Tup-tap,
dah pun masuk bulan Syawal kita semua. Kalau tahun lepas beraya dalam bilik kuliah, Alhamdulillah, hari raya tahun ni dapat kesempatan
untuk untuk pulang beraya di Tanah Air. Tapi malu sehh, baru je sehari sampai
kat kampung halaman, muka keluar Metro ruangan Salam Perantau. Kata dok kat perantauan,
tapi tu dok jelepok kat beranda, tu sapa. Aisehh, kantoi la plak.
Actually, kepulangan ke Malaysia kali ini kerana ada urusan SPDA. Tapi alang-alang menyelam, telan la
air sedikit. Hampir 3 minggu jugak pulang ke Tanah Air. Hmm… tak boleh
lama-lama, ‘I tak tahan cuaca Malaysia’. Maklumla Malaysia panas seperti biasa.
Berlagak tak sedar diri…hehe
Dan
sempat la setelkan bende-bende yang penting seperti renew lesen dan permit memandu antarabangsa. Tapi yang lebih
penting adalah dapat berjumpa dengan kedua orang tua dan mertua dan juga berhari
raya di samping keluarga. Setelah hampir 2 tahun lebih berkahwin, inilah
pengalaman pertama penulis DKKC dan Cik Puan Isteri beraya sebagai suami
isteri.
|
Seekor kambing gurun oryx yang boleh terbang |
Balik Kampung Naik Kambing Gurun
Ok,
back to the story, nak citer pasal balik kampung naik kambing gurun sebenarnya.
Kambing besi yang boleh terbang. Oryx namanya. Jangan nak pening-pening kepala.
Sebenarnya Oryx tu adalah lambang syarikat Qatar Airways. Syarikat penerbangan based in Doha, Qatar. Atau juga dikenali
sebagai Qatariah (ejaan jawi tertera pada pesawat). Sebab airlines ni je yang
paling murah di samping tempoh transit
yang paling singkat, so, kami booking
je tiket balik Malaysia naik Qatar Airways tanpa was-was. Nak dijadikan cerita,
selang beberapa hari tiket ditempah, Skytrax mengumumkan Qatar Airways won the title of World’s Best Airline for the second
consecutive year semasa annual World Airline Awards kat France. So,
keterujaan naik Qatar Airways pun bertambah. Bagus sangat Qatar Airways hingga
menjadi pilihan sebagai syarikat penerbangan terbaik dunia?
Ni
yang sedikit teruja nak cerita nih. Penerbangan kami dari Copenhagen (CPH) ke
Kuala Lumpul (KUL) perlu transit di Doha (DOH). Kami berlepas menaiki kapal
terbang jenis Airbus A330-200 dari Terminal 2 Copenhagen Airport jam 11.15am dan
tiba di Doha International Airport jam 6.25pm. Yang bagusnya, sebelum berlepas
doa menaiki kenderaan di bacakan. Rasa selamat dan tenang sikit.
Oleh
kerana bulan puasa, memang sedikit mencabar menghidu bau hidangan orang duduk
depan belakang, kiri-kanan sedang makan. Lupa plak, nak maklumkan kami puasa semasa
booking flight. Tapi nasib baik ada pramugari yang prihatin, dan rupanya dia
juga puasa, tapaukan 2 paket hidangan dan air untuk berbuka semasa transit dan
boleh makan di kawasan Imigresen di Doha. Oh ya, pramugari flight Qatar airways
ni semuanya antarabangsa semuanya. Ada pelbagai bangsa. Tapi majoritinya dari
Asia. Entahlah, nampak muka macam dari Filipina, Vietnam, China. Tak de pun
muka-muka orang arab.
Penerbangan
dari DOH ke KUL diteruskan setelah transit sejam setengah. Cukup-cukup je masa.
Tak dang nak shopping2. Tapi Imigresen kat Doha memang sempoi habis. Tak strict
sangat. Check gitu-gitu je. Mungkin sebab tu adalah transit terminal. Yang
kurang bestnya, semua pesawat parking jauh dari terminal. Airport Doha memang
tak de aerobridge. So, tak kira ape class kena panjat tangga. Penumpang kelas
economy dibawa naik bas ke terminal dan yang kelas tinggi naik limo atau luxury
van.
|
Hidangan supper. Light sandwich isi ayam serta biskut munchy's made in Malaysia |
|
Hidangan breakfast. Sedap! |
Penerbangan
kedua diteruskan jam 8pm dan pesawat penuh dengan orang putih yang nak ke
Malaysia. Kali ni baru la boleh makan dalam flight. Hidangannya ok je. Lebih
kurang airlines lain. Kalau perut lapar, ngap je ape2. Basic amenities turut
diberikan. Small kit yang mengandungi stoking, blindfold, berus dan ubat gigi
serta earplug.
|
Oryx Entertainment. Sempat la layan hindustan cerita Amitabh Bachan 'Cheeni Kum' |
Yang
bagusnya, walau kelas economy setiap seat penumpang ada screen video sendiri untuk entertainment.
