Friday, June 24

Sepetang di Ladang Gandum Furesø

Ladang Gandum menghadap Tasik Furesø

Anda suka makan roti canai? Untuk membuat roti canai, perlulah ada tepung. Dan sebelum tepung menjadi gandum, mesti ia berasal dari tanaman gandum. Macam nasi, sebelum dimasak dipanggil beras dan sebelum beras diproses, dipanggil sebagai padi.
Biji-biji Gandum yang belum cukup tua untuk dituai
Sedari kecil memang dah biasa tengok padi di sawah di keliling rumah. Tapi tak pernah pulak tengok pokok gandum macam mana. Kini, bila dah besar, baru la berpeluang melihat pokok gandum tu macam mana. Rupa-rupanya tak de la beza sangat dengan padi. Cuma pokok gandum ada dedaun yang lebih halus dan tak perlu ditanam di bendang. Dan juga tak perlu air yang banyak. Maksudnya takde segala jenis lintah dan pacat tu..
Laluan jalan Virum Vandvej merentasi tanaman gandum
Semalam 23 June, kami berkesempatan ronda-ronda naik basikal keliling kampung ke Ladang gandum berhampiran Tasik Furesø. Dekat je, tak sampai 10 minit berbasikal, hanya 1.8km je dari kediaman kami. Ladang tu tak de la luas sangat. Tapi luas la jugak.
Kanak-kanak girang bermain-main di celah pepohon gandum
Tanaman gandum di situ ditanam dua tahun sekali. Di selang seli dengan tanaman rapeseed. Rapeseed? Ala yang vegetable oil minyak canola tu la. Tapi kalau tanaman rapeseed mungkin lagi cantik sebab semuanya akan berubah menjadi ladang kekuningan. Tapi, kena la tunggu tahun depan. Nanti boleh la berlari-lari sambil nyanyi lagu 'Tujhe Dekha To Yeh Jaana Sanam' dalam ladang macam kat dalam filem Dilwale Dulhania Le Jayange....hahaha

4 comments:

  1. lebih kurang je eh pkok gandum n padi.baru tauuuu.haha. ;)

    ReplyDelete
  2. macam padi jugak la rupanya..hehe

    ReplyDelete
  3. @namaakulyn: yeh lebih kurang sama je
    @Eera Shera: tapi ladang gandum lebih cantik kot

    ReplyDelete
  4. indahnya saat itu.. saya hanya berpeluang jejak sawah bendang pegang padi je. :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...