2½ jam kami melilau kat dalam tu. Pusing-pusing,
rupanya ada lagi bilik ruangan yang belum masuk.
Sanssouci Palace pandangan dari bawah ke ke atas. Nampak jelas Terraced garden bertingkat. |
Sanssouci Palace pandangan dari atas ke bawah |
Seterusnya kami bergerak pula ke
kawasan taman di perkarangan Sanssouci Palace. Berduyung-duyung pelancong
berpeleseran. Kawasan tersebut dengan taman bertingkat (The terraced gardens).
Memang cantik dan romantik panorama kawasan taman tersebut dari Sanssouci Palace. Kawasannya
luas dan terdiri dan beberapa jenis taman.
Menjelang petang, kami kembali ke
kawasan bandar Berlin kerana telah pun menempah tiket masuk ke dalam bangunan
Parlimen di Jerman iaitu Reichtag. Sebelum masuk, semua pengunjung perlu
melalui kawalan keselamatan ala-ala kat Airport gitu. Maklum la nak masuk Parliment
negara orang ikut je la. Parlimen negara sendiri pun tak pernah sampai.
Struktur dalaman Reichtag. Kelihatan laluan berbeza untuk naik dan turun |
Cermin untuk melihat ruangan utama Parlimen. Boleh masuk tengok dari atas semasa sidang Parlimen! |
Kawasan yang dibenarkan masuk
adalah bahagian atas iaitu `Dome’. Tetapi kawasan bumbung pun dah cukup luas
dan pengunjung boleh melihat struktur dalaman bahagian utama Parlimen menerusi cermin
kaca. Design bangunan
Parliment memang unik diperbuat daripada kaca. Berbekalan audio yang
dipinjamkan percuma, pengunjung mendengar penerangan sambil mendaki laluan 360 darjah dengan beberapa
pusingan. Apa yang unik, laluan naik dan turun tidak bertembung semasa
pusingan. Pemandangan sebahagian daripada bandar Berlin kelihatan jelas dari segenap arah dari atas Dome Reichtag ni.
Info#3: Untuk masuk ke dalam Reichtag, kena booking
sekurang-kurang 3 hari sebelum. Free je.
Salam,
ReplyDeleteSangat menarik! Saya belum lagi sampai ke Jerman. Tapi tetap menyimpan cita-cita untuk ke sana.
Tentu geram bila tak dibenarkan ambil gambar, kan?
Lawatlah blog saya ya.
Salam,
ReplyDeleteAlhamdulillah bertuah dpt menikmati keindahanan. Mama pun suka dgn castle dan taman2 indah di negara barat. Memang cantik tak terkatalah.Mama suka taman2nya dgn pokok yg bersegi2 , cantik sgt!
Teruskan menulis.
Terimakasih.
waaahhh... awesome pics... tak sempat nak cover semua mukim @ germany last year.. tqs for sharing..
ReplyDelete@Naramas Aman: W'salam. Negara Jerman memang menarik. InsyaAllah kalau ada rezeki sampai la tu ke Jerman plak.
ReplyDelete@Pn Juhairiah: W'salam. Alhamdulillah diberi peluang melabawat negara orang. Terima kasih kerna sudi menjengah ke blok ini.
@m.u.l.a.n: TQ for visiting
salam, hej imran,
ReplyDeletemmng cantik jerman ni, tapi ader dngar suasana kat sana relaxx skit
agknya apa lebihnya jerman dngan negara eropah lain....
mmng ader hsrat besar nak smpai sana dan mana2 negara nordic,nak menetap skali hehehe.....
mange tak.
Tak sempat nak singgah German!! Next time mungkin!!
ReplyDeletebtw, we're here in Copenhagen.... Selamat sampai! :)