Kat Malaysia, barangan permainan Lego semakin
mendapat perhatian ramai. Al-maklumla, Malaysia dah ada Legoland sekarang. Dan
mungkin ramai yang mengetahui Lego adalah berasal dari Negara Denmark. Tetapi mungkin ramai yang
tidak mengetahui asal-usul sejarah permainan lego bermula.
Perkataan Lego adalah
mengambil berasal dari perkataan ’Leg
Godt’ dalam bahasa Danish yang
bermaksud ’play well’. Sejarah mencatatkan bahawa pada asalnya seorang tukang
kayu bernama Ole Kirk Christiansen memulakan permainan kanak daripada kayu dan
seterusnya memcipta permainan dengan menggunakan bongkah plastik. Kini,
generasi ketiga iaitu cucu ketiga Ole Kirk Christiansen merupakan orang yang
terkaya di Denmark setelah 25 tahun menjadi CEO Lego Group.
Untuk mengetahui lebih lanjut sejarah asal usual permainan Lego, sila layan
video animasi pendek mengenai sejarah bagaimana permainan terkenal seantero
dunia ini bermula and and let yourself be inspired. It’s a most inspiring story
with a lot of great lessons to learn!
Kini permainan LEGO ada dijual di serata dunia dengan berbagai macam
model yang menarik. Dan bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak lelaki, malah
baru-baru Lego telah mula memasarkan permainan untuk kanak-kanak perempuan yang
lebih kepada pembinaan rumah-rumah yang bewarna pink dan tidak seperti
kanak-kanak lelaki yang lebih kepada membina kereta, keretapi, kapal terbang
dan sebagainya. Tetapi anda tidak
menjadi kanak-kanak untuk bermain LEGO. Apa yang diperlukan hanya unlimited
imigination!
10 Fakta mengenai permainan Lego
§
Lego bermaksud "Saya menyusun" atau
"Saya merangkai" dalam Bahasa Latin.
§
Setiap saat, sebanyak 7 set permainan Lego terjual di
seluruh dunia
§ Kira-kira 20 billion bongkah Lego dibuat setiap
tahun di Kilang Lego di Billund, Denmark dan bersamaan 2 million bongkah setiap
jam dan 35 000 setiap minit.
§ Ketepatan mesin acuan plastik yang digunakan
adalah 0.002mm dan hanya 18 bongkah yang rosak atau di ’reject’ bagi setiap
sejuta produk
§ Kiraan matematik menunjukkan terdapat
915,103,765 juta cara untuk mencantum Lego.
§
Secara purata, setiap individu di Dunia ini mempunyai
62 bongkag Lego seorang.
§ Sejak 1949, kira-kira 440 billion bongkah Lego
telah dihasilkan
§ Jika semua bongkah Lego di susun, ianya dapat
membalut bumi sebanyak 4 kali
§ Terdapat kira-kira 2,350 jenis bentuk bongkah
dengan 52 jenis warna
§ Sehingga 2012, terdapat 6 taman tema Legoland
di seluruh dunia iaitu di Billund(Denmark), Windsor (England, UK), Deutschland (Günzburg, Germany), California
dan Florida (USA) dan Nusajaya (Johor, Malaysia)
Sumber: Lego Group
Anda suka bermain Lego??
Lego is the best toy to give the children because it prompts them to think critically while playing with those colorful blocks!! I did not have Lego blocks when I was younger, otherwise i would be much smarter than now hahaha <3
ReplyDeleteXoxo,
Farah
I agree, Lego is a great toy for boys & girls. I'd rather the kids play with Lego daripada berjam2 mengadap ipad & segala gadget2 tuh...
ReplyDeleteIt definitely helps my kids to channel their creativity. Cuma lepas main tuh, nak kemas jenuh la jugak:)