Day 1: City of 100 Spires (Part 1 of 2)
Lokasi Czech Republik dan negara-negara jiran. Germany & Austria adalah negara western europe manakala Poland, Slovakia dan juga Czech adalah negara eastern europe. |
Prague atau Praha dalam bahasa
tempatan adalah salah satu dari daftar panjang
kota-kota di benua eropah impian yang ingin ditakluki oleh Penulis DKKC, dan Alhamdulillah akhirnya tercapai jua. Sebenarnya, pada awalnya sedikit
dilema kerana ada dua wishlist yang belum
tertunai, iaitu menjejaki kota Prague dan juga ke Edinburgh. Perancangan ke
Edinburgh terpaksa dimansuhkan akibat kekangan masa dan juga ekonomi yang tidak
stabil, lantas beralih arah ke salah sebuah negara eastern Europe yang cukup
dikenali sebagai The Golden City of 100 Spires iaitu ibunegara negara Czech
Republik.
Memang benar, mengembara bukan soal destinasi tetapi soalnya bagaimana kita menghayati
dan belajar dari setiap pengalaman melalui liku-liku ke destinasi itu. Pengalaman itulah yang membuat kita
lebih matang dalam menghadapi hari-hari yang mendatang. Pengalaman yang tidak
mampu dibayar dengan wang ringgit. Apepun,
pemilihan untuk kembara ke kota bohemia ni adalah cukup tepat, kerana boleh la
dianggap murah bagi budget traveler macam kami dari segi tempat penginapan dan lebih-lebih lagi tiket
pengangkutan awam yang tidak mahal berbanding kos di ibukota negara eropah
yang lain.
Tiket Free ke Prague
Perjalanan menerusi SAS airlines hanya mengambil masa sejam suku dari tempat kami di Copenhagen ke Prague. Hasil usaha gigih mengumpul mata points membership Eurobonus, dapatlah jimat dalam 1000kr (RM580) bagi dua orang, kerana mendapat percuma harga tiket dan fuel charges dan hanya dikenakan taxes fee iaitu 171kr (RM99). Sinar mentari keluar dibalik awan di saat pesawat Airbus A340-300 mendarat di Prague Václav Havel Airport (Letiště Václava Havla Praha) seawal jam 8.30am. Walaupun cuaca cerah, suhu adalah rendah mencecah 14oC, petanda musim panas benar-benar telah berakhir dan beralih ke musim luruh. Kami tiba di ibukota Czech Republic ketika jam menunjukkan hampir pukul 10.15 tengahari. Perjalanan dari Airport tidaklah sukar, kami menaiki Bus 119 ke Metro Station Dejvická dan seterus menukar haluan ke Florence C, kawasan tempat penginapan yang telah ditempah melalui booking.com.
Info#1: 24hr public transport tiket hanya 100 czk (RM 18.50) seorang, dan membolehkan anda menaiki bus, tram, keretapi bawah tanah Metro dan juga kereta kabel di sekitar pusat Bandar Prague.Tiket 90min adalah 32 CZK (RM 5.40), tetapi jika membawa luggage, anda perlu membeli tiket khas untuk luggage berharga 16 CZK (RM2.70).
Tanpa berlengah kami terus meneroka kota yang dikenali sebagai Kota Emas 100 Menara (Golden City of 100 Spires) yang telah dibina sejak abad ke-14 dan telah diakui oleh UNESCO sebagai salah satu Kota Warisan Dunia pada 1992. Kota Praha memiliki atmosfera yang unik dengan berbagai rekabentuk bangunan dan monumen yang menarik. Pada awal abad ke 19, seorang ahli matematik dan falsafah Bohemia telah mengira bilangan menara menara gereja dan bangunan di Praha dan mendapati terdapat 103 buah kesemuanya. Mulai saat itu, kota Praha dikenali sebagai Kota Emas 100 Menara kerana kebanyakan menaranya dicat warna emas. Selain itu, Prague tersebut juga turut dikenali sebagai Paris of Eastern Europe kerana dikatakan begitu cantik dan mempunyai suasana yang romantis.
Sebelum tiba, penulis DKKC tertanya-tanya benarkah sebegitu cantik kota Praha/Pargue sehingga diberikan jolokan sebegitu. Namun, apabila sudah tiba dan melihat dan merasai sendiri, maka mata menjadi saksi dan hati turut mengiyakan kebenaran itu. Bandarnya sengaja dikekalkan dengan bangunan-bangunan lama sebagai satu simbol kepada Negara Czech. Kecantikan binaan bangunannya, sudah pasti membuatkan sesiapa saja akan terpesona.
Free Royal Prague Walk Tour
Bagi lebih mendalami apakah rahsia disebalik kota tersebut, kami memilih
untuk mengikuti salah satu tour guide percuma. Free Royal Prague Tour dipilih
berdasarkan banyak komen positif di Tripadvisor. Tepat jam 2.10 petang tour
selama 3 jam mengelilingi Bandar Prague pun bermula. Kumpulan pelancong
dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil seramai 20 orang dan group kami diketuai
oleh Chriss yang berasal dari Austria. Suara Chriss sungguh lantang dan penguasaan
Englishnya juga bagus menjadikan tour pada petang itu lebih menarik.
