Kisah Di Sebalik Sisa Runtuhan Tembok Berlin
Travelog ke Berlin, Jerman : Part 2
Setelah hampir sepagi kepenatan meredah kota Berlin (rujuk part I), penulis DKKC pulang berehat dan solat di Hostel. Alang-alang dah beli day pass train, elok digunakan sepenuhnya. Kos untuk daily pass bagi public transport di Berlin untuk dewasa/24 jam adalah berharga EUR 6.30 (RM27), bagi zone A dan B. Hampir kesemua place of interest di Berlin ni berada zone A dan B je. Kalau satu trip sehala, berharga EUR 2.30. Tapi boleh pakai dalam masa 2 jam je.
Tips #1: Lebih baik beli Berlin day pass, kalau penat nak berjalan boleh guna semua public transport yang ada, termasuklah bas, train, U-Bahn (underground train) dan juga S-Bahn (on ground train). Menjimatkan masa dan tenaga!
Destinasi seterusnya adalah berjalan-jalan di lorong seni di kawasan Hinter dem Zeighaus, iaitu bersebelahan dengan German Historical Museum. Di lorong ni banyak betul gerai-gerai seniman jalanan yang berniaga. Cantik-cantik dan pelik-pelik semuanya. Tapi awas, kat sini kebanyakkan gerai meletakkan label ‘Kamera dan Pistol’. Sapa yang ambil gambar akan ditembak. Tembak dengan water gun (pistol air) laa..
|
Gambar suasana lorong seni tu. Gambar tangkap secara curi2 takut kena 'tembak' |
|
Kuda besi, 'The Rolling Horse' sculpture di Europe square di luar Central Station Berlin |
Dah ada tiket daily pass tu, penulis DDKC menuju pula ke Berlin Hauptbahnhof (Berlin Central Station). Walaupun, pergi ke Jerman naik flight, nak jugak tengok central station kat sana. Dengar khabar memang canggih. Dari luar nampak macam KL central kat Malaysia je. Kat dalamnya besar jugak la. Platform dia bertingkat-tingakat. Escalator bersimpang siur. Hampir kesemua laluan keretapi utama di Jerman berhenti di sini. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi antara negara. Jadi, memang luar biasa sibuk. Sebab tu station ni adalah station keretapi yang terbesar di eropah (largest crossing station). Patutla dinamakan antara top ten impressive station in the world.
|
Nampak tak tulisan 'Wilkommen in Berlin'?. Maksudnya Welcome to Berlin |
|
Berlin Festival of Lights. Setiap tahun di bulan Oktober. Kelihatan sebuah puisi dipancarkan kat dinding US Embassy |
Seterusnya, penulis DKKC malas nak berjalan kaki lalu mengambil train bawah tanah U-Bahn line U5 kembali ke city center ke station Brandenburger Tor. Berlin Festival of Light masih diadakan di Brandenburg Gate, di kawasan Pariser Platz malam tu. Tapi, kerna malam masih belum menjelma, ingatkan nak pergi menjamu mata melihat taman di Tiergarten (Animal Garden). Dari jauh nampak cantik juga dengan pokok yang berwarna warni di musim luruh. Tapi Cik Puan Isteri plak tak de di sisi. Tak syok la nak berdating. Lalu penulis DKKC menuju ke Mercedes Benz Gallery berdekatan. Eksklusif gallery ni. Kat sini kereta Mercedes-Benz yang terpilih je dipamerkan. Ada juga dijual barang-barang brand. Siap ada Daimlers Restaurant. Cuba juga beberapa bijik kereta. Tapi tiada yang berkenan di hati. Cehh.
|
Antara kereta yang dipamerkan. Kalau parking bawah basement, mahunya tersangkut pintu kalau style buka ke atas bila syiling rendah sangat kan?? |
|
Berlin Festibal of Light. Nampak tak tu pancaran laser 'be sexy, be Berlin'. Hmm..macam mana nak jadi seksi? Terseksa nanti |
Bila malam bertandang, kawasan Pariser Platz penuh dengan pelancong. Padahal Berlin Festival of Light tu tak de apa-apa pun. Yang ada hanyalah beberapa bangunan yang memasang lampu yang perbagai dan bertukar-tukar warna. Tu je. Tapi memang cantik jugak la, pabila bandar melihat bandar metropolitan Berlin bergemerlapan dengan aneka lampu berwarna warni di ambang malam. Penulis ingatkan ada persembahan lampu-lampu berirama musik ke, bunga api ke, spotlight atau persembahan iluminasi warna warni ke, baru la boleh dinamakan festival. Tapi bila bertanya di kaunter tourist kat situ, rupanya pada hari opening ceremony je yang grand. Terlepas sudah..
|
Limosin Chrysler white ni bukan superstar punye. Yang ni boleh disewa. Macam teksi la. Sanggup tak naik limo bayar EUR 139-159 untuk sejam??
|
Penulis pulang lalu menjamu selera setelah perut berdongdang sayang. Juadah dinner malam tu adalah Kebab abang Mustaffa. Gerai Mustafa Gemuse Kebab tu terletak hanya di luar Metropol Hostel, tempat penginapan penulis DKKC. Femes gerai kebab ni. Siap ada website lagi. Nak dapatkan sebiji kebab, kena beratur hampir 40 minit. Tapi, bila makan memang berbaloi menunggu, dan terbukti sedap. Yang penting halal!
|
Orang dah mula beratur nak beli Kebab yang dijual oleh abang Mustaffa..
