Thursday, October 6

Kirai Cahaya




Hayat Indah
Di
sisi tiang berukir atas renda sejadah
kudus
tulus doa fakir yang amat gundah.
Khusyuknya utama mengharap restu abadi
surah-surah suci demi hidup dan mati.

Meluncur unggas menara tergetar rumput taman,
bayu berlagu syahdu di kalbu yang rindu;
bagitu buana berdetak dalam hikmah masa,
begitu ghairah hasrat seganjil rahsia senja.

Yang
dikenal wajah dan disangsi maruah;
disapa cakerawala, yang diuji manusia.
Demi hari demi sepi hati inti diri
dan demi malam salam menghiasi alam.

Bilal dan bibir, jemaah dan fakir,
tamsil kasih dalam kemelut getir.
Awal teka-teki di tangan yang alpa
kini rendang mengharumi darma ibadah.

Dari
hening azan nafas meranum iman;
meresap rindu ke puncak reda Tuhan -
pesan tak bersuara di hati telah terkata
jiwa seindah rimba anugerah Maha Kuasa.

Rehal dan Quran, serindit dan nisan
damai dalam firman Allah Yang Esa,
terpercik kirai cahaya meluhuri dada
dan sabda Muhammad mengindahi hayat kita
.

A.
Samad Said
27-30
Disember 1996

5 comments:

  1. begitu tinggi dan mendalam maksudnya hingga tak tertafsir keseluruhannya...*sigh* Itu baru sastera dlm bahasa melayu belum lagi dalam english...jenuh den nak paham!

    ReplyDelete
  2. @Zainur: Nukilan A. Samad Said memang mendalam maknanya, dan begitu sedap dialunkan
    @kak zmah: Gambar dikala petang, di penghujung musim panas

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Yong Kelate,

    Pe kabor? Terima kasih singgah rumah akak. Cuaca dah beku kat sana? Cantik dan seni sajak Pak Samad. Walaupun dah berumur jauh, masih aktif bukan jer dgn pena tp dengan fizikal dia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...