Ketua rombongan, Dr Ariffin memperkenalkan 'para sukarelawan' kepada ahli rombongan di Meeting Point, Copenhagen International Airport |
Slogan 1Malaysia yang dilaung-laungkan oleh PM nyata memberi kesan dan melekat di hati walau di mana jua kita berada. Dan atas semangat 1Malaysia itulah, kami segelintir warga komuniti di Denmark dengan suka dan rela mengadakan sedikit sambutan ringkas di atas kedatangan kumpulan postgraduate dari UTM. Maklum la orang seMalaysia datang, tak kan tak bantu-bantu plak kan.
Seramai 21 orang budak-budak UTM (nak kata budak pun tak boleh jugak sebab ada je yang sebaya dan lebih tua..hehe) mengikuti Summer Course di Technical University of Denmark (DTU). 3 minggu jugak mereka berkampung kat sini. Hmm best betul... diorang ni. Menyelam sambil sedut air... Turut hadir 2 orang lecturer pengiring iaitu Dr Ariffin dan isterinya Dr Zainura.
Berikutan penyelaras dari DTU yang agak berat kaki ke Airport, Sdr Azizul, Saya dan Cik Puan Isteri telah 'mensukarelakan' diri menyambut kedatangan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Copenhagen seawal 7.30am. Jenuh jugak menunggu, sejam baru la keluar. Maklum la datang segerombolan, tentu la ada macam-macam hal.
Sdr Azizul menerangkan sistem pengangkutan awam di Denmark dan laluan yang bakal digunakan |
Dari Airport mereka dibawa menaiki Train Regional Inter City. Walaupun, train inter city tu semput sedikit berbanding train metro, tetapi oleh kerana jumlah yang ramai serta ditambah beg yang dibawa berbondong-bondong dan diheret, maka train regional dipilih. Tiba di Hellerup stesen, mereka di bawa ke menaiki train S-Tog pula (in Danish Tog memang maksudnya train..hehe) ke Lyngby Station. Dan seterusnya mereka menaiki bas ke tempat penginapan (bilik kontena) mereka di DTU..(ada juga kedengaran suara2 berkata, naik bus kuning macam bas sekolah plak. Dah tu memang bas kaler kuning tu la public transport kat sini :)
Seterusnya, menjelang tengahari mereka di bawa ke Virum untuk santapan jamuan ala kadar di rumah kami. Nasib baik rumah kami luas tak banyak perabot. Maka muat la hampir 30 orang. Dan mujurlah ada jiran dan kawan2 datang membantu, kalau tak memang tak cukup kaki dan tangan.
Khusyuk betul mereka menonton, macam la Malaysia tak de TV!..Ohh terpegun tengok rancangan TV 'pelik2' kat Denmark ehh? |
Usai makan-makan, sesi QA pun bermula. Banyak juga pertanyaan tentang cara hidup, makanan halal, tukaran duit dan mengenai tempat2 di sini. Ada jugak yang tanya kenapa kenderaan kat sini tak tutup lampu..haha
Sebahagian pelajar UTM bergambar dengan tuan tanah dan staff UTM (Pn Azlin & Cik Dayang) setelah kekenyangan |
Apapun, semoga semua warga UTM yang berkunjung ke sini mendapat pengalaman yang menarik sepanjang berada di sini dan enjoy the nice summer weather here!.
Dan kepada sesiapa yang akan datang ke bumi Denmark ni, jangan la segan2 untuk contact kami di sini, InsyaAllah kami memberi panduan dan membantu sekadar apa yang termampu..
Dan kepada sesiapa yang akan datang ke bumi Denmark ni, jangan la segan2 untuk contact kami di sini, InsyaAllah kami memberi panduan dan membantu sekadar apa yang termampu..
No comments:
Post a Comment