Day 2: Sabato (Sabtu)/2 Febbraio 2013-Pisa
Toscana, Italia
A postcard from Italy to family in Malaysia! |
Melawat Menara Condong Pisa menjadi satu kemestian
apabila berkunjung ke Itali. Pelik
juga pabila memikirkan, jauh-jauh datang, nak tengok bangunan senget je. Kalau
sebelum ni pergi ke UK, hanya untuk tengok batu (Stoneedge), pastu pergi ke Berlin,
Jerman tengok Tembok, kini tengok menara condong nak terbalik plak di Itali.
Menara condong kat Teluk Intan, Perak pun belum sampai..
Perjalanan dengan menaiki keretapi
dari Milan ke Pisa mengambil masa 4 jam. Harga tiket yang dibeli secara online agak
berpatutan iaitu dikenakan sebanyak EUR 25/186kr/RM101 untuk seorang bagi perjalanan sehala. Perkhidmatan
keretapi di Itali memang boleh dipuji, selesa dan memuaskan walau kami terpaksa berhenti sebanyak tiga kali untuk menukar train
(maklumla tiket jenis yang paling murah). Tetapi apa yang menarik, kami
berpeluang merasai menaiki tiga jenis keretapi iaitu Intercity, FrecciaBianca (speed
train) dan juga regional train. Bermula dari Milano Centrale ke Genova Piazza
Principe, seterusnya ke La Spezia Centrale dan akhirnya tiba Pisa S. Rossore.
Info: Tiket keretapi di Itali boleh dibeli secara online di http://www.trenitalia.com/. Mudah dan senang serta banyak pilihan.
Info: Tiket keretapi di Itali boleh dibeli secara online di http://www.trenitalia.com/. Mudah dan senang serta banyak pilihan.
Keretapi jenis Intercity (kelas pertama). 6 orang untuk dalam satu bilik kecil. |
Kami tiba tatkala mentari sudah
lama terbenam. Sejujurnya, penulis DKKC tidak dapat membohongi diri. Memang terasa sedikit
debar menguasai sewaktu melalui lorong-lorong seperti sebuah labirin semasa
mencari hotel penginapan. Risau jika tersesat di lorong yang salah dan juga
terserampak dengan manusia-manusia jahat. Pantas kaki berlalu di celahan lorong
sambil dibuai bayu malam. Tetapi, dingin malam terasa sungguh segar tidaklah
sesejuk Kota Milan, namun tiada bintang-bintang berkerlipan kelihatan. Yang ada,
hanyalah satu bintang berkerlipan dari hotel satu bintang tempat penginapan kami iaitu Helvetia Pensione
Tower. Pensione tu bukan bermaksud tempat orang-orang pencen ye, tapi bermaksud
Guest House. Jarak dari Hotel ke lokasi bangunan condong Pisa adalah sangat
dekat iaitu kira-kira 250m.
Pisa 'wonderful' view at night |
Sewaktu mengabil kunci bilik, kami
menanyakan kepada owner hotel “Is it the
tower look nice at night?”
Dengan pantas Mat Salleh itu menjawab dalam english version Italy “No, it is not nice, but wonderful!” Ujarnya lagi, kawasan tersebut adalah selamat di
waktu malam. Maka, usai check-in, kami bergegas ke Pisa Leaning Tower untuk
melihat dengan mata kepala sendiri keunikan menara yang dah condong, tapi tak
nak cecah ke bumi. Malangnya, suasana malam tidak se-wonderful mana
yang diperkatakan oleh owner hotel. Indah khabar dari rupa. Lebih baik balik ke hotel dan berehat
sambil menonton tv yang mempunyai hampir 300 channels! Tapi tak de satu pun
yang boleh faham.
Satu pagi yang indah di Pisa |
Pagi itu, sinar mentari mula
memancarkan cahayanya. Alhamdulillah, barulah berbaloi datang dari jauh, dan
cuaca pulak cantik berseri. Baru la berselera nak merakam foto. Menara Pisa terletak
di tengah-tengah bandar Pisa, yang mana cuma sebuah bandar kecil dan sekali
pandang tiada apa yang menarik kecuali menara Pisa itulah. Tetapi, berbondong-bondong juga pelancong yang
datang ke sini. Walau masih diawal pagi,
pelancong dah pun mulai tiba.
Gerombolan aweks2 dari Jepun yang terlebih riang |
Rata-rata semuanya sibuk bergambar berlatar belakangkan
menara condong Pisa ini. Antara aksi yang wajib adalah aksi ‘menolak’
menara Pisa dengan dua tangan dan juga satu jari. Mujurlah tak terbalik menara
akibat ramai sangat orang yang menolak. Selain itu, ada juga yang bergaya seolah
menendang, bersandar, memeluk, tertonggek dan
bermacam-macam lagi. Pelbagai karenah dan gelagat boleh dilihat tak kira tua
mahupun yang tua. Masing-masing sibuk bergambar dengan menara tersebut. Kelakar
pun ada.
Oleh kerana kami mempunyai waktu
yang panjang sebelum pulang kembali ke Denmark, kami membeli tiket untuk
memasuki 4 Museum di sekitar Pisa dengan harga EUR9/67kr/RM36. Tapi, tiket
tersebut tak termasuk untuk memanjat ke puncak menara Pisa. Kami memang tak
berminat nak naik menara pisa tersebut, sebab tak de lift..