Info#2: Banyak khidmat free
tour guide disediakan di Kota Prague antara yang popular adalah Royal Prague
Tour dan juga Sandermans. Walaupun free tour tetapi ‘kena’ bagi sedikit upah kepada tour guide setelah tamat. Tour guide
sebegini ada setiap hari biasanya bermula jam 11 pagi dan juga 2pm.
Artis jalanan membuat persembahan di Old Town Square |
Tour
bermula di Old Town Square. Walaupun bukan musim cuti sekolah dan juga sudahpun
di penghujung summer holiday, keadaan pusat Bandar Prague begitu sesak dengan
kebanjiran pelancong. Kebetulan ramai pula pengantin baru yang buat photoshoot di sekitar bandar
pada hari itu. Antara tarikan utama di dataran Old
Town adalah Astronomical Clock
dan Tyn Church. Entah mengapa begitu
ramai orang ramai berhenti dan menghayati jam lama yang berusia lebih 600 tahun
itu yang juga bertindak sebagai kalendar di zaman silam. Lebih-lebih lagi
tatkala minit menghampir angkat 00 iaitu jam tepat. Rupa-rupanya terdapat 2 jendela
terbuka dengan tiba-tiba dan mempamerkan 12 patung yang berlegar-legar (6
patung setiap jendela).Terdapat juga 4 patung yang yang bergerak-gerak. Setelah
itu, akan ada pekerja yang meniupkan trumpet dari puncak menara jam tersebut.
Inilah rupa Astronomi Clock tu. Jam yang betul ada kat hampir dengan menara dan dua lagi yang kat bawah adalah kalendar astronomi |
Bagi Penulis DKKC, ’persembahan’ jam astronomi tersebut
itu hanya biasa-biasa sahaja. Malah keseluruhan ’persembahan’ itu yang memakan
masa hanya sekitar 2 minit. Namun, percaya atau tidak, menara jam itulah yang menjadikan
tarikan utama pelancong di Prague. Mungkin juga, ianya cukup terkenal di Czech
Republik kerana terdapat kisah menarik disebalik pembinaan jam tersebut. Menurut
Chriss, tour guide kami, jam itu dibina sejak 1410 dan merupakan antara tiga
jam astronomi yang tertua di dunia, tetapi satu-satunya yang masih berfungsi
hingga kini. Ahli matematik dan astronomi yang membina jam tersebut telah
dibutakan matanya agar tidak berupaya membina jam yang baru seumpamanya. Oleh
kerana terlalu kecewa, beliau telah merosakkan jam tersebut dengan terjun ke
arah struktur dalaman jam tersebut. Akibatnya, jam tersebut rosak teruk dan
hanya dapat diperbaiki kira-kira seabad setelah kejadian tersebut.
Info#3: ‘Persembahan’ patung-patung dan tiup trumpet berlaku setiap hari,
setiap jam bermula jam 10am hingga 9pm.
Tour guide kami sedang memberi keterangan mengenai Old New Synagogue & the Golem yang tertua di benua Eropah. Synagogue ni macam church la, tapi untuk puak yahudi |
Seterusnya Chriss membawa kami
melawat sekitar Old Jewish Quarter, Old New Synagogue & the Golem, dan
kemudiaan ke Art Nouveau Municipal House dan Powder Tower setelah 20 minit
berehat. Selain bercerita, Chriss turut memberi tips-tips penting tatkala di
Prague. Antaranya, jangan sesekali menukar wang di kedai money changer
yang tidak berlesen. Penulis pada awalnya juga musykil kerana banyak benar
kedai money changer kat pusat Bandar Prague ni. Boleh dikatakan setiap 50m, ada
je kedai money changer. Yang peliknya, hampir kesemua money changer mengenakan kadar tukaran yang
tidak munasabah. Menurut Chriss, antara taktik scam yang biasa digunakan adalah
dengan menukarkan duit dengan matawang dari Negara Hungary, Bulgaria dan juga
Romania yang mempunyai nilai yang lebih rendah. Ye
lah kan, mana la pelancong kenal atau cam jenis matawang yang digunakan.
Art Nouveau Municipal House, macam Dewan Bandaraya tapi ada juga Concert hall di dalamnya. Di sinilah antara lokasi filem Triple X, lakonan Vid Diesel |
Tips#1: Mengeluarkan duit dari ATM machine di bank adalah cara yang paling
selamat untuk mendapatkan matawang Czech Republic iaitu Czech Koruna (Kč).
Malah money changer di airport sekalipun dilaporkan tidak jujur.
