Wednesday, March 14

Ada Apa Dengan Denmark?

Siri Panduan Melancong ke Denmark: Part 1  
Salam 1Dunia.

Seasa penulis bagitau sedara dan kengkawan tatkala nak datang ke Denmark, kira-kira setahun yang lampau, timbul macam-macam persoalan dan pertanyaan.

Denmark tu kat mane?”
“Apa yang best kat sana?”
“Ada orang Islam ke kat sana? Senang tak nanti nak cari makanan halal?
“Bukan ke orang Denmark yang melukis kartun Rasullah SAW, 
       orang Islam tak bahaya ke pergi sana?”
"Kat sana diaorang tahu English ke tak?"

Dan bermacam-macam persoalan lagi. Benarlah kata madah pujangga, tak kenal maka tak cinta. Macam mana nak cinta kalau tak kenal? Tak kenal maka tak tahu. Tak tahu maka tak datang...

Al-kisahnya, rakan sekelas penulis DKKC zaman muda mudi dulu bakal meronda ke beberapa europe dan akan hinggap ke bumi Copenhagen ni. Tetapi, kebetulan time tu, InsyaAllah penulis akan berkelana ke tempat lain. So, tak boleh la nak jadi tourist guide. Dan kebetulan, ada juga sekumpulan pelajar Malaysia dari Timur tengah nak menjelajah ke sini summer nanti. Lantaran itu, tercetus idea untuk share tips dan guide sebagai panduan melancong ke Copenhagen Denmark kepada semua. Kot2 ada yang nak datang melancong atau melencong ke sini nanti, dapat la sedikit info sebagai maklumat tambahan. Jadi, eloklah kiranya dikongsi panduan bagi merungkai persoalan. Lagipun dah lama dah merancang nak buat post pasal tips dan guide melawat Denmark ni. Sibuk je memanjang. Sibuk ke buat2 sibuk? Alasan je tu. Ahaks!

Bagi memulakan guide ringkas dan sempoi ini, Siri Panduan Melawat Denmark ini akan di bahagikan kepada beberapa Part:

-Part 2 : 5 Tips Penting Melancong ke Denmark (Makanan/ Penginapan /Pengangkutan/ Budget/ Time to Travel) ~coming soon
-Part 3 : Guide Trip Satu Hari : One Day Trip in Copenhagen~coming soon
-Part 4: Apa yang best di Copenhagen: 10 Must Visit Copenhagen Attractions~coming soon
-Part 5: 3D,2N in Denmark:Visit Greater Copenhagen and Nearby Cities~coming soon

Untuk Part 1 jom kita kenali Denmark dulu. 10 perkara yang ada perlu tahu pasal Denmark. Click READ MORE untuk baca selanjutnya


Fakta 1: Kat Mana letaknya Denmark
Denmark adalah negara kecil. Keluasannya besar sikit dari negeri Pahang dan kecil sikit dari Sabah. Denmark ini adalah negara Scandinavia dan juga merupakan salah sebuah negara Nordic. Kingdom of Denmark juga terdiri dari Greenland dan Faroe Island tetapi keduanya adalah self-governing. Denmark mempunyai kuasa autonomi terhadap Greenland walaupun ianya mempunyai keluasan 10 kali ganda lebih luas dari Denmark.

Fakta 2: Negara Jiran Denmark
Denmark hanya bersempadan dengan satu negara, iaitu Jerman iaitu di bahagian selatan Pulau Besar Jutland di Denmark dan bahagian utara Germany. Sweden merupakan negara jiran Denmark dan dihubungkan dengan jambatan dan ferry.

Fakta 3: Danes dan Bahasa Danish
Orang tempatan dikenali sebagai Danes dan mereka menggunakan bahasa Danish. Danish alphabet ada 3 huruf vowel tambahan berbanding English iaitu  'Æ' 'Å' dan 'Ø'. Orang Danes memang dilahirkan dan dibesarkan dengan kesedaran bahawa bahasa ibunda mereka hanya digunakan oleh beberapa juta rakyatnya. Maka sejak dari kecil mereka memang telah diasuh supaya boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Oleh sebab itu, jikalau anda tersesat semasa berasa di Denmark, lantas memulakan pertanyaan dengan 'Can you speak in English?', adalah kurang digemari oleh rakyat tempatan, kerana sudah tentu they can speak in English!

Fakta 4: Denmark dan Viking
Danish Viking Fan Postcard (pic sources)
Denmark sememangnya dikenali kerana sejarah Viking. Orang Viking ni gemar belayar dan menjelajah. Di Denmark ada sebuah muzium yang agak terkenal iaitu Viking Ship Museum yang terletak di Roskilde Tapi entah la, orang Viking patutnya gasar dan rambut bergebang. Tapi sekarang hampir semuanya kecil molek, berambut blonde dan bermata biru. Pahlawan Viking juga terkenal di Norway dan Sweden.

Fakta 5: Denmark Famous Brands
Negara Denmark sememangnya terkenal dengan furniture design bercirikan gaya scandic yang pelik dan unik. Namun banyak juga brands lain yang popular dan berasal dari Denmark. Antaranya adalah Lego. Lego berasal dari perkataan Danish 'leg godt', bermaksud 'play well'. Bukannya Let it Go! Brands2 lain yang agak terkenal ialah Carlsberg (Beer), Lurpak (Butter) dan juga Royal Copenhagen (Porcelain). Ada juga company tempatan yang dikenali dipersada dunia seperti Maersk, Novo Nordisk dan Danfoss. Danish pastry juga agak popular sebenarnya. Tapi bila berada di sini, Danish Pastry tu macam biasa-biasa je.

Fakta 6: Populasi Rakyat
Denmark dihuni oleh hanya 5.7 juta penduduk. Bandar terbesar adalah ibu negaranya iaitu Copenhagen yang didiami seramai 500,000 orang. Bandar besar yang lain adalah Aarhus (250,000), Odense (150,000) dan Aalborg (100,000). Walaupun penduduk Denmark tidak ramai namun negara cilik ini mampu menjadi salah sebuah negara pengeluar daging b*bi yang terbesar di dunia terutamanya untuk pasaran Eropah. Percaya atau tidak bahawa bilangan b*bi di Denmark adalah jauuuh lebih banyak berbanding populasi rakyat Denmark. Negara ini menternak dan mengeksport hampir 30 juta ekor b*bi dalam masa setahun.

Fakta 7: Monarki
Negara Denmark mempunyai sistem monarki yang paling lama di dunia. Negara ini masih mempunyai sistem diraja dan kini diketuai oleh seorang Ratu, namun pentadbiran diketuai oleh Perdana Menteri. PM Denmark juga merupakan seorang perempuan.

Fakta 8: Bendera
Bendera negara ini juga merupakan yang tertua di dunia. Tak banyak negara di dunia mempunyai nama bagi bendera mereka. Kalau di UK ada Union Jack dan di Malaysia ada Jalur Gemilang, di Denmark ni benderanya bernama 'Dannebrog'. Bendera berwarna merah ini mempunyai latar belakang 't' melambangkan salib yang berwarna putih. Sebenarnya bendera negara nordic yang lain  seperti Sweden, Iceland dan Norway turut mempunyai bendera seakan sama dan hanya berbeza warna. Penulis kekadang kurang berkenan kerana mereka gemar mengibarkan bendera secara menegak bukan secara melintang bagi menampakkan tanda 'cross' pada bendera. Oleh itu, penulis cuba untuk tidak membeli souvenirs yang mempunyai logo atau bendera Denmark melainkan tidak terlampau jelas kelihatan tanda 't'.
Fakta 9: Nama
Hampir 2/3 daripada penduduk di Denmark mempunyai akhiran nama 'sen'. Bukan sen duit tu. Tapi sen ni bermaksud anak kepada (son). Contohnya, kalau si ayahnya bernama Rasmus, maka anaknya akan dinamakan sebagai Rasmussen. Dan hampir separuh dari orang Denmark ini mempunyai nama keluarga Jensen, Nielsen tak pun Hansen.  

Fakta 10: Most Famous Danes
Antara Danes yang popular adalah H.C. Andersen. Beliau merupakan rakyat Denmark yang paling terkenal kerana banyak menulis buku kanak-kanak. Antara cereka yang tersohor adalah The Little Mermaid, The Ugly Duckling, Thumbelina dan macam-macam lagi. Rakyat Denmark lain yang agak dikenali yang lain adalah Caroline Wozniacki, yang sebelum ini berada di ranking no.1 pemain tenis wanita terbaik dunia (sekarang dah turun tahta dah). Tapi sebenarnya kebanyakan orang Denmark tak la berbangga sangat dengan kejayaan Caroline sebelum ini kerana keluarganya berasal dari Poland dan hanya dilahirkan di Denmark.


Hmm..dah kenal? Jom ke Denmark!

14 comments:

  1. Salam Ziarah

    Good info, tunggu part2 seterusnya then baru boleh tempah tiket..hehe...

    ReplyDelete
  2. salam anakanda
    Tak byk yg saya tau pasal Denmark. Terimakasih kerana info.
    Tu la cenderahati dr sweden tu ada huruf T juga,tak seronok menlihatnya!

    ReplyDelete
  3. salam..sy dh rep email yg ke dua..ad terima ke?

    >pelajar timur tengah :)

    ReplyDelete
  4. Aku Seorang Pengembara: Next part in progress. Lepas ni boleh la book tiket ye :)
    mama ju: Sama2. Sekadar berkongsi
    Pelajar Timur Tengah: Dah reply.Sorry for late reply :)

    ReplyDelete
  5. wah..bagus ni..nanti di Copenhagen senang tak nak carik makanan halal? carik dekat kawasan mana?

    ReplyDelete
  6. @Amer: Di Copenhagen, makanan halal ada. Tak susah nak cari.
    boleh refer the next entry : http://darikelatekecopenhagen.blogspot.com/2012/03/5-panduan-penting-melancong-ke.html

    ReplyDelete
  7. Salaam - good info looking forward nak jumpa di Copenagen nanti In Sya Allah.

    ReplyDelete
  8. Salam. saya and keluarga plan nak bercuti ke copenhagen early feb 2013, InsyaAllah.. boleh tak u suggest tempat yg menarik utk dilawati and area mana yg sesuai nak stay kat sana. planning nak cari apartment je nanti. tq

    ReplyDelete
  9. @Mr Aslam: W'salam. Roger2 la bila sampai CPH nanti. @HawtMommy: tempat yang nak dilawati bergantung kpd bilangan hari berada di copenhagen. Disarankan 2 hari boleh fokus kat area bandar, the next day boleh di kawasan castle. Kalau bercuti lama, boleh la menyeberang ke Malmo/Helsingborg di Sweden.Tak sure pasal penginapan apartment. yang kami tahu di area Lyngby, bandar kami berada ada budget hotel yang boleh disewa siap dgn mini pantry dan boleh memasak. Kiranya macam apartment jugak la. Dalam 450kr/per day.

    ReplyDelete
  10. Tn familiar tak dengan aalborg university?-lina

    ReplyDelete
  11. Mencari penama abd majid mahmoud. Telah menetap didenmark lebih 30thn dn mnjadi rakyat disana.yg mna beliau berasal dari selatan thailand. Dulu sering kemalaysia atas urusan niaga.kini 7thn sya terputus hubungan dgn beliau yg kini dlm usia 70thm

    ReplyDelete
  12. Info yang menarik...bermanfaat utk mereka yang bercadang ke sana...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...