Tuesday, November 29

Enjoy Learning, Fun Journey

Al-kisah baru-baru ini penulis DKKC berpeluang menjengah beberapa company di negara Denmark ni. Sedari zaman undergraduate dulu, memang suka benar mengikuti lawatan. Tak kiralah melawat kilang ke company ke. Janji keluar jalan-jalan sambil belajar. Ye la, bosan gak asyik tengok equation dan gambar dalam buku je. Lagipun rasa dah lama benar tak memakai safety helmet dan kasut gedabak safety shoes. Rindu benar arena kegemilangan pekerjaan, kerjaya sebagai jurutaktera di Pasir Gudang tak lama dulu.
Company yang pertama dilawati adalah Inbicon. Kilang ni terletak di kawasan Kalundborg yang agak dikenali sebagai The Green Industrial Municipality. Inbicon merupakan company di bawah DONG Energy A/S (kalau kat Malaysia macam TNB). Company ini merupakan Biomass Refinery yang menghasilkan ethanol, sebagai bahan api. Kiranya macam alternative energy la ni.
Pilot Plant Inbicon di Kalunborg. Yang naik basikal tu, adalah Plant Manager
Yang menariknya, sumber ethanol ni dihasilkan dari 2G. ’G’ kat sini tak de kaitan dengan 3G talipon tu. ’2G’ ni bermaksud second generation (generasi kedua). Sebelum ni, orang kecoh-kecoh pasal isu sivik pasal makanan sebagai bahan api. Ye la, tak kan sanggup gunakan jagung atau vegetable oil untuk masakan untuk diconvert sebagai bahan api, sedangkan ramai lagi manusia kat dunia ni, terutama di Afrika yang hidup melarat tak cukup makanan. Lantaran timbul idea 2G ni. Generasi kedua ni maksudnya, bahan api tidak digunakan dari punca utama makanan (misalnya jagung ataupun wheat), tetapi menggunakan ’inedible biomass’ iaitu jerami atau lebih dikenali sebagai ’straw’.
Yang ni plak untuk generate electricity
Penulis DKKC memang tabik dengan company ni, walaupun profit margin adalah sangat rendah tetapi demi untuk mengurangkan kebergantungan terhadap sumber petroleum dan juga mengurangkan CO2 effect, jadi mereka sanggup teruskan operasi kilang. Lantaran itu, hasil ethanol diprocess menjadi sumber bahan api dan dijual kepada stesen minyak tempatan iaitu StatOil dan dikenali sebagai minyak Bio95. Di Malaysia sebelum ni pun ada Biodiesel, iaitu campuran palm oil dan diesel. Tapi biodiesel kat Denmark ni memang lebih ’green’ sebab tak menggunakan palm oil, soyabean oil mahupun rapeseed oil untuk menggerakkan enjin kereta, pakai jerami je!
StatOil menjual minyak dari 'jerami'

Company yang kedua diterjah adalah FLSmidth. Sebenarnya trip ni adalah bersempena dengan satu conference pelajar undergraduate bagi pelajar Chemical Engineering and Applied Chemicals bagi Scandinivia Univeristies. So, Penulis DKKC ambil kesempatan tumpang 2 kaki.
FLSmidth Research Manager yang nampak sempoi tapi bijaksana
Syarikat FLSmidth terletak di pinggir bandaraya Copenhagen, iaitu di Valby. Lawatan ni sebenarnya kurang mengujakan. Lagipun company ni buat simen dan proses bahan mineral. Simen-menyimen ni kureng sket. Walaupun related la jugak dengan bidang yang diterokai sekarang, chemical engineering. Tapi, ada juga yang menarik dan berilmiah. Contohnya apabila FLSmidth Research Manager menerang pasal cara-cara depa memproses waste dan juga mengurangkan kesan pencemaran kepada persekitaran. So, bukan pergi setakat nak jalan-jalan cari makan je. 
Ni la hidangan tea break. Cendawan, cili benggala, carrot dan timun tu bukannya untuk goreng buat sayur ye. Ni semua dimakan mentah-mentah. Macam snack gitu. Asparagus pun ada (tak de dalam gambar sebab ada dalam mulut)

