Wednesday, February 29

Kokosnød Ris - Nasi Lemak Antarabangsa

Kokosnød ris? Apekemende tu..Kokocrunch tahu la kan. Hehe..Kokosnød ris ni dalam bahasa Danish, tapi dalam bahasa Melayunya adalah Nasi lemak. Nasi Lemak Antarabangsa kat Kg Baru, KL tu belum tahap internationale lagi. Ni baru la antarabangsa, nasi lemak versi Denmark..

Al-kisahnya, kelas Danish yang penulis DKKC ikut sekarang dah pun masuk module 4. Kalau nak diikutkan tahap 4 nih, dah masuk fasa semakin advance la. Tapi, rasanya belum boleh cakap Danish berabuk lagi, berhabuk ada la. Minggu lalu, Cikgu kelas kiteorang, Jesper Hendeg suruh buat karangan lagi, tapi kali ni tulis resepi masakan masing2. Nak buat projek kogebog (Buku masakan) katanya. Jadi rakan sekelas penulis  yang sememangnya antarabangsa pun tulis la karangan resepi masakan tradisi masing2. Ada yang dari Lithunia yang tulis resepi 'Ingefærkiks' (Ginger Biscut), Tianjin Pankek (China), Apple cake (German) dan juga macam-macm lagi. Apa lagi, penulis DKKC pun tulis la pasal Kokosnød ris. Ni dia resepi nasi lemak versi orang Denmark. Kalau tak paham tu, buat2 paham je la ye.

Jeg kan godt lide at lave og spise ’nasi lemak’ fordi det er lækker, smager godt og meget populært i mit hjemland, Malaysia. Der er også populært i Singapore. Jeg håber, at jeg kan lære dig hvordan du kan lave denne ret. Nasi lemak er nem at tilberede. Du har brug for:
A)     Kokosnød ris
2 kopper ris
2 kopper vand
3 skalotteløg (skåret i skiver)
15 teskefuld tyk kokosmælk
1 skive ingefær
Sukker og salt efter smag

B)      Rejer Chili Pasta
1 rødløg (skåret i skiver)
3 teskefuld madolie
3 teskefuld tamarind juice
5 teskefuld chili pasta
150 g af små rejer
4 hvidløg

Først kog kokos ris. Bland alle ingredienserne. Kog risene i cirka 40 minutter. Så tilsættes chili og løg til pasta. Varme madolie i en gryde. De Skivede løg steges indtil de bliver brun. Blander de pasta og stegt. Tilføj tamarinde og rejer. Tilføj sukker og salt. Kog indtil sovsen tykner.

Nogle gange vi spiser den med kogt æg, agurk og stegt små fiske. Nasi lemak er godt til frokost eller middag, men sometid vi også spiser retten til morgenmad.

Haha..sempoi tak karangan..macam budak sekolah rendah pon ada. Ni pun setelah 'contengan' bulatan2 merah tanda grammatical error dari cikgu..

P/S: Tak tahu ikan bilis dalam bahasa danish ape mende. Tukar jadi nasi lemak udang (rejer). Hentam sajalah..

Sunday, February 19

Komuniti Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark)

Baru-baru ini, pelajar-pelajar di sini telah mengambil inisiatif menubuhkan satu akaun facebook khas bergelar Pelajar Malaysia di Denmark (Malaysian Students in Denmark) untuk kemudahan kepada sesiapa yang ingin ke Copenhagen atau bandar-bandar lain di Denmark bumi Scandinavia ini.
Search laman facebook Pelajar Malaysia di Denmark untuk meklumat lanjut. 
Tapi kalau ada yang ingin bertanya kepada DKKC, boleh je.

Mungkin tidak ramai yang tahu tentang kewujudan masyarakat dari Malaysia yang menetap di sini. Ada yang datang ke sini untuk belajar, bekerja mahupun ada juga yang telahpun berkahwin dengan warga tempatan. Bukan setakat warga Melayu, ada juga Cina dan India berada di sini. Walaupun, bilangan yang berada di sini boleh di bilang dengan jari-jemari, namun kami kerap juga berkumpul dan bertandang ke rumah di antara satu sama lain. Terutamanya bila ada sambutan macam hari raya, merdeka, birthday, housewarming, farewell dan juga tahlil.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri warga Malaysia di Denmark. Fotocredit: Abdillah JMT

Usrah V 3.0 di Grønnevej 59, St. Tv.

