Friday, July 22

Mencari Biskut Almond London di Kota London

Siri Kembara Jelajah UK : Episod 3

Hari 3 : Tak de pun biskut Almond London..

Lokasi: Westfield Shopping Centre>House of Parliament>Big Ben>London Eye>Trafalgar Square> Malaysian Hall>Oxford Street>King’s Cross Platform 


Pada hari yang ke3 kami dibawa oleh rakan yang telah 4 tahun menetap di UK ke salah satu shopping complex yang bersaiz mega di LONDON iaitu Westfield Shopping Center. Ianya adalah berdekatan dengan station underground Sheppard Bush. Besar jugak tapi tak la sebesar Berjaya Time Square kat KL. Banyak outlet barang branded2 kat situ. Termasuk la Jimmy Choo, Prada, LV, Dior dan Gucci. Hmm..setakat cuci mata boleh la.

Restaurant Malaysia 'Jom Makan' ada di Westfield

Seterusnya kami dibawa pula melawat tempat menarik di sekitar London oleh seorang kenalan iaitu Mr James dari UK (Wales) yang menjadi pemandu pelancong tak bertauliah, untuk ronda-ronda area Westmister. Walaupun dia orang Wales tapi tau la sket2 pasal London ni, walaupun kekadang dia pun rujuk peta di tepi jalan..
House of Parliament dan Big Ben di tepi Thames River
Hujan gerimis tidak menghalang niat meneroka kota LONDON. Tempat pertama yang dituju adalah House of Parliament. Sebelahnya pulak ada jam besar yang glamer tu, Big Ben. Kami merentasi Thames River melalui Westmister Bridge untuk mendekati London Eye. Ramai jugak orang beratur nak naik London Eye. Tapi oleh kerana harga tiket yang boleh tahan dan juga memakan masa yang panjang untuk habis pusingan London Eye tu, kami pun ‘pass’. Bersebelahan London Eye terdapat London Sea Life Aquarium dan London Film Museum.
<Tips : Tak jauh dari House Parliament ada Westminster Abbey. Hari tu tak sempat nak pergi..>

Dari situ kami meneruskan perjalanan di tebing Thames River dan melintasi sungai tersebut menggunakan Golden Jubilee Bridge. Jambatan ni unik sebab ianya adalah adalah footbridge hanya untuk pejalan kaki di kiri kanan dan ditengahnya adalah untuk laluan train sahaja.
Kempen jalanan FREE Hugs di hadapan National Gallery. Macam ni pun ada, tah ape2
Ni bukan BERSIH. Tapi protes dari Rakyat China pasal penganiayaan terhadap tahanan dalam penjara di sana 
Perjalanan diteruskan ke Trafalgar Square. Dataran ni berhadapan dengan the National Gallery. Memang penuh dengan pelancong. Di tengah dataran terdapat jam besar ditaja oleh Omega untuk counting days and times menjelang Sukan Olympic tahun depan. Dan kalau ada warga tempatan atau rakyat asing nak buat demontrasi, kat sini la tempatnya. Bersebelahan Trafalgar Square terletak Malaysian Tourism Office. Bangga sekejap tengok jalur gemilang berkibar di tengah Kota London..
<Tips : Ada orang cakap, kalau terdesak/tak sempat boleh je menumpang solat di pejabat Malaysian Tourism tu>
Hujan turun mencurah-curah memaksa kami terus beredar. Lantas berpakat untuk lunch di Kantin Malaysian Hall. Station underground yang terdekat adalah Queensway. Pejabat Malaysian Hall terletak beberapa blok dari situ. Ramai juga orang tengah menjamu selera walaupun sudah lewat petang. Harga ditawarkan memang lebih murah berbanding dengan restaurant lain. Macam-macam ada. Lega dapat pekena juadah tradisi Melayu setelah lama tak ketemu ikan keli sambal, daging salai masak lemak, tempe goreng, kupang, gulai ikan kering dan lain-lain. Maklumla tekak orang Melayu, mana tahan asyik pekena makanan omputeh.
<Tips : Kalau nak budget boleh menginap di Asrama Malaysian Hall. £15 je per person/night. Tapi kene booking awal dan boleh stay untuk 2 hari je>
Confession of Shopaholic di Oxford Street
Setelah menunaikan solat di Surau Malaysian Hall, kami meneruskan aktiviti dengan pergi shopping di Oxford Street. Banyak jugak kedai tengah buat sale sempena musim panas. Di penghujung Oxford Street, terdapat satu gedung Primark iaitu berdekatan dengan station Marble Arch. Memang berbaloi harga-harga kat situ, yang tak berbaloinya beratur panjang nak membayarnya..