Thursday, November 3

Travelog Backpacking ke Berlin, Jerman

Kisah Di Sebalik  Sisa Runtuhan Tembok Berlin
Travelog ke Berlin, Jerman : Part 2
Setelah hampir sepagi kepenatan meredah kota Berlin (rujuk part I), penulis DKKC pulang berehat dan solat di Hostel. Alang-alang dah beli day pass train, elok digunakan sepenuhnya. Kos untuk daily pass bagi public transport di Berlin untuk dewasa/24 jam adalah berharga EUR 6.30 (RM27), bagi zone A dan B. Hampir kesemua place of interest di Berlin ni berada  zone A dan B je.  Kalau satu trip sehala, berharga EUR 2.30. Tapi boleh pakai dalam masa 2 jam je.

Tips #1: Lebih baik beli Berlin day pass, kalau penat nak berjalan boleh guna semua public transport yang ada, termasuklah bas, train, U-Bahn (underground train) dan juga S-Bahn (on ground train). Menjimatkan masa dan tenaga!

Destinasi seterusnya adalah berjalan-jalan di lorong seni di kawasan Hinter dem Zeighaus, iaitu bersebelahan dengan German Historical Museum. Di lorong ni banyak betul gerai-gerai seniman jalanan yang berniaga. Cantik-cantik dan pelik-pelik semuanya. Tapi awas, kat sini kebanyakkan gerai meletakkan label  ‘Kamera dan Pistol’. Sapa yang ambil gambar akan ditembak. Tembak dengan water gun (pistol air) laa..
Gambar suasana lorong seni tu. Gambar tangkap secara curi2 takut kena 'tembak'
Kuda besi, 'The Rolling Horse' sculpture di Europe square di luar Central Station Berlin
Dah ada tiket daily pass tu, penulis DDKC menuju pula ke Berlin Hauptbahnhof (Berlin Central Station). Walaupun, pergi ke Jerman naik flight, nak jugak tengok central station kat sana. Dengar khabar memang canggih. Dari luar nampak macam KL central kat Malaysia je. Kat dalamnya besar jugak la. Platform dia bertingkat-tingakat. Escalator bersimpang siur. Hampir kesemua laluan keretapi utama di Jerman berhenti di sini. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi antara negara. Jadi, memang luar biasa sibuk. Sebab tu station ni adalah station keretapi yang terbesar di eropah (largest crossing station). Patutla dinamakan antara top ten impressive station in the world. 
Nampak tak tulisan 'Wilkommen in Berlin'?. Maksudnya Welcome to Berlin
Berlin Festival of Lights. Setiap tahun di bulan Oktober. Kelihatan sebuah puisi dipancarkan kat dinding US Embassy
Seterusnya, penulis DKKC malas nak berjalan kaki lalu mengambil train bawah tanah U-Bahn line U5 kembali ke city center ke station Brandenburger Tor. Berlin Festival of Light masih diadakan di Brandenburg Gate, di kawasan Pariser Platz malam tu. Tapi, kerna malam masih belum menjelma, ingatkan nak pergi menjamu mata melihat taman di Tiergarten (Animal Garden). Dari jauh nampak cantik juga dengan pokok yang berwarna warni di musim luruh. Tapi Cik Puan Isteri plak tak de di sisi. Tak syok la nak berdating. Lalu penulis DKKC menuju ke Mercedes Benz Gallery berdekatan. Eksklusif gallery ni. Kat sini kereta Mercedes-Benz yang terpilih je dipamerkan. Ada juga dijual barang-barang brand. Siap ada Daimlers Restaurant. Cuba juga beberapa bijik kereta. Tapi tiada yang berkenan di hati. Cehh.
Antara kereta yang dipamerkan. Kalau parking bawah basement, mahunya tersangkut pintu kalau style buka ke atas bila syiling rendah sangat kan??
Berlin Festibal of Light. Nampak tak tu pancaran laser 'be sexy, be Berlin'. Hmm..macam mana nak jadi seksi? Terseksa nanti
Bila malam bertandang, kawasan Pariser Platz penuh dengan pelancong. Padahal Berlin Festival of Light tu tak de apa-apa pun. Yang ada hanyalah beberapa bangunan yang memasang lampu yang perbagai dan bertukar-tukar warna. Tu je. Tapi memang cantik jugak la, pabila bandar melihat bandar metropolitan Berlin bergemerlapan dengan aneka lampu berwarna warni di ambang malam. Penulis ingatkan ada persembahan lampu-lampu berirama musik ke, bunga api ke, spotlight atau persembahan iluminasi warna warni ke, baru la boleh dinamakan festival. Tapi bila bertanya di kaunter tourist kat situ, rupanya pada hari opening ceremony je yang grand. Terlepas sudah..
Limosin Chrysler white ni bukan superstar punye. Yang ni boleh disewa. Macam teksi la. Sanggup  tak naik limo bayar  EUR 139-159 untuk sejam??