Berita di TV1 yang mengatakan lebih ramai pelajar Malaysia  akan di hantar ke Denmark baru-baru ini.

Dan bila dah berkumpul, memang kecoh sekampung. Riuh rendah dengan gelagat dan ragam terutamanya kanak-kanak.. Tapi aktiviti utama mestilah acara makan-makan. Dan alhamdulillah, kini majlis usrah untuk kumpulan kecil rakyat Malaysia di sini juga telah dimulakan. Bagusla, walau jauh diperantauan, ikatan ukhwah sesama dan semangat saling nasihat-menasihati sentiasa ditanam disamping mendalami ilmu Islam.

Selain itu, di dapati makin ramai warga Malaysia dari Tanahair mahupun dari tempat2 lain yang bertandang ke Denmark. Ramai yang melencong dan melancong ke sini sekarang. Tapi, ada juga yang hanya transit di Airport di sini dan ada yang datang ke sini atas urusan kerja. Lantaran itu, InsyaAllah penulis DKKC bercadang untuk berkongsi tips dan guide kepada sesiapa yang ingin menjejakkan kami ke bumi Denmark ni tidak lama lagi. Tungguuuu..

Tuesday, February 14

Teknik Berjalan Atas Air

Berjalan di atas air adalah tidak mustahil. Dengan syarat, air telahpun membeku.Muahhehe..

Al-kisahnya, kalau minggu yang sebelumnya penulis DKKC bergelungsur dicerun bersalji dengan main sledge ride, minggu ini berice skating la plak. Lagipun dah lama kepingin berlari riang dipermukaan ais ala-ala Disney on Ice. Setahun yang lalu penulis berhempas pulas membiasakan diri supaya badan seimbang, asyik nak tumbang je. First time main skating, susah jugak wei..nampak je senang. Nak gerak pun pegang pagar je. Maklum la kalau terjatuh, kurang la ke'macho'annya. Kini, bila time winter ni, tatkala tasik pun dah membeku, teringin pula nak memajukan diri dalam arena skating ni. Lagipun, bukannya kena bayar pun. FOC..
Bermain ice skating 'bersama-sama' aweks Danish. Haha..kantoi gambar tripod kat sebelah,  guna sebagai tongkat takut tergolek..
Di Denmark, bila tasik membeku, maka pihak Komune (macam majlis Daerah) akan maklumkan tahap ketebalan ais untuk menentukan selamat atau tidak.  Dan bila paras ketebalan adalah selamat, baru la dibenarkan bermain-main di atas tasik. Safety first la katakan.
laman web www.ltk.dk/isen
Maksud papan tanda "Ais hari ini membeku sehingga 13 cm. Lalulintas di atas ais adalah tanggungjawab sendiri"
Gelanggang ice skating yang kami pilih adalah Holte So (Tasik Holte). Walaupun, banyak tasik yang sekitar yang membeku, tapi tasik Holte menyediakan panorama yang lebih indah. Tak terlampau luas, dan tak terlampau kecil. Lagipun 2 km je dari rumah. Tapi sebenarnya, pergi situ sebab di tasik ni tak ramai orang, kalau jatuh tergolek pun, tak la malu sangat..kuang2
Snow separa lebat yang turun di pagi hari telah mengurangkan kelicinan permukaan tasik.
Seekor itik tertawa terkedek-kedek melihat gelagat  si manusia yang jatuh akibat x reti main ice skating
Posing cover album bersama cik puan isteri gaya romantis menahan kesejukan

Wednesday, February 8

Winter Wonderland

Hujung minggu lalu, salji turun dengan lebatnya. Langsung tiada petunjuk dari weather forecast. Tup-tup mencurah-curah turun hingga boleh membenamkan kaki. Snow yang putih gebu dan halus lagi mulus tu begitu mengujakan.Seolah-olah memanggil kami untuk keluar dari kepompong. Cuaca cam gini, berhibernasi je best, tapi apakan daya, kejakunan orang kampung dari Malaya tidak dapat dibendung lagi setelah teruja melihat salji. Apatah lagi, main salji free, tak perlu pergi ke i-city tak pun masuk Snow World kat Genting tu.
View dari beranda rumah. Jalan raya pun dah tak nampak
Pemandangan dari belakang rumah. Dah macam set filem Narnia dah ni..hehe

Bukan setakat kami je yang excited, orang tempatan pun sama je. Semuanya memang menunggu kehadiran si putih salju ni turun sejak awal Disember lagi. Dengan ketebalan salji yang mencukupi, kami pun pergi bermain sledging yang terletak tidak jauh dari rumah. Dah lama benar tersimpan papan dan talam sledging tu. Skills pun nak kena asah semula.