Penipu scam
tukar duit boleh dikenali dengan mudah kerana mereka-mereka ini seringkali berlegar-legar
dihadapan money changer dan memegang calculator. Mereka ini cukup peramah dan
mampu bertutur dalam perlbagai bahasa. Penulis DKKC sendiri juga disapa dua
kali. Cara terbaik untuk menghindari scam seumpama ini adalah dengan cara tidak
melayan seolah tidak memahami bahasa yang dituturkan. Menurut tour guide kami,
sekiranya anda ditegur oleh orang yang tidak dikenali, maka 60% kemungkinan
besar anda akan ditipu. Oleh itu, disebalik
terkenal dengan kecantikan senibina, bandar Prague juga cukup dikenali sebagai ’scam
city’ kerana ramai pelancong bernasib malang, yang mana saku mereka diseluk
orang.
Yang ni bukan cubaan menyeluk saku, tetapi salah satu adegan yang dilakonkan secara spontan oleh tourist yang bagi bagi lebih memahami cerita yang disampaikan oleh Tour Guide, Chriss. |
Pengalaman Pertama Menonton Theater
Musical
Menjelang petang, kami kembali ke apartment tempat penginapan di
Florence C. Apartment David’s Guesthouse yang ditempah melalui booking.com
amatlah sesuai dengan lokasinya. Walaupun tidak mewah tetapi cukup luas dan selesa selain turut menyediakan dapur
kecil untuk tetamu. Lokasinya hanya 200m ke pintu masuk train Metro underground
laluan B dan C. Malahan, hanya 15minit, jika berjalan kaki ke pusat Bandar.
Lebih menarik ianya berada bertentangan dengan salah satu theater utama di Prague
iaitu Musical Theatre Karlín (Hudební divadlo Karlín).
Teater yang terletak hanya seberang jalan dari apartment |
Seperti Viena, bilangan
teater di Prague juga boleh dikatakan
agak banyak. Pada awalnya, pening juga fikir, samada
nak tengok teater musical, opera, orchestra music ataupun tarian ballet.
Akhirnya memilih teater musical kerana ada gabungan drama, tarian dan juga live
music. Lebih-lebih
lagi ada persembahan teater muzikal yang diadakan di teater yang terletak diseberang jalan
tempat kediaman kami semasa di Prague. Lantaran itu, Penulis DKKC membawa Cik Puan Isteri menonton Theater
Musical bertajuk ‘Aida-The Timeless Love Story’. Inilah pengalaman kali pertama
kami menonton teater secara langsung. Sebelum ini ada juga bercadang untuk
menonton opera semasa berkembara ke Viena yang cukup terkenal sebagai Musical
City, tetapi terpaksa memadam hasrat kerana tiketnya adalah mahal bagi pelajar
seperti kami. Manakan tidak untuk seorang sahaja paling kurang pun tiket berharga EUR28 (RM120).
Dari luaran, Musical Theatre
Karlín seolah bangunan biasa. Namun, dekorasi dalamnya agak mewah. Pelik juga apabila pekerja bertugas memaklumkan ada subtitle bahasa
English semasa membeli tiket. Mana tidak pelik, katanya live teater, macam mana
pulak ada subtitle. Tiket yang available hanyalah bagi seat kedua paling
belakang, tetapi ok lah kerana itulah tiket yang paling murah iaitu 280 Czech
koruna (RM48). Rupanya, memang ada subtitle, bukan dibawah tetapi pada skrin kecil
di atas pentas. walaupun hanya samar-samar kelihatan akibat sekali sekala lampu
spotlight terlampau cerah, tetapi oklah daripada langsung tidak faham kerana dituturkan
dalam bahasa tempatan.
Suasana dalam dewan teater |
Persembahan teater tersebut boleh la dianggap menarik, walaupun ada part
yang Penulis DKKC hampir terlelap kerana kepenatan akibat seharian berjalan. Namun, seringkali mata
menjadi segar semula apabila mendengar alunan musik dan kesan bunyi yang
berdentum dan bergema di dalam dewan. Muzik latar yang dimainkan oleh ahli musik
yang berada dibawah pentas juga hebat. Maklum la musik bagi teater ni adalah
hasil garapan Sir Elton John. Oleh kerana ianya adalah teater musikal, maka
kebanyakan dialog pelakon adalah secara menyanyi. Lakonan, kostum pelakon sungguh
menarik selain banyak probs tambahan digunakan seperti kapal layar dan juga piramid.
Pentas juga canggih boleh turun naik dan juga perpusing 360oC. Lantaran
itu, usai tamat persembahan, hampir seluruh penonton memberikan ’standing
ovation’ diiringi tepukan bergemuruh hampir 10 minit.
Tags: Panduan ke prague, tips ke prague, melancong ke prague, tempat menarik di prague, melawat bandar prague
Tags: Panduan ke prague, tips ke prague, melancong ke prague, tempat menarik di prague, melawat bandar prague
Salam bos, demo belaja lamo doh ko kat Denmark. Ok ko..mesti besh dok europe...kawe ingat nok tour europe...tapi kawe ingat nok gi jale Germany n France lah atau pun Denamark. Sweden N Norway kawe gi doh...tapi company trip...kawe khejo di Perbadanan Putrajaya.
ReplyDeleteDari pengalame demo, banyok bendo kawe buleh belaja. Kawe udoh berfamili tp masih eager utk travel..
on the list insyA kalo diizinkan satu hari nanti...
ReplyDelete