Thursday, February 28

Berakhir sudah musim sejuk yang sejuk [Video]

Kalau menonton drama siri cerita Korea Winter Sonata, tampak suasana musim salju sunguh indah dan romantis. Namun, sebenarnya tanggapan tersebut tidak tepat. Terseksa  jiwa raga weh. Manakan tidak, kalau nak keluar beli barang-barang kat kedai tepi rumah pun kena pakai baju berlapis-lapis dan gloves bagai. Kalau tidak, tentu habis kejun jari jemari.
Setelah berminggu-minggu bumi Denmark dibaluti salju putih, kini ketulan ais semakin mencair. Negara  Scandic seperti Denmark memang lumrah dengan musim sejuk yang melampau, namun tidaklah seteruk negara jiran Sweden, Finland dan Norway. Tapi teruk la jugak, kerana cuaca sering dipengaruhi angin sejuk yang bertandang dari Siberia dan juga Rusia.

Alhamdulillah, nampaknya musim sejuk telah pun sampai ke penghujung (kena sedih ke gembira?). Biasanya bulan Mac, secara tak rasminya akan bermula musim spring la plak. Tahun ni, musim sejuk di Copenhagen buleh tahan juga lama dan sejuk memanjang.  Dengan purata suhu sekitar -3 hingga 5°C hari-hari,  sudah cukup  untuk merasai kehidupan seolah di dalam peti ais.
Membeku puding agar-agar menggunakan peti ais outdoor
Kalau dulu (kira-kira 3 tahun yang lalu), memang sangat teruja dengan kehadiran halus-halus salju yang turun ke bumi. Dulu-dulu semasa hari-hari pertama salji turun, dah jadi hobi duduk termenung kat tingkat. Teringat suatu pagi, bangun tidur dan excited giler tengok kat luar tingkap rumput menghijau jadi putih akibat frost. Maklum la orang kampung, mane pernah tengok snow ni. Sekarang ni, bila salji turun, setakat jeling-jeling je. Kalau dulu skripnya berbunyi ”Yahoo, salji dah turun. Boleh gi main sledding”. Sekarang skripnya berubah ”Alamak, salji turun lagi. Bila la nak habis musim winter ni.”

Walaupun, keterujaan sedikit berkurangan, tapi bila berpeluang dan kurang sibuk, sempat la jugak menjadi kanak-kanak ribena bermain-main atas snow dan juga membuat sesi outdoor photography. Al-maklumlah tak tahu bila lagi berpeluang menikmati pemandangan memutih dikala musim sejuk sebegini. Kalau nak harap masuk i-city, kena bayar mahal pulak. Skrang ni main snow, free. Yang asli lagi :)
Pengalaman 3 kali mengharungi musim sejuk di perantauan sungguh menarik untuk dikenang. Musim sejuk memang musim yang sangat unik. Sebab utama adalah kerana apabila salji turun, dalam sekelip mata keadaan sekeliling menjadi putih saujana mata memandang seakan-akan tanah menjadi suci dan cantik untuk dipijak dan juga berguling.
Pemandangan dari beranda rumah
Bagi yang tidak berpeluang dan tiada  pengalaman merasai kehidupan dibumi bersalji sebegini, disertakan video bonus selama 5 ½  min untuk tatapan anda.  Video tersebut dirakam minggu lepas, tatkala penulis DKKC dan Cik Puan Isteri gigih berbasikal meredah snow ke tempat belajar (jarak dari rumah ke school hanya 1.4km biasanya 4min berbasikal, tapi kerna snow turun lebat dan jalan licin, ambil masa 5 ½ min).


P/S: Gambar kat profle kat facebook pun kena tukar ikut peredaran musim..hehe

10 comments:

  1. Ahh.. teringinnya nak sambung belajar kat Denmark..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah, kalau ada peluang ke sana..Skrg nie dok tgh cari scholarship nie..

      Delete
    2. MARA tgh open scholarship/Pinjaman boleh ubah application utk post grad Msc/phd/postdoc. Boleh la apply. tak perlu offer letter dr uni. just apply je dulu. MARA bukak 10 hr je

      Delete
  2. best best...!!! biarpon sangat sejok..

    ReplyDelete
  3. Best nyer. Belum pernah dapat tengok salji

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masuk i-city kat Shah Alam nanti. best memang best tapi sejukk!

      Delete
  4. السلام عليكم
    Menarik blog saudara..byk pengetahuan berkenaan denmark yg d perolehi berikutan saya mungkin mahu ke sana hujung bulan ini insya Allah..tahniah saudara.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...