Info: Museum di Pisa biasa-biasa je. Tak de yang menarik. So, kalau stekat singgah sekejap ke bandar Pisa, tak payah masuk pun tak rugi.
Info: Museum di Pisa biasa-biasa je. Tak de yang menarik. So, kalau stekat singgah sekejap ke bandar Pisa, tak payah masuk pun tak rugi.
Nampak dalam gambar tak la senget sangat, tapi sebenar memang senget la jugak. bak kata orang Indonesia 'miring' |
Menjelang tengahari, perut mula ber-soprano ala nyanyian Luciano Pavarotti. Kami menemui Cafe' de Italia di celahan lorong. Itali dan pasta memang tidak dapat dipisahkan. Pasta tempatan
samada spaghetti, ravioli mahupun gnocchi adalah berbeza dari segi tekstur dan rasa. Kualitinya
memang tiada tandingan. Apatah
lagi dengan pilihan makanan laut yang pelbagai seperti scampi, gamberetti dan
sepie.
Dek kerana tiada tanda halal tertera, kami hanya merasai spagethi kosong bersos tomato. Walaupun hanya
berkuahkan tomato puri, tapi kesedapannya memang terserlah, al-maklum la makan real spagethi kat restaurant di Itali
la katakan. Dan memang patutla dalam filem lakonan Julia Roberts 'Eat, Pray, Love', lokasi 'eat'nya adalah di Itali.
Seterusnya kami hanya meronda-ronda
di kawasan sekitar sampai mencari souvenirs. Di sekitar Menara Pisa memang
banyak deretan kedai cenderamata. Harganya agak murah dan ada yang semurah EUR 1 sahaja. Bolehlah
beli sebagai tanda kenangan melawat ke menara Pisa. Selepas ni, boleh la ke Menara condong kat Teluk Intan plak..
incoming tags: panduan ke pisa itali, melawat bandar itali, melancong ke pisa, melawat pisa, tempat menarik di itali, cara ke pisa
incoming tags: panduan ke pisa itali, melawat bandar itali, melancong ke pisa, melawat pisa, tempat menarik di itali, cara ke pisa
Salam,
ReplyDeletePISA telah terkenal sekian lama kerana keunikan menara ini. Oleh kerana ia begitu popular, banyak tempat di negara lain mengabadikan nama itu. Saya belum lagi melihat PISA sebenar walaupun pernah kembara ke Itali. Tetapi PISA palsu sudah saya lihat dan sentuh. PISA palsu ini terdapat di World Park Beijing. PISA palsu ini tentulah kelakar. Menara Condong di Teluk Intan pernahlah saya tengok. Tetapi boleh dikatakan setiap hari saya tengok PISA yang letaknya sepelaung saja dari rumah saya di Penang: Penang International Sport Arena (PISA).
Pizza, pasta, spaghetti, etc menjadi makanan kegemaran saya dan keluarga. Saya belajar memasaknya. Kalau lama tak masak anak-anak mula bertanya. Pertama kali makan pastapun ketika saya ke Roma, Venizia, Bari, Pompei pada tahun 1980an tetapi macam saudara juga, saya hanya makan pasta dan ketchup sahaja sebab yang halalnya tak ada.
W'salam. Pernah tengok gambar family yang pergi ke world Park Beijing, memang tanpak seakan sama. Kami juga semakin suka makan pasta. senang nak sediakan- Lagipun kalau kat mee kuning kat Malaysia terkenal dengan kandungan asid borik yang tinggi
DeleteYa betul, mee kuning Malaysia memang ada letak bahan kimia tu. Baunya pun saya tak suka. Perut saya selalu berangin lepas makan mee kuning. Jadi saya selalu guna spaghetti untuk buat mee goreng atau mee kari.
DeleteSemasa tinggal di Beijing boleh dikatakan setiap hari saya makan lam mien iaitu mee tarik yang dibuat dengan tangan on the spot di restoren. Makan mee ini menyihatkan badan saya/perut tak berangin. Rasanya pun sedap. Menurut bacaan saya spaghetti/pasta di Itali dipengaruhi oleh mee China.
Seronok DKKC dpt ke Pisa...W/pon ia hanya bangunan condong tp saya memang berangan2 nak ke sana.. Dec hari tu ke Rome tp x sempat nak lajak ke Pisa kerana kesuntukan masa..:( x apalah, Pisa..i'll be there, one fine day (memujuk hati yg kuciwa..)
ReplyDeleteSeronok la jugak apabila berpeluang melawat negara orang. Tapi, rasanya di Rome lagi banyak tempat best berbanding Pisa.
DeleteSalam Yeop
ReplyDeleteAmboi Yeop...melangkau PISA Telok Anson ni....balik sok make sure buat itinerary ke Perak....hehe
Akak pun akan pastikan buat aktiviti bergedik cam deme jugak ler kalau ke sini....namanye pun pelancong kan....cucuk menara tu bagi lurus, bersandor.....apa lagik ek..? verangan ni....haha
W'salam. InsyaAllah, balik Malaysia nanti akan jejak kaki ke Teluk Intan.
DeleteSekali sekala bergedik ambil gambar tak salah..hehe