Penulis pulang lalu menjamu selera setelah perut berdongdang sayang. Juadah dinner malam tu adalah Kebab abang Mustaffa. Gerai Mustafa Gemuse Kebab tu terletak hanya di luar Metropol Hostel, tempat penginapan penulis DKKC. Femes gerai kebab ni. Siap ada website lagi. Nak dapatkan sebiji kebab, kena beratur hampir 40 minit. Tapi, bila makan memang berbaloi menunggu, dan terbukti sedap. Yang penting halal! 
Orang dah mula beratur nak beli Kebab yang dijual oleh abang Mustaffa..
(gambar di siang hari- gerai kebab depan hostel)
Keesokkannya iaitu hari terakhir di bumi Jerman, penulis DKKC meneruskan penerokaan dengan berjalan kaki ke pusat bandar setelah check-out hostel. Tempat yang dituju adalah Potsdamer Platz. Kawasan kat sini memang jauh berbeza berbanding kawasan di Berlin yang lain. Kalau kawasan lain masih terdapat bangunan2 lama dan kesan lipatan sejarah, kat sini plak banyak terdapat bangunan2 pencakar awan yang kelihatan moden dan canggih. Perbagai design senireka. Baru la nampak, majunya Jerman nih.
Banyak bangunan pelik kat Potsdamer Platz. Yang petak2 bercermin to adalah condominium
Tips #2: Potsdamer Platz tak jauh sebenarnya dari Berlin Central Station. Dan hanya 1km jalan kaki merentasi sebahagian Tiergarten kalau nak ke Bradenburg Gate.
Bangunan Medizintecnik Science Center
Di hadapan Potsdamer Platz train station terdapat tinggalan sejarah, iaitu satu menara kecil yang dikatakan sebagai traffic light yang pertama di Eropah. Tapi macam tak de lampu je. Macam pondok ada la. Ye la kot sebab dulu2 mana ada lampu led kan, jadi ada orang la bertugas jaga trafik.  Kat situ terdapat shopping arcade dan juga superlative cinema. Penulis memang langsung tak teruja nak bershopping spree, lantas bergerak ke bangunan Sony Center berdekatan. Senibina atap bangunan itu sungguh awesome. Macam khemah tapi moden. Kat dalam tu ada ‘Sony Style’ kedai penuh dengan barangan Sony. Hampir semua produk Sony ada di sini. 
Penulis di hadapan Reichtag (Parlimen). Bergambar dari luar je, kecewa tak dapat masuk..
Dari situ, penulis DKKC menuju plak ke Reichstag. Bangunan ni merupakan  Parlimen di Jerman ni. Sebahagian daripada kawsan parlimen boleh dilawati. Selain itu, Deutcher Bundestga (the dome of the Reichstag) juga terkenal kerana kubahnya yang diperbuat daripada kaca. Terdapat spiral walkway yang membolehkan panorama seluruh kota Berlin boleh dilihat dari posisi tinggi. Memang ramai pelanncong orang beratur amik turn. Aiseh, rupa-rupanya kena booking awal-awal la, baru boleh masuk. So, terlepas la peluang nak masuk parlimen kat Jerman ni.