Dari situ kami bergegas ke King's Cross Station untuk ke mencari mencari platform 9¾ yang popular tempat Harry Potter menaiki Hogwarts Express. Puas jugak mencari, sebab King's Cross Railway Station dalam process ubah suai. Kat situ ada 12 platform semuanya. Tapi, tempat yang Harry Potter berlakon menembusi dinding tu difilemkan di antara Platform 4&5.
Peminat Harry Potter menunggu turn nak ambil gambar di Platform 9 3/4 tu 
Tiba di platfrom 4&5, tak de ape pun. Rupa-rupanya ‘troli separuh’ yang terletak disitu telah dipindahkan ke kawasan pintu masuk King's Cross Railway Station. Tapi yang kat luar tu hanya berdinding gambar bata dari plastic. So, dah tak nampak real. Oleh kerana 'tak jumpa' Hogwarts Express, kami pun balik ke rumah tumpangan FOC tajaan rakan di Leytonestone untuk tido dan berehat.
<Tips : Platform 9 ¾ terletak di pintu masuk ke King’s Cross Railway station, dekat dengan station tube underground King’s Cross St Pancras>

Hari 4 : Pergi Ke UK, bergambar dengan Batu je.
Lokasi : Liverpool Street>Stonehenge>Swansea, Wales

Pada hari ke-4, kami menyewa kereta dari Europcar. Harganya agak berpatutan. Kereta yang diberikan adalah kereta baru jenis  New Astra SRi 1.6, kereta keluaran Vauxhall. Nasib baik jenis Auto. Best jugak bawak kereta jenis ni. Kalau ada banyak duit memang boleh angkat sebijik. Siap ada auto remote sense for raining. Canggih gitu. Dan yang penting, bahagian pemandu adalah di sebelah kanan seperti di Malaysia. So, senang sket tak macam di Denmark dan juga German.
<Tips : Harga sewaan kereta lagi lama sewa, lagi murah. Tapi kalo jalan2 area London je, naik tube dah ok dah, tak perlu kereta>
Mak Cik rambut pink ni, tanpa lelah laung '1 pound,1 pound, take a look' beratus kali
Tempat yang dituju adalah Liverpool Street. Area situ ada Petticoat Lane Market yang mana ada jualan ala pasar minggu di pagi hari ahad. Kat sana harga barang seperti souvenirs dan baju T-Shirt London jauuuuh lebih murah dari kedai-kedai lain sekitar Oxford Street dan Picaddily Circus. Memang berbaloi kalau nak borong hadiah souvenirs untuk family dan kengkawan. 

Baju T-Shirt London boleh dapat dengan harga £3-£4 sehelai (£6-£7 dikedai lain). Begitu jua dengan fridge magnet dan key chain London, satu pound je. Walaupun hampir semua barang ada kat sini tapi tak de plak biskut Almond London kat London ni. Kalaula ada jual biskut Almond London yang betul dari Kota London, mungkin boleh angkut berkilo-kilo untuk buat raya!
<Tips : Petticoat Lane Market terletak dekat dengan Liverpool Street Station (underground & railway). Pasar minggu ada pada hari ahad je, sebelah pagi hingga 2pm>
Pada sebelah petang, kami mula berangkat keluar dari LONDON menuju ke WALES. Di pertengahan jalan kami singgah di Wiltshire untuk ke UNESCO World Heritage Site iaitu Stonehenge. Jauh jugak dari London ke sana. Lebih kurang 80miles (1 jam 40 min). Cara nak ke Stonehenge adalah kene berkereta. Nasib baik ada GPS Tom Tom. Kalau tak, jumpa langsat la jawabnya. Ada juga bas, tapi kebanyakan adalah dari pakej tour. Kat sana ramai jugak pelancong walaupun dah lewat petang dan hujan gerimis. Ingatkan free rupanya nak masuk kene bayar.
<Tips : Kawasan Stonehenge tu berpagar, tak boleh nak sentuh atau pergi dekat pon. Kalau nak masuk, better stay lama sket baru berbaloi>


Harga tiket adalah £6.80 (for students) dan £7.50 (dewasa). Tiada tour dari tourist guide cuma diberikan audio untuk mendengar penerangan bagi setiap station (ada 7 check points). Nak kata berbaloi, pun tak jugak sebab macam mahal jugak tiketnya. Tapi kalau nak bergambar dari luar tinggi pulak pagarnya. Tapi oleh kerana tak selalu peluang datang ke sana, maka kami berpakat la masuk. Maklumla nak tengok prehistoric monument. Walaupun orang kata pergi ke UK, untuk bergambar dengan ‘batu’ je, tak pe laa, tak kisah..
Datang ke UK, tengok batu..
Kami tiba di Swansea, iaitu salah satu bandar utama WALES pada jam 9pm dan menginap di hotel tajaan aka rumah rakan di Brynmills yang terletak di pinggir bandar Swansea. Nyaman sungguh di sini, memang jauh beza dari Kota London. Tido pon terlebih nyenyak!

