Dalam dingin subuh, hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya, menitis air mata
Terbayang suasana permai desa..
Begitulah alunan bait-bait lagu Sudirman yang berjudul 'Dari Jauh Kupohon Maaf'. Memang menusuk kalbu bila mendengarnya. Apatah lagi kalau anda sememangnya berada jauh di perantauan. Bukan lagu ini saja, begitu juga lagu ‘Dendang Perantau’ oleh P. Ramle dan juga ‘Kepulangan yang dinanti’ oleh Aman Shah.
Oleh sebab itu, lagu raya sadis sebegini memang telah lama kena banned oleh perantau-perantau. Lebih-lebih lagi lagu ‘Balik Kampung’ oleh Sudirman. Buat tragis je perantau dengar. Nanti buat spoil mood raya dan rugi je dehydrate sebab sedu sedan berlinang air mata. Namun, lagu-lagu raya yang ‘gembira’ yang lain ok la. Memang sesuai.
Al-kisahnya pada tahun ini, penulis DKKC sekali lagi miss solat hari raya aidilfitri. Kalau tahun sebelumnya akibat terlepas bas, tapi kali ini terpaksa beraya di dalam kelas plak. Maklumlah dah start kelas. Tatkala orang lain tengah sibuk bertakbir dan bertahmid, penulis DKKC pulak khusyuk menimba ilmu di dalam bilik kuliah. Alah, bukannya selalu dapat pengalaman beraya di dalam kelas kan???
Juadah di pagi raya yang ala kadar sebelum ke kelas .. |
Nak buat macam mana. Inilah namanya pengorbanan. Walaupun, ini bukan Raya Korban tapi Raya Aidilfitri (Fitrah), terpaksala jugak. Nak je pakai baju melayu bersamping dan bersongkok ke kelas, tapi gentar la plak. Nanti orang kata pakai skirt nak pergi costume parti mana plak ni...huhu
Pada sebelah petangnya barulah berkesempatan pergi beraya di rumah rakyat Malaysia yang berada di Denmark ni. Dapatlah merasa lemang dan bertemu dengan yang lain.
Tradisinya beraya di perantauan ni, ada je rumah terbuka pada hujung minggu. Ye la, hari weekday memasing sibuk. Hmm..tengok la rumah sapa yang akan kena serang hujung minggu ni..
Akhir kata, pihak penulis DKKC menyusun sepuluh jari serta keyboard memohon kemaafan sempena hari lebaran ni. Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung DKKC tak kira di Malaysia mahupun di luar negara.
P/S: teringin nak makan tapai….
salam aidilfitri maaf zahir batin...
ReplyDelete@ Hanis MY: Selamat Hari Raya utk org Sendai gak..
ReplyDeleteEid Mubarak buat Imran & Wife. Good luck with study. Kalau ada masa join lah Doctorate Support Group. Very good for postgraduates.
ReplyDeleteselamat hari raya...macam syok je hehee
ReplyDeleteselamat hari raya ..jemput datang blog kita http://batulesung.blogspot.com
ReplyDeleteTakpe.. Sbb nk mengejar ilmu.. Moga gembira selalu..
ReplyDelete