Friday, March 30

Geng Bas Sekolah-Industrial Trip

Geng Bas Sekolah kat Denmark ni lain sket sebab driver bus adalah seorang mak cik. Dua kali trip, dua kali drivernya pompuan. Siap boleh drift lagi tu. Hebat. Baru-baru ni, penulis DKKC berpeluang menerjah ke 2 buah company terkemuka di Denmark ni, iaitu Maersk dan juga Leo Pharma. Sebelum ni dah 3 company dilawati. Tapi kali ini berjalan-jalan cari ilmu ke Industry Oil & Gas dan Pharmaceutical plak.

Pada 29 March 2012, hampir 40 orang pelajar masters dari course Good Management Practice (GMP) in Food, Pharma and Biotech telah berkunjung ke industrial complex syarikat Leo Pharma di Ballerup bagi mendekati lebih dekat proces pengurusan GMP di pharmaceutical industry.

Kami dibahagikan kepada 3 kumpulan kecil. Satu group untuk international students dan dua group lagi untuk Danish students. Katanya lebih senang depa nak terangkan dalam bahasa tempatan. Semua kumpulan dibawa memasuki 3 department yang berbeza iaitu bahagian penghasilan vitamin D, loji penghasilan ubat secara tablet dan juga bahagian pengurusan utilties yang berkaitan dengan GMP. Memang canggih manggih kilang depa. Kat luar nampak macam bengkel atau gudang warehouse je. Masuk dalam, baru nampak macam-macam ada.
Uniform nak masuk dalam kawasan terlarang. Rakan coursemate dari Portugis, France dan Iraq bersama Lecturer dari Belgium
Rupanya bukan senang nak menghasilkan ubat. Banyak betul process yang rumit lagi melecehkan. Bayangkan, nak bikin vitamin D saja pun dah ada 14 steps. Kilang Leo Pharma ni sebenarnya fokus pada penghasilan ubatan bagi masalah dermatologi. Selain itu, depa juga ada buat shampoo, conditioner dan macam-macam product API-Active Pharmaceutical Ingredients.

Penulis agak kagum dengan kebolehan production technician yang menjadi guide bagi group kami. Semua soalan exercise kami di dalam kelas boleh dijawab bagai kacang pistachio. Semua dia tahu dah dalam kepala. Dah macam manager. Tu baru production technician. Masa nak balik, lalu bertanya dan baru la tahu dia ada background  B.Sc and master in chemistry. Kat Denmark ni, ada masters pun baru dapat jadi technician. 


Trip yang kedua adalah bertandang ke HQ Maersk Oil yang terletak di Esplanaden 50, Copenhagen pada 14 Mac yang lepas. Trip kali ni tak ramai. Sekitar 25 orang je. Semuanya yang mengikuti course Risk Assessment in Chemical and Biochemical Industry.
Geng Bas Sekolah- Kelihatan sorang je yang kulitnya yang kurang putih...huhu

Mungkin ramai yang tak tahu, Maersk bukan setakat syarikat Shipping Container je. Selain bidang Oil and Gas (Maersk Oil), syarikat ini juga mempunyai share rangkaian retail supermarket utama di Denmark ni, antaranya Fotex, Bilka dan Netto. Tapi, untuk lawatan kali ini adalah berkaitan Safety and Health di Offshore.
Introduction session by Head of Operation Unit
Seperti biasa, acara makan memang antara acara yang ditunggu-tunggu. Dan kali ini, hidangan minum petang adalah buah-buahan exotic. Jangan la mengharap ada karipap atau donat. Memang tak de. Kat sini semuanya healthy diet semuanya. Buah-buahan yang dikatakan exotic tersebut adalah buah rambutan, belimbing, nenas, kiwi dan juga segala macam berries. Gembira bukan kepalang penulis membalun buah rambutan yang dah lama mengidam. Ade ke patut  si mamat salleh dari Norway tu kata buah rambutan tu adalah Laici. 
Bangunan Maersk Oil. 
Apapun memang best sekali sekala join Geng Bas Sekolah ni. Ingatkan nak join pergi trip ke Offshore pada 31 March. Tapi terpaksa la cancel sebab termelancong ke tempat lain plak.. 

10 comments:

  1. best ni.. suka masuk2 plant & factory.. tapi zaman tu dah berakhir.. enjoy tengok your pics..

    ReplyDelete
  2. hoho. sangat bagus la. semua sangat maju!!!!!!!

    ReplyDelete
  3. Aslkm

    Moga berbahagialah di sana.
    Oh buah rambutan buah nadir di sana? Mama teringin nak merasa buah nadir di sini mcm jambu Bol!

    ReplyDelete
  4. m.u.l.a.n: I memang suka masuk tgk tempat orang. tu la ingatkan zaman i pun dah berakhir, tapi dah jadi budak sekolah semula ni, Alhamdulillah ada peluang lagi.
    mama ju: W'salam. Kat sini buah rambutan dah dikira exotic. Susah nak jumpa.

    ReplyDelete
  5. Bestnya Imran. I really like this kind of field trip. Tambahkan ilmu, pengalaman, & Tak ngabiskan duit unlike some (shopping) field trips ;-)

    ReplyDelete
  6. dah lama xpegi lawatan2 mcm ni.. zaman dip ade la.. zaman deg xde plak

    ReplyDelete
  7. oooo ini rupanya geng bas sekolah

    ReplyDelete
  8. salam kenal..
    mace nak g bule doh sut dio dih..hehe..
    alohla sian mat saleh tu woh moktey dio kata laici?hikss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...