<Tips Melancong ke London>
<<Previous Episod: Tempat Menarik di London
Tempat Menarik di Wales : Next Episod>>

Thursday, July 21

Mencari Chelsea Team di Stamford Bridge, Rupanya ada di Bukit Jalil

Siri Kembara Jelajah UK : Episod 2

Hari Pertama : Jalan-jalan cari Jalan
Lokasi : Harrods>V&AMuseum>Imperial College London>Royal Albert Hall>Royal Albert Memorial, Kensington>Hyde Park>Picaddily Circus>China Town

LONDON… The Greatest city in the world. Itulah ayat pertama yang muncul dari filem ‘Dilwale de diljalange’. Tapi bila sampai ke LONDON, tak de la hebat sangat. Biasa-biase je.

Oleh kerana LONDON akan menjadi tuan rumah sempena sukan Olympic pada 2012, maka persiapan tengah giat dijalankan. Termasuklah repair sana sini dan renovation in progress ada di merata-rata. Tu la, datang time tak kene. Tapi kalau pergi tahun depan, tentu penuh dengan jutaan manusia, tempat attraction penuh dengan pelancong dan harga hotel, etc tentu mencanak mahal!
Sampai di LONDON, tak tau nak tuju mana dulu. Banyak sangat list nak pergi. Disebabkan mata masuk habuk, kami pun pergi mencuci mata di Harrods iaitu berdekatan dengan Knightsbridge station. Ye la, nak kene cas bateri untuk jadi shopaholic...Fuhh dalam tu memang ramai pak arab dan mak arab. Memang ni tempat diaorang. Sebab depa je yang mampu. Harganya semua di luar batasan. Dekorasi dinding dan siling pun cantek, dah macam masuk muzium pun ada.
<Tips: Kat dalam tu ada memorial untul Lady Diana dan Dodi al-fayed (anak tauke Harrods)>
Pondok telefon depan V&A Museum. Kalau kat Malaysia, tak de nye nak bergambar kat public phone, buat malu dek orang je..
Seterusnya, kami menuju ke 3 muzium yang berdekatan. Iaitu Natural History Museum, Science Museum dan juga Victoria & Albert Museum. Tapi, kerana jam dah pukul 5pm, guard dah tak bagi masuk sebab nak tutup kedai. Tapi tak pe la. Memang tak nak masuk pun, nak tengok2 je. Perjalanan diteruskan dengan melalui Imperial College London untuk menuju ke Royal Albert Hall, ala tempat Datuk Siti nyanyi dulu2 tu. Semua royal2 je kat situ. Ada Royal College of Arts dan juga Royal Music College. Royal Albert Hall tengah sibuk dengan persiapan untuk event BBC Proms (The World's Greatest Classical Music Festival). Boleh dengar depa tengah praktis di dewan yang bersebelahan.
Di hadapan dewan tu ada memorial untuk si Albert dalam kawasan Kensington Garden. Prince Albert adalah suami kepada Queen Victoria. Besar gak memorial tu. Macam tokong siam pun ada. Sebelah Kensington Garden plak ada taman lain, Hyde Park. Punye la luas, ingatkan nak pintas jalan kaki ke Marble Arch, hmm tak jadi pusing patah balik daa.

Menurut bronchure visit LONDON, malam2 cantik pi kat Picaddilly Circus. So, kami pun pergi. Ingatkan ada circus kat situ, rupa-rupanya ‘circus’ tu refer kepada ‘circle’ (bahasa latin) sebab ada round open space di persimpangan jalan. Memang ramai manusia dari segenap alam lepak di situ.  Ripley Believe or Not Museum ada kat penjuru jalan kat situ. Cari jugak Hard Rock Café’ London yang sepatutnya ada area situ, tapi tak jumpa. Tapi, kalau pergi ‘Café Batu Keras’ tu bukan nak beli barang pon. Picaddilly circus jugak popular sebab agak banyak papan screen kat dinding. Tapi tak la semeriah  macam  Shibuya di Tokyo (ceh..macam pernah pergi Tokyo je)
Dari Picadilly kaki jalan kaki ke China Town. Banyak gak restaurant cina kat situ. Segala jenis masakan berteraskan itik ada. Masa jalan-jalan terjumpa Restoran Rasa Sayang. Restaurant masakan Malaysia dan Singapore. Yang penting halal! Sedap jugak pekena ‘Ipoh Mee Sup’. Tapi harganya mahal sket banyak.
<Tips: Satu pingan nasi/mee banyaak. Harga lebih kurang £6-£7!>

  
Hari Kedua : Mencari Chelