Wednesday, March 7

Från Köpenhamn till Malmö, Sverige

Terbelit lidah tak baca tajuk? Köpenhamn? Konpemtakpaham. Hehe, tu dalam bahasa Swedish. Maksudya 'Dari Copenhagen ke Malmö, Sweden'.

Al-kisahnya hujung minggu lalu penulis DKKC telah ke Sweden. Oleh kerana kesepian setelah beberapa jam 'ditinggalkan' Cik Puan Isteri yang terbang ke luar negara (macam la Denmark ni tanahair sendiri..hehe) iaitu ke Doha, Qatar kerna sertai conference, penulis DKKC telah menumpang 2 kaki mengikuti rombongan 'orang2 bujang' ke luar negara jugak. Bukan jauh pun, ke negara jiran sebelah Denmark je, iaitu ke bandar Malmö, Sweden. Oleh sebab dah dapat 'Hall Pass', so boleh la jadi 'bujang senang' untuk beberapa hari. Muahehe :p
Secara faktanya, ini kali ketiga penulis DKKC menjejak langkah ke bumi Sweden. Kalau sebelum ini, 'Fra Helsingor til Helsingborg' dengan menaiki mini cruise, kali ni menyeberang jambatan pula ke bandar ke3 terbesar di Sweden iaitu Malmö. Bandar ini terletak di bahagian selatan iaitu di negeri Skåne. Jarak bandar Copenhagen dan Malmö tak jauh. Jambatan baru telah dibina pada tahun 2000 bagi menghubungkan 2 bandar ini. Øresund Bridge tu lebih kurang 8km merentasi Selat Øresund. Nampak dari jauh macam Penang Bridge je. Tapi canggih gak sebenarnya  sebab ada 2 lapis (the longest road and rail bridge in Europe). Kat atas untuk kereta dan lapisan di bawah untuk keretapi. Selain itu, 3.5km dari jambatan itu dihubungkan melalui terowong dasar laut, di bahagian Denmark. Tunnel tersebut dibina bagi mengelakkan gangguan trafik udara kerana terletak berdekatan dengan Copenhagen Airport. Jadi, kalau baru berlepas atau nak mendarat, kelihatan jelas dari ruang udara seolah jambatan tersebut separuh tak siap, tapi sebenar jambatan tu separuh atas air, separuh lagi dibawah air (tunnel). Pelik tapi benar!

Penulis DKKC bersama Bro Zamrud (bujang sementara) dan Sdr Solah (bujang tak available) menaiki bus ekpress Swebus untuk menyeberang ke Sweden. Bus adalah pengangkutan alternatif untuk ke Sweden dari Denmark kerna memang jauuuh lebih murah. Hanya 80kr/RM43 (return ticket/person) berbanding lebih kurang 190kr/RM90 menaiki train. Tapi, kalau naik train cepat sket sampai (45min), naik bus ni sejam baru sampai. Ok la tu.
Cuaca yang baik seolah menyambut kedatangan kami bertiga. Walaupun langit cerah, namun jangan terpedaya dengan sinaran mentari, kerna suhu masih lagi 8-10oC. Setiba di bandar Malmö, kami terus meluru ke Turistbyra (kaunter information) yang terletak tidak jauh dari Central Station. Setelah diberi panduan oleh pegawai bertugas, kembara dimulakan dengan menuju ke Stortorget (City Square). Di situ letaknya dataran dan tugu berkuda King Karl X Gustav. Rupanya, King Gustav inilah yang berjaya menawan semula kawasan Malmö setelah dirampas oleh kerajaan Denmark zaman dulukala. Berada di Sweden macam berada di Denmark je. Hmm..rasanya, rupaparas, budaya, senibina bangunan dan percakapan orang Swedish ni tak la berbeza sangat dengan Denmark. Maklum la, negara serumpun Scandinavia la katakan. Cuma bahasanya dikit berbeda. Macam Bahasa Melayu dengan Bahasa Indonesia la. Kat sana ada tambahan vowel iaitu 'å' 'ä' 'ö', tak macam Denmark ada 'å' 'æ' 'ø'.