(gambar di siang hari- gerai kebab depan hostel) |
Keesokkannya iaitu hari terakhir di bumi Jerman, penulis DKKC meneruskan penerokaan dengan berjalan kaki ke pusat bandar setelah check-out hostel. Tempat yang dituju adalah Potsdamer Platz. Kawasan kat sini memang jauh berbeza berbanding kawasan di Berlin yang lain. Kalau kawasan lain masih terdapat bangunan2 lama dan kesan lipatan sejarah, kat sini plak banyak terdapat bangunan2 pencakar awan yang kelihatan moden dan canggih. Perbagai design senireka. Baru la nampak, majunya Jerman nih.
|
Banyak bangunan pelik kat Potsdamer Platz. Yang petak2 bercermin to adalah condominium |
Tips #2: Potsdamer Platz tak jauh sebenarnya dari Berlin Central Station. Dan hanya 1km jalan kaki merentasi sebahagian Tiergarten kalau nak ke Bradenburg Gate.
|
Bangunan Medizintecnik Science Center |
Di hadapan Potsdamer Platz train station terdapat tinggalan sejarah, iaitu satu menara kecil yang dikatakan sebagai traffic light yang pertama di Eropah. Tapi macam tak de lampu je. Macam pondok ada la. Ye la kot sebab dulu2 mana ada lampu led kan, jadi ada orang la bertugas jaga trafik. Kat situ terdapat shopping arcade dan juga superlative cinema. Penulis memang langsung tak teruja nak bershopping spree, lantas bergerak ke bangunan Sony Center berdekatan. Senibina atap bangunan itu sungguh awesome. Macam khemah tapi moden. Kat dalam tu ada ‘Sony Style’ kedai penuh dengan barangan Sony. Hampir semua produk Sony ada di sini.
|
Penulis di hadapan Reichtag (Parlimen). Bergambar dari luar je, kecewa tak dapat masuk.. |
Dari situ, penulis DKKC menuju plak ke Reichstag. Bangunan ni merupakan Parlimen di Jerman ni. Sebahagian daripada kawsan parlimen boleh dilawati. Selain itu, Deutcher Bundestga (the dome of the Reichstag) juga terkenal kerana kubahnya yang diperbuat daripada kaca. Terdapat spiral walkway yang membolehkan panorama seluruh kota Berlin boleh dilihat dari posisi tinggi. Memang ramai pelanncong orang beratur amik turn. Aiseh, rupa-rupanya kena booking awal-awal la, baru boleh masuk. So, terlepas la peluang nak masuk parlimen kat Jerman ni.
Tips #3: Kalau berpeluang ke Berlin, booking la awal2 untuk masuk ke Reichstag. Masuk percuma tapi kena register secara online.
|
Buggati Veyron EB 16.4, jenis kereta termahal di dunia |
Kesempatan yang ada penulis DKKC bergerak ke kawasan city center semula dan terjumpa Buggati & Bentley Showroom berhampiran kawasan Friedchstrasse. Bangunan 4 tingkat tu penuh dengan pelbagai jenis pengeluar auto utama kat dunia ni. Wow, kebetulannya plak kat situ ada pameran khas kereta Buggati. Kat situ ada 2 bijik kereta Buggati jenis Veyron EB 16.4 Super Sports dipamerkan. Memang terpukau dengan ketelitian senireka kereta Buggati. Mostly hand made. Banyak part buat pakai clay je. Kelas gitu.
|
Ruang pameran sejarah dan demostrasi cara membuat enjin dan rekabentuk Buggati |
The fastest road-legal production car in the world, with a top speed of 431 km/h (268 mph) tu. Dapat tengok pun jadi la, walau tak dapat peluang naik. Nak beli jangan harap la. Kat dunia hanya ada lebih kurang 300 bijik je kereta jenis ni dikeluarkan (khabarnya Sultan Johor merupakan individu pertama di Malaysia yang mempunyai kereta jenis ni, betul ke?). Memang special made dan femes sebab antara kereta yang paling mahal di muka bumi ni. Kalah Lamborghini Reventon dan juga Ferrari Enzo. Harganya USD 2,400,000 je. Cer cuba convert kepada rupiah, bilang berapa banyak angka kosong..huhu
Tips #4: Banyak kedai souvenirs di kawasan Pariser Platz. Tapi banyak kedai yang murah ada di kawasan Check Points Charlie. Kat Berlin ni, unik sket sebab depa jual serpihan batu dari dinding tembok Berlin!
|
Antara kedai berdekatan tak jauh dari Check Point Charlie. Apesal belon tu tulis 'Die'? |
Menjelang tengahari, penulis DKKC 'melawat' deretan kedai souvenirs untuk mencari barang unik sebagai tanda ingatan. Banyak betul kedai souvenirs kat area situ. Setelah selesai barulah mula bergerak ke Airport untuk kembali ke Copenhagen. Alhamdulillah dengan budget yang minimun, penulis dapat pengalaman yang maksimum. Kota Berlin memang best untuk diterokai kerana di sebalik sisa runtuhan tembok Berlin tu, ada 1001 kisah dan tempat menarik yang berbaloi diterokai. Tak sia-sia berbackpacking berseorangan. InsyaAllah, kalau berpeluang, mungkin akan ke Berlin lagi bersama Cik Puan Isteri. Banyak lagi tempat yang belum dijajah seperti Potsdam (taman boroque & palace), Chalottenburg Palace dan juga masuk Parlimen di Jerman. Lain kali mungkin berkeretapi ke sana plak!