Saturday, June 18

Permit Memandu Antarabangsa


Memandu di negara orang, bukannya sukar. Tapi kena la ada lesennya. Hasil perjanjian Trafik Jalan Raya, di Geneva pada 1949, semua pemandu bebas memandu di 156 negara lain dengan syarat memiliki International Driving Permit (IDP).

Kebetulan kelik ke kampung baru-baru ini, penulis DKKC berkesempatan ke JPJ cawangan Negeri Kelantan bagi tujuan memperbaharui Permit Memandu Antarabangsa (PMA).

Tapi sebenarnya istilah ‘memperbaharui’ adalah tidak tepat sama sekali kerana proses permohonan untuk kali pertama dan memperbaharui lesen adalah hampir sama!

Jadi bagaimana nak dapatkan Permit Memandu Antarabangsa? Hmm senang saja. Anda hanya perlukan:
i)  Lesen domestik original Kelas B2 atau D sah (yang hidup sekurang-kurangnya 1 tahun atau lebih).
ii)  Kepingan fotostat (dua belah) lesen tersebut di atas.
iii)  Kad pengenalan asal dan fotostat (dua belah).
iv)  1 keping gambar passport.
v)  Mengisi Borang JPJ L1 (boleh download di laman web JPJ)  
vi) Bayaran RM150

Fakta;
-PMA hanya ‘laku’ untuk tempoh setahun. Dari hari permohonan hinggalah hari ke 364 kemudian.
-Lesen boleh diperbaharui di Malaysia sahaja. Tetapi, boleh diwakilkan kepada orang lain, dengan dokumen lengkap di atas.
-PMA boleh dipohon di semua cawangan JPJ negeri. Kat pejabat pos tak boleh ok!

Ciri-ciri lesen;
-      Bersaiz menyamai saiz passport
-      Terdapat senarai negara-negara yang dibenarkan memandu menggunakan PMA tersebut
Terdapat 9 bahasa yang berbeza di bahagian ‘hal ehwal pembawa kereta’ 

Namun, dirasakan PMA ada sedikit kekurangan. Pengalaman penulis DKKC sendiri yang rugi tempoh ‘2 bulan’ akibat peraturan yang digubal. Contohnya, lesen PMA saya tamat tempoh pada 25 Ogos 2011, namun kerana telah pulang ke Malaysia pada hujung  bulan Mei lantas memperbaharui lesen yang belum pun tamat tempoh. Dan tempoh setahun permit baru tersebut adalah bermula pada tarikh permit dipohon bukan hari tamat tempoh permit, tak macam lesen memandu domestik..


Alangkah baiknya sekiranya pemegang PMA dapat memperbaharui permit untuk tempoh waktu tertentu. Contohnya untuk 3 tahun? Tak ke senang?

Dan kalau passport Malaysia boleh diperbaharui melalui konsulat ataupun embassy Malaysia di seluruh dunia, tapi kenapa tidak JPJ tidak benarkan untuk PMA??

Permit tersebut valid digunakan di negara-negara yang menandatangani Convention on Road Traffic tersebut. Tapi pelik jugak la kan sebab pemegang passport Malaysia tidak boleh memasuki negara Israel (Israel tu negara ke??), tapi pemegang International Driving Permit macam saya boleh memandu di Israel!! 

>Ni entry post yg ke 100 blog DKKC!..Hah dah seratus??<

9 comments:

  1. dalam negara pon takot! hoho!
    mahalnye..

    ReplyDelete
  2. @blog-tips-kurus: belum cuba belum tahu!!!

    ReplyDelete
  3. Betul tu.. tak kisah la kalau dia buat setahun je... asalkan boleh renew kat konsulat ataupun embassy pon cukup la.. saya pon dah penat ulang alik malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi boleh suruh orang kat Malaysia renew-kan. tak perlu balik

      Delete
  4. salam saya nk tanya kalau nk mohon lesen international(idp) bleh x guna lesen percubaan?

    ReplyDelete
  5. salam. nak tanye klau idp nie mohon kat penjabat konsulat atau embassy bole x ?

    ReplyDelete
  6. Salam. Kalau kita tak balik Malaysia, kita kirim semua borang dan dokumen yang diperlukan, boleh kan? Tapi kena pos IC betul sekali ke? Salinan fotostat berwarna tak boleh ke?

    Takut pulak hilang IC kalau dipos, ye lah haritu kan kes posman tak pegi pos surat. Saya pos surat dengan seorang kawan hari yang sama untuk keluarga di Johor, tapi keluarga yang di Selangor sampai sekarang tak dapat suratnya.

    ReplyDelete
  7. W'salam. Rasanya tak perlu pos IC. just salinan fotostat.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...