Tips #3: Kalau berpeluang ke Berlin, booking la awal2 untuk masuk ke Reichstag. Masuk percuma tapi kena register secara online.

Buggati Veyron EB 16.4, jenis kereta termahal di dunia
Kesempatan yang ada penulis DKKC bergerak ke kawasan city center semula dan terjumpa Buggati & Bentley Showroom berhampiran kawasan Friedchstrasse. Bangunan 4 tingkat tu penuh dengan pelbagai jenis pengeluar auto utama kat dunia ni. Wow, kebetulannya plak kat situ ada pameran khas kereta Buggati. Kat situ ada 2 bijik kereta Buggati jenis Veyron EB 16.4 Super Sports dipamerkan. Memang terpukau dengan ketelitian senireka kereta Buggati. Mostly hand made. Banyak part buat pakai clay je. Kelas gitu.
Ruang pameran sejarah dan demostrasi cara membuat enjin dan rekabentuk Buggati
The fastest road-legal production car in the world, with a top speed of 431 km/h (268 mph) tu. Dapat tengok pun jadi la, walau tak dapat peluang naik. Nak beli jangan harap la. Kat dunia hanya ada lebih kurang 300 bijik je kereta jenis ni dikeluarkan (khabarnya Sultan Johor merupakan individu pertama di Malaysia yang mempunyai kereta jenis ni, betul ke?). Memang special made dan femes sebab antara kereta yang paling mahal di muka bumi ni. Kalah Lamborghini Reventon dan juga Ferrari Enzo. Harganya USD 2,400,000 je. Cer cuba convert kepada rupiah, bilang berapa banyak angka kosong..huhu

Tips #4: Banyak kedai souvenirs di kawasan Pariser Platz. Tapi banyak kedai yang murah ada di kawasan Check Points Charlie. Kat Berlin ni, unik sket sebab depa jual serpihan batu dari dinding tembok Berlin!

Antara kedai berdekatan tak jauh dari Check Point Charlie. Apesal belon tu tulis 'Die'?
Menjelang tengahari, penulis DKKC 'melawat' deretan kedai souvenirs untuk mencari barang unik sebagai tanda ingatan. Banyak betul kedai souvenirs kat area situ. Setelah selesai barulah mula bergerak ke Airport untuk kembali ke Copenhagen. Alhamdulillah dengan budget yang minimun, penulis dapat pengalaman yang maksimum. Kota Berlin memang best untuk diterokai kerana di sebalik sisa runtuhan tembok Berlin tu, ada 1001 kisah dan tempat menarik yang berbaloi diterokai. Tak sia-sia berbackpacking berseorangan. InsyaAllah, kalau berpeluang, mungkin akan ke Berlin lagi bersama Cik Puan Isteri. Banyak lagi tempat yang belum dijajah seperti Potsdam (taman boroque & palace), Chalottenburg Palace dan juga masuk Parlimen di Jerman. Lain kali mungkin berkeretapi ke sana plak!

Previous Part 1: Berlin Aku Datang!
Updated : Catatan Trip kali ke 2 ke Berlin!

< Anda selalu berbackpacking? Kat mane?> 

Tuesday, November 1

Berlin Aku Datang!

Travelog ke Berlin, Jerman : Part 1
Berlin Wall
Dalam banyak-banyak tembok, tembok mana yang paling popular kat dunia ni? Hmm..mestila Tembok besar China (Grand Wall of China), tak pun Tembok Berlin (Berlin Wall). Takkan la Wall Street di NY plak. Tu jalan bukan tembok. Oleh kerana, Tembok Besar China jauh nun di sana, baik pergi yang dekat je. Kalau hari tu pergi ke UK tengok batu, sekarang pergi Berlin, tengok tembok dinding je. Tah ape-ape kan..


