Wednesday, June 29

Fra Helsingør til Helsingborg


Hujung minggu yang lalu penulis DKKC dan Mr Shamsuddin telah menggalas tugasan sebagai pemandu pelancong bagi 21 pelajar post grads dari UTM ke Helsingborg, Sweden. Walaupun telah pernah sampai ke tempat tersebut, namun ini adalah pengalaman pertama membawa sejumlah ‘pelancong’ yang ramai.
Helsingør Station
Helsingborg (Sweden) yang dikenali sebagai Pearl of Oresund itu terletak bersebelahan bandar Helsingør (Denmark) tetapi direnggang oleh Selat Oresund. Kami menaiki mini Cruise Merchadise dari HH Ferry. Jarak Helsingør ke Helsingorborg adalah berdekatan dan memakan masa kira-kira 20 minit. Tiket mini cruise pergi balik untuk 23 orang adalah 1150 kr iaitu 90kr diskaun dari harga asal 1240 kr. Inilah kelebihan berjalan secara berkumpulan.

Kalau matawang Denmark di kenali sebagai Danisk Krone (DKK), negara Sweden pula menggunakan Swedish Krona (SEK). Kadar tukaran SEK adalah lebih kecil iaitu 75 DKK = 100 SEK. Lantaran itu, rakyat Denmark lebih gemar berbelanja di Sweden.

From Kroner to Krona
Setelah selesai urusan menukar wang, semua pelancong dibawa ke pusat bandar melalui Helsingborg Town Hall yang dibina pada 1897 dengan Neo-Gothic style. Seterusnya mendaki ke puncak tertinggi di Helsingborg untuk ke Kärnan Tower.

Bergambar di tangga untuk ke Kärnan Tower
Menara yang dibina sejak 1200-an itu masih utuh kerana dibina setebal hampir 4m. Namun, akibat masih dalam tempoh baik pulih, maka ruangan dalam menara tidak dibenarkan masuk. Dari kawasan bukit sekitar Kärnan Tower, pemandangan keseluruhan bandar Helsingborg dan selat Oresund dapat dilihat dengan jelas.

Puas bergambar, pelancong dibawa menuju ke Street Mall (Kullagatan) di Helsingborg. Dan seperti yang dijangkakan, bandar Helsingborg adalah sunyi dan sepi di hari Ahad. Ini adalah scenario normal di mana-mana bandar di kawasan Scandinavia yang mana adalah sangat kontras  berbanding bandar di Malaysia yang begitu meriah di hujung minggu. Deretan kedai ditutup rapi, kawasan shopping street Kullagatan juga lengang. Hanya terdapat beberapa restaurant dan café yang ‘hidup’.

Kemudian pelancong dibawa ‘melawat Restaurant Malaysia’ di jalan Drottninggatan 74. Walaupun ianya bukanlah salah satu destinasi pelancongan tapi singgah di restauran dari negara sendiri adalah satu kemestian. Lagipun bukan senang nak jumpa restoran jenama ‘Malaysia’ di luar negara. Sempat juga berborak dengan tauke kedai yang peramah dan kelihatan begitu gembira didatangi sekumpulan besar rakyat Malaysia.
Satu-satunya restoran Malaysia di Helsingborg
Terdapat juga beberapa pelajar yang menikmati makan tengahari di situ. Mereka di kenakan harga yang sangat berpatutan dan membayar menggunakan Ringgit Malaysia. Pak Cik tauke yang berbangsa cina tersebut memberi gerenti hidangannya adalah ditanggung halal. Dan apa yang penting, menu Froglegs Sup yang dilihat semasa pertama kami tiba di sana sudah tiada!
Kami beserta pelancong yang lain berehat dan menikmati hidangan packed lunch di pinggir Helsingborg Marina Harbour. Kawasan tersebut sungguh mendamaikan dengan deretan bot dan kapal layar mewah berlabuh. Dah rasa macam berada di Viaduct Harbour, Auckland NZ dah.

Destinasi terakhir adalah Dunker Culture Center yang terletak bersebelahan dengan Waterfront dan berhadapan dengan Helsingborg Square. Bangunan Dunker Culture Center juga agak unik kerana mempunyai bumbung bercirikan ombak. Nasib kurang baik kerana kawasan pameran ditutup di hujung minggu, tetapi di dalamnya terdapat tourist information center yang turut menempatkan jualan barangan souvenir yang dibuka setiap hari. Dan apa yang penting, di situ terdapat tandas yang percuma. Tandas di jetty kena bayar 5 sek (RM2.50!)
Mini Cruise Scandlines menyusuri selat Oresund melalui Kronborg Castle
Tiba jam 3.15pm, kami telah pun berada di dalam Mini Cruise Aurora dari syarikat perkapalan utama iaitu Scandlines. Mini cruise ini lebih besar (panjang 528m) dan cantik berbanding Merchadise sewaktu menuju ke Sweden. Tiba di Helsingor St, semua pelancong berjalan kaki sejauh 1.3km menuju ke Kronborg Castle.
Kronborg Castle dibina sejak 1584
Istana lama tersebut begitu popular kerana nukilan William Shakepeare kisah Prince Hamlet adalah adaptasi dari istana tersebut. Kronborg juga popular kerana telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Unesco bagi kategori Culture. Ada juga yang menyebut bila sampai di Kronborg, macam berada dalam Kota Camelot dalam cerita Merlin..

4 comments:

  1. seronok nya.... nanti bawak kami la pulak next time ya...

    ReplyDelete
  2. Wah...bestnya nanti akak nak ke sana jugalah.

    ReplyDelete
  3. @zmah: Sampai sini contact la kami

    ReplyDelete
  4. @MULAN: jalan2 ramai memang seronok.
    Boleh je jadi tourist guide sape yg dtg sini

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...