Tuesday, January 24

Ani...Angkat Jemuran, Salji dah turun!

Aisey, mana ada orang jemur kain kat luar, time2 musim sejuk cenggini. Mahu mengeras kain jemuran membeku di ampaian.

Hari ini kawasan rumah kami masih dibaluti salju lagi. Nampaknya salji yang turun sejak dua hari lepas masih belum cair kerna suhu masih di bawah paras beku. Pagi ni je, bangun je, jenguk temperature  kat luar cecah -3.5oC. Patut la sejuk semacam dan liat je nak bangun..hehe.

Tahun lepas salji turun hujung bulan November. Time tu memang la over 'eksaited' sangat. Tapi, tahun ni dah kurang eksiatednya. Apa? salji dah turun. Ok, biar la dia nak turun, turun la ape kisah..
Tapi, Cik Puan Isteri masih lagi eksiated, tak puas lagi main salji tahun lalu, katanya. Tu la, eksen tak mau pakai baju tebal2, kan dah kena demam ni..Huhu

Walaupun salji dah mula turun bertalu-talu, dan juga masih lagi bersuhu negatif, namun masih belum cukup untuk buat Snowman. Salji tebal-tebal baru la best. Hmm...tak sabar naik main sledging di cerun bukit. Memang kagum dengan keindahan ciptaan Allah swt dengan panorama alam yang cepat berubah. Memang best time winter gini. Macam-macam boleh buat. Tapi, tengok la, nanti bila dah muak hari-hari snow je, mula la rindukan cahaya mentari plak. Biasa la tu..

Friday, January 20

3 dalam 1


Baru-baru ini berlangsunglah majlis ringkas 3 dalam 1 di kediaman penulis DKKC. Setelah sekian lama tidak bertemu mata (padahal baru je celebrate new year sama2 huhu), komuniti orang melayu di sini berkumpul lagi. Mujurlah muat rumah yang sekangkang 79m3 ni.  Tapi bukan saja rakyat malaysia yang datang, ada juga warga Singapore dan Indonesia yang mampir. Bagus la, kiranya majlis tahap nusantara gitu. 

Majlis kali ini adalah sambil menyelam sambil minum air dan makan nasi. Majlis tahlil, Farewell dan juga sambutan Hari Lahir. Majlis tahlil itu adalah untuk Arwahyarhamah bonda tersayang Cik Puan Isteri yang telah kembali ke rahmatullah kira-kira 100 hari yang lepas.  Yang birthday tu plak, untuk meraikan January babies. 3 orang sekali gus. Tapi bukan birthday si baby, tapi mummy dan granny..huhu.

Majlis ini juga bertujuan untuk meraikan rakan-rakan yang bakal tamat perjuangan di medan ilmu di bumi Denmark dan akan pulang ke tanah air tidak lama lagi. Maka berkuranglah lagi 9 orang rakyat (termasuk kanak2) di sini. Tak lama lagi komuniti melayu di sini boleh di bilang dengan jari jemari gamaknya. Jadi, jom la ke Denmark :)

Thursday, December 22

Siang Pendek, Malam Panjang

<22 Dec 2010:  Gambar belakang rumah. Snow turun dengan lebatnya tahun lepas.>
Siang pendek, malam panjang? Ni bukan teka teki ni, ini adalah apa yang berlaku pada hari ni kat Denmark. Tatkala tiba musim winter, fenomena waktu siang yang pendek dan waktu malam yang panjang sudah menjadi lumrah. Namun, hari ni la yang paling singkat siangnya dan terpanjang malamnya. Kalau dulu bulan March ada Ekuinoks (siang=malam), hari ni plak (siang terpendek) dikenali sebagai winter solstice. Pelik2 la. Maklumla orang kampung dari Malaysia, memang jakun perubahan musim yang pelik2 gini.