Macam-macam jenis filem, drama, documentary, music ada. Ada juga games dan
flight info. Yang bagusnya ada audio semua surah-surah al-quran disediakan. Dan
lebih hebat lagi, boleh pilih bacaan dari qari yang mana. Alhamdulillah dapat juga
pahala lebih, tidur sambil mendengar bacaan surah-surah alunan suara Sheikh Sa’ad
Al-Ghamdi di bulan puasa. Selain itu juga, ada juga paparan Mecca direction
untuk arah kiblat. Senang sket nak solat. Tapi kalo dah direction menghadap
belakang kapal terbang, nak buat macam mana kan. Hmm kena la kreatif sedikit
nak bersolat.
Jadi VIP Naik Business Class
Setelah
sakan beraya. Sedar tak sedar dah pun kena pulang kembali ke Denmark.
Sebenarnya, memang dah kerinduan akan bumi Denmark pun.
Penerbangan
pulang dari KUL ke CPH bermula di malam hari, agar tiba di pagi hari. Seperti
biasa tidak lengkap jika tidak pekena KFC sebelum berlepas. Oh ya, Qatar
Airways hanya bagi 23kg untuk check in luggage bagi penumpang kelas ekonomi.
Untuk 2 orang, dapat total 46kg la. Tapi hari tu timbang punya timbang cecah
51.5kg. Hmm nasib baik lepas setelah membuat muka kesian dan Qatar airways ground
staff tu baik hati, lepaskan jugak sebab dia tahu kami students. Sebenar kami
dah buat privilege card member. Sepatutnya dah boleh dapat extra 10kg kalau
ikut points miles sebab dah terbang dari Copenhagen ke KL hari tu, rupanya kami
silap. Kami tempah flight dulu, baru buat privilege card. Walau dah diactivate
tapi qmiles belum dikira. Padan muka.
Kami
tiba di satelite terminal di KLIA jam 8.10 pm. Oleh kerana telah masuk waktu
solat, kami mencari surau dulu, untuk menunaikan solat jama’ Maghrib dan Isya’
sebelum berlepas. Tapi… Ingatkan boarding time jam 9pm, rupanya itu adalah
departure time. Usai solat kelam kelibut mencari gate C3. Time tu dah pukul
8.44 pm dah. Bimbang gak kalau semua dah masuk dan pintu dah tutup. Rupanya
masih sempat, ada juga orang kelewatan seperti kami.
Semasa
last check tiket sebelum masuk pintu pesawat, mesin pengimbas bertukar blink2
warna merah. Dup dap berdebar. Ape ke hal plak ni? Rupanya, seat 41 J&K yang diberi sepertima dipilih iaitu seat berdua,
aisle serta window telahpun diambil orang. Kami redha je la janji sampai Copenhagen.
Alhamdulillah,
hikmah orang yang mengerjakan solat walau berisiko ditinggalkan kapal terbang.
Tiket kami telah diupgrade kepada Business Class. Inilah kali pertama naik
pesawat business class, kalau tempah tiket sendiri, tak mampu nak merasa
business class. Ribu riban jauh berbeza dari economy.
Qatar
Airlines Business Class is an out of body experience. Sebelum take off dah
diberikan orange jus. Seat 2-2-2 (kalau economy 2-4-2). So, memang luas dan
selesa. Kami diberikan seat 1 J&K. Yang paling depan sekali. Flight kali ni
tak de first class dan ada business class je. Kiranya, kami la penumpang first
class sebab duduk paling depan. Hehe.
|
VIP bidan terjun |
Dan
kalau sebelum ni nak tidur badan kejung dan kaki kram je. Nah, kali ni seat
boleh jadi fully flat beds. Bantal yang dibagi juga saiz bantal kat rumah. Yang
bagusnya setiap penumpang diberikan amenities dalam beg yang yang cantik dan berbeza
laki dan perempuan. Siap ada lip balm hand moisture cream, minyak wangi bagai dan juga sikat rambut. Kami
juga diberikan satu set baju. Siap tanya ape mende tu kat stewardess. Rupanya
adalah baju pijama untuk ditukar agar selesa tidur. Hmm..Tu pun, tak tahu..Nampak
jelas kekampungan di situ.
|
Tah ape nama. Tapi isi ketam. Sekali ngap dah abes |
|
Air apple jus tu, bukan air pelik2 ok. |
Makan yang dihidangkan
pun macam hotel 4 stars gitu. Tak main la, sudu plastik dan bekas aluminium macam
kelas economy. Kali ni dihidangkan pakai sudu yang betul dan pinggan mangkuk
yang menarik. Siap pramugari letakkan napkin atas riba. Menu plak ada banyak pilihan dan menarik
semuanya. Satu- satu dihantar, lepas appetizer barulah dihantar main dishes dan kemudiannya dessert. Tak
macam kelas economy, jelepok semuanya serentak. Tapi, oleh kerana flight waktu
malam, lampu pun suram je. Nak ambil gambar lebih-lebih malu plak. Nanti keluar
flash ganggu plak pak arab duduk sebelah tido plak.
|
Perut kenyang, tidur senang |
Dan akhirnya
sampai di Doha airport setelah 7 jam terbang. I only wish the flight was longer.
The next connecting flight to Copenhagen, dah jadi orang kelas biasa semula,
naik kelas economy. Sedar diri. Apepun, Qatar Airways memang bagus dan layak
dipilih sebagai the best airline of the year!