Al-kisahnya baru-baru ini, penulis DKKC berpeluang ke Berlin, menjajah  ibukota Jerman. Plan asal untuk bersama-sama mengembara dengan Cik Puan Isteri. Dah berbulan-bulan plan. Tiket flight dah tempah. Namun, kerna sebab-sebab tertentu, Cik Puan Isteri tak dapat ikut. Nak cancel plak tak dapat refund. Nak postpone date kena bayar fee. Mahal plak tu. Langsung tak berbaloi. Ingat nak ’burn’ je tiket flight Easyjet tu. Lagipun harganya DKK 535 (RM 308) je, pergi balik/per person dari CPH ke Berlin. Namun last2 minutes (sebenarnya last hour sebelum flight departure), terdetik hati nak pergi, jadi kembara diteruskan dengan style sempoi backpacker. Main redah je, kasi adventure sket!
Airport Berlin-Schöenefeld. Airport untuk kapal terbang tambang murah, tapi caj mahal... Besar lagi LCCT kat Malaysia 

Dengan memikul sebuah beg galas seberat 2.8kg, penulis memulakan langkah perjalanan dari rumah di Copenhagen di Virum station, tatkala jam menunjuk jam 12.50pm. Jarak København Lutfhavn (Lutfhavn=airport in Danish) menuju ke Flughafen Berlin Schöenefeld(Flughafen=airport in German) hanya 354 km je. Kira-kira 45 minit je di ruang udara, terasa macam KLIA-KB je. Tepat Jam 4.15pm, dah pun sampai dan selesai check-in kat Hotel. Eh, bukan di Hostel. Maklum la nak buat style backpacker tak boleh la dok di hotel grand2.


Hostel cukup la. Lagipun berseorangan je. Berlin Metropol Hostel yang dipilih kerana lokasinya yang bagus dan baru (2009), hanya 20 minit berjalan kaki ke pusat bandar Berlin. Pintu masuk receptionnya hanya kira-kira 10m dari stesyen keretapi bawah tanah, U-Bahn line U6 dan U7. Senang sungguh. Alhamdulillah, hostelnya cukup selesa. Sewanya pun berbaloi, siap dengan breakfast yang menyelerakan. Jarang sekali hostel yang menyediakan breakfast.


Tips #1:Berlin Metropol Hostel antara hostel yang bagus kalau backpacking di kota Berlin-EUR 15(RM65) je/night/person. Siap sediakan breakfast.
'Hotel' penginapan 3 hari 2 malam di Berlin. 8 katil untuk 4 orang beserta  indoor toilet. Tapi dinding tak kalis bunyi daa

Sebelum check-in, penulis DKKC terpikir mikir jugak, kalau-kalau ada jantina berlainan yang turut menginap di bilik dorm yang sama. Mahu tak keruan dbuatnya. Inilah risikonya kalau stay di hostel dorm style. Nasib baik penulis DKKC diberikan dorm agak besar dan selesa yang memuatkan 4 katil double decker. Macam dok asrama zaman sekolah plak. Ada 3 orang je dorm mate yang lain. 2 orang dari France dan seorang lagi insan yang tak dikenali. Asyik ketiduran je. Yang penting semuanya jantan.


Di kala senja dan di awal malam, penulis berkesempatan meneroka kawasan sekitar. “Berlin at night, is not so safe.” Terngiang2 pesan Cik Puan Isteri. Lantas pulang ke dorm dan mula membuat ’research’. Senarai tempat-tempat menarik di Berlin disenaraikan berpandukan beberapa bronchure dan map percuma yang diambil di airport dan di lobby hostel. Malam terasa sungguh panjang. Sempat juga membelek nota kuliah yang dibawa (cara yang bagus, supaya cepat mengantuk J). Lagipun, ini la baru boleh dinamakan sebagai Lawatan Sambil Belajar..huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...