Salam kemerdekaan. 31 Ogos baru sahaja berlalu, bagaimana hari merdeka anda? Meraikan bersama ahli keluarga dan sahabat andai atau hanya merayakan hari cuti umum dan hujung minggu dengan beristirehat di rumah? Walau apapun, kami berharap hari merdeka anda tetap ceria dan patriotik!
Sesi bergambar berlatar belakangkan pokok epal yang lebat |
Tahun ini kami komuniti kecil di bumi Copenhagen sekali lagi menyambut hari kemerdekaan dan juga aidilfitri di Nivå, Denmark seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Walau jauh beribu batu, masing-masing dengan penuh patriotik bersama-sama meraikan hari kebangsaan yang ke 56.
Alhamdulillah, walau sambutannya hanya secara kecil-kecilan, namun tetap ceria dan meriah. Bak kata rakan-rakan di sini 'Kalau di Malaysia pun, tidak dapat merasai semangat patriotisme luar biasa sebegini'.
Maka benarkan kata orang, bila dah berada diluar negara, barulah sedar betapa bertuahnya kita menjadi warga Malaysia kerana dapat merasaikan keamanan dan kemakmuran'.Lagipun, kalau kita tak sayang negara sendiri, siapa lagi??
Maka benarkan kata orang, bila dah berada diluar negara, barulah sedar betapa bertuahnya kita menjadi warga Malaysia kerana dapat merasaikan keamanan dan kemakmuran'.Lagipun, kalau kita tak sayang negara sendiri, siapa lagi??
wah...bagus2. tabik pada jatidiri korang. sekecil mana pun walau pada sepotong kek..tetap ada nilainye.. hehe.
ReplyDeletejati diri penting, walau jauh berada di tempat orang :)
Deletenampak seronok ^^ mungkin penghayatan bila sambut kemerdekaan berada di luar malaysia itu lebih lagi :)
ReplyDeleteya betul, penghayatan sambut kemerdekaan lebih baik bila berada di luar malaysia
Delete