Kiranya, hari ni siang hanya 7 jam 1 minit di Copenhagen. Maka, sesiapa yang berpuasa hari ni, maka untungla. Pejam celik dan pun tiba waktu berbuka. Tapi, time2 musim sejuk memang perut cepat je berbunyi.
<Waktu solat di Copenhagen dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya>
Hmm, berbicara tentang sejuk, sehari dua lepas, ada la snow turun mengiringi hujan yang turun. Tapi, macam biskut marie je. Sekejap turun, sekejap tak. Malu2 kucing gitu. Hasilnya, tak de la snow menimbun menjelang hujung tahun ni. Bagi, orang-orang Danish kalau turun snow menjelang hari raya mereka, 'x-mas', maka merupakan raya yang istimewa dan dikenali sebagai 'white krismas'.

P/S: Semua orang kat sini nampaknya pergi berlibur sakan menjelang cuti panjang krismas-new year ni. Hmm.. nampaknya kami berlibur dalam rumah je lah nampak gayanya..

Friday, December 16

Orang Kampung Masuk Kampung di Denmark

Tersebutlah kisah suatu cerita, ada orang kampung dari Malaysia yang menetap di Copenhagen yang kerinduan desa terchenta nun jauh di Kelate, Malaysia. Bagi mengubat kerinduan, pergilah si dia membawa hati yang lara melawat perkampungan orang Denmark yang terletak tak jauh dari rumahnya. 

Kampung tersebut diberi nama Frilandsmuseet (Open Air Museum). Jaraknya cuma 2.5km iaitu lebih kurang sepenanak nasi (time it takes to cook rice) dengan rice cooker. Yang penting Free Entrance :) Di sini, terkumpul bermacam jenis rumah versi purbakala di Denmark ni. Setiap rumah dibina berdasarkan senibina lama dari daerah yang berbeza (kat sini tak de negeri). Kiranya macam perkampungan zaman dulu-kala la. Kebanyakan mempunyai bumbung yang diperbuat daripada jerami. Yang peliknya  rumah-rumah lama mereka kecil bangat saiznya. Entah lah, ingatkan orang viking ni gedabak dan besaq2. Rumah b*bi je yang besar (gambar last sekali).  

Muzium ni dibuka sekali-sekala je. Kebetulan hari tu ada events sempena kedatangan musim winter ni. Pendek cerita, pergi la penulis DKKC meronda bersama Cik Puan Isteri masuk perkampungan lama di sana. Ada la events khas seperti persembahan teater, jualan market ala-ala zaman silam, persembahan musik dan juga demonstrasi masakan tradisional Danish. Apalagi, layanz 11 keping gambar untuk tatapan orang kampung di Malaysia.

<Dashyat tul dia punye atap. Yang ni confirm tak masuk air hujan>
<Comel gak rumah gini. Rasanya yang bawah tu kandang kuda kot>
<Kumpulan band tradisional berhenti rehat. Persembahan musical di sebelah rumah di tepi tasik/kolam>

Wednesday, December 14

Street Photography: Strøget Copenhagen (11 Gambar)

Dah lama benar tak keluar meronda. Asyik mengeram dalam rumah je. Maklumkan suhu semakin turun. Dan tiba musim sejuk. Salju je yang tak mau turun lagi. Hari-hari mendung dan gloomy je. Asyik diselubingi kegelapan je. Tapi, tanpa disangka, hujung minggu yang lalu, tetiba sinar mentari menerangi bumi Denmark ni. Apalagi, terus diajak Cik Puan Isteri pergi berdating. Lagipun, lama sungguh tak disentuh DSLR. Merajuk plak si Nikon tu nanti. Nak adjust setting pun dah tak reti. Photographer amatur la katakan. Layanz 11 keping gambar sekitar Strøget di Copenhagen iaitu antara laluan shopping street yang terpanjang di Eropah.
<Street musican di tepi traffic light. Setiap kali lampu merah, depa mainkan lagu..>
<Iklan menarik TDC (syarikat telekomunikasi & TV) kat Scooter>
<Love in the air!>
<Gereja apa nama tah. Tapi dah bertukar menjadi hotel>
<Sang burung terbang bebas di awan biru..>
<Statue dragon di hadapan Cityhall dan menjadi tandas awam
kepada burung merpati>
<Air pancur tidak dipancurkan lagi kerna takut air menjadi ais di musim sejuk>

Tuesday, November 29

Enjoy Learning, Fun Journey

Al-kisah baru-baru ini penulis DKKC berpeluang menjengah beberapa company di negara Denmark ni. Sedari zaman undergraduate dulu, memang suka benar mengikuti lawatan. Tak kiralah melawat kilang ke company ke. Janji keluar jalan-jalan sambil belajar. Ye la, bosan gak asyik tengok equation dan gambar dalam buku je. Lagipun rasa dah lama benar tak memakai safety helmet dan kasut gedabak safety shoes. Rindu benar arena kegemilangan pekerjaan, kerjaya sebagai jurutaktera di Pasir Gudang tak lama dulu.
Company yang pertama dilawati adalah Inbicon. Kilang ni terletak di kawasan Kalundborg yang agak dikenali sebagai The Green Industrial Municipality. Inbicon merupakan company di bawah DONG Energy A/S (kalau kat Malaysia macam TNB). Company ini merupakan Biomass Refinery yang menghasilkan ethanol, sebagai bahan api. Kiranya macam alternative energy la ni.
Pilot Plant Inbicon di Kalunborg. Yang naik basikal tu, adalah Plant Manager
Yang menariknya, sumber ethanol ni dihasilkan dari 2G. ’G’ kat sini tak de kaitan dengan 3G talipon tu. ’2G’ ni bermaksud second generation (generasi kedua). Sebelum ni, orang kecoh-kecoh pasal isu sivik pasal makanan sebagai bahan api. Ye la, tak kan sanggup gunakan jagung atau vegetable oil untuk masakan untuk diconvert sebagai bahan api, sedangkan ramai lagi manusia kat dunia ni, terutama di Afrika yang hidup melarat tak cukup makanan. Lantaran timbul idea 2G ni. Generasi kedua ni maksudnya, bahan api tidak digunakan dari punca utama makanan (misalnya jagung ataupun wheat), tetapi menggunakan ’inedible biomass’ iaitu jerami atau lebih dikenali sebagai ’straw’.
Yang ni plak untuk generate electricity
Penulis DKKC memang tabik dengan company ni, walaupun profit margin adalah sangat rendah tetapi demi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber petroleum dan juga mengurangkan CO2 effect, jadi mereka sanggup teruskan operasi kilang. Lantaran itu, hasil ethanol diprocess menjadi sumber bahan api dan dijual kepada stesen minyak tempatan iaitu StatOil dan dikenali sebagai minyak Bio95. Di Malaysia sebelum ni pun ada Biodiesel, iaitu campuran palm oil dan diesel. Tapi biodiesel kat Denmark ni memang lebih ’green’ sebab tak menggunakan palm oil, soyabean oil mahupun rapeseed oil untuk menggerakkan enjin kereta, pakai jerami je!
StatOil menjual minyak dari 'jerami'

Company yang kedua diterjah adalah FLSmidth. Sebenarnya trip ni adalah bersempena dengan satu conference pelajar undergraduate bagi pelajar Chemical Engineering and Applied Chemicals bagi Scandinivia Univeristies. So, Penulis DKKC ambil kesempatan tumpang 2 kaki.
FLSmidth Research Manager yang nampak sempoi tapi bijaksana
Syarikat FLSmidth terletak di pinggir bandaraya Copenhagen, iaitu di Valby. Lawatan ni sebenarnya kurang mengujakan. Lagipun company ni buat simen dan proses bahan mineral. Simen-menyimen ni kureng sket. Walaupun related la jugak dengan bidang yang diterokai sekarang, chemical engineering. Tapi, ada juga yang menarik dan berilmiah. Contohnya apabila FLSmidth Research Manager menerang pasal cara-cara depa memproses waste dan juga mengurangkan kesan pencemaran kepada persekitaran. So, bukan pergi setakat nak jalan-jalan cari makan je. 
Ni la hidangan tea break. Cendawan, cili benggala, carrot dan timun tu bukannya untuk goreng buat sayur ye. Ni semua dimakan mentah-mentah. Macam snack gitu. Asparagus pun ada (tak de dalam gambar sebab ada dalam mulut)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...