Tak jauh dari situ terletak Lilla Torg (small square), tempat orang lepak2. Kawasan situ nampak cantik sebab banyak bangunan usang yang kukuh terpelihara. Tempat ni adalah market square. Kat situ juga terletak Design Centre, macam pusat krafttangan gitu. Tapi kami tak masuk pun, al maklum orang2 lelaki mana la minat seni2 krafttangan gini sebab semuanya kerastangan je. Setelah mengalas perut di Subway, (penat weh cari kedai makanan halal. Kedai2 pak arab pun tak jumpa) kami pun  beredar menuju ke Malmöhus Castle melalui Kungparken (King's Garden). Tapi oleh sebab di kala penghujung musim sejuk, panoramanya tak de la cantik sangat. Pokok2 togel semuanya. Di situ terdapat Mölleplatsen (Dutch Mill)Sempat juga la posing kat Kincir angin tu konon2 berada kat Belanda.

Tiba di Malmöhus Castle, sedikit kecewa melihat bangunan castle tu macam biasa2 je. Tak la gempak sangat. Tak de pun kubu dan tembok besar keliling istana macam tempat lain. Tapi, castle ni glamer gak sebenarnya sebab dah dijadikan muzium. Bukan satu, tapi 4 muzium sekaligus. Ada Malmö City Museum, Natural Histroy Museum, Konstmuseet (Art Museum) dan juga Aquarium & Tropicarium. Macam kompleks muzium gitu.Tapi tak free rupanya. Dan sebab tak cukup masa, kami hanya jenguk2 je sambil JJCT. Tahu tak JJCT tu ape? Jalan-Jalan Cari Toilet la. 

Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju ke landmark utama di Malmö, iaitu Turning Torso (Twisting Torso). Menara yang mempunyai rekabentuk putaran ni terkenal sebab senirekanya unik, idea dari tulang belakang spinal manusia. Oh ya, ada satu bangunan baru, 'Infinity Tower' dibina sebegini di Dubai, UAE. Bangunan yang tertinggi di bumi Sweden ini adalah 54 tinggkat rumah kediaman dan dibina dengan bentuk putaran sebanyak 90oC. Ianya dibina di Western Harbour, satu kawasan bandar baru bagi Malmö. Banyak bangunan yang unik dan menarik di kawasan tersebut. Siap ada kawasan perumahan atas air. Bukan macam rumah rakit tu, yang ni style sket, 2 tingkat.
Ketinggian Bangunan Turning Torso ni 190m je. Kata tertinggi di Sweden??                                      Tinggi lagi Menara KOMTAR!!

Setelah hampir 4 jam puas meneroka bandar Malmö, sesi berjalan, melihat dan mentafsir pun berakhir, lalu mula berangkat pulang. Alhamdulillah sekali puji bagi Allah SWT, kami telah selamat tiba kembali ke 'tanahair sementara' Denmark. Baru je nak lena, dah pun sampai. Nasib baik tak jet lag. Hmm..best jugak sekali sekala jalan-jalan bersama geng-geng bujang :) Next trip, nak ke mana plak ye?

7 comments:

  1. suka no buat gimik posing kat bangunan yek? :-)

    ReplyDelete
  2. Salam anakanda
    Cantik bangunan tu.
    Masa suami ke sana musim sejuk jadi tak byk yg diteroka.
    Makan? oh baiknya Pak Duta menghantar makanan ke hotel!tapi tu beberapa th dulu, kot pak duta tu pun dh tukar.

    ReplyDelete
  3. seronoknya.. senang tak kalo nak sewa kereta & drive kat scandinavian tu..?

    ReplyDelete
  4. Salam Yob,

    Ehh ni blog Yob ke, ingatkan selama ni Yong. Maaf ler.
    Wahhh sonok bila dpt jadi bujang semula, langkah jauh pulak tu. Memang negara Nordic ni sangat terpelihara negara diorang, bersih dan teratur. Idak pulak akak dengar Denmark teruk kena salji tp kat Eropah timur, Jerman teruk sangat.

    ReplyDelete
  5. blog-tips-kurus: Sekali sekala je buat gimik :)
    mama ju: memang cantik bangunan tu
    m.u.l.a.n: kalau nak explore area bandar baik naik public transport je, tapi kalau nak jalan2 area lain boleh je sewa kereta. Tapi jangan lupa bawa permit memandu antarabangsa.
    MOH KEMBARA: Salam. Yob la bukan Yong, hehe. tahun ni salji kejap je, tapi still sejuk lagi

    ReplyDelete
  6. Wah dah sampai Malmo...saya ke Malmo kalau nak beli bekalan ayam daging halal buat stok je. Belum lah lagi menjelajah betul mencungkil sejarah2 nya....good to know!

    15 minit lagi sampailah ke Lund dari Malmo ;)

    ReplyDelete
  7. How nice kalau kat Malaysia pon ade bridge spt di Malmo. At least can less the jam...x kira lah ada flyer over or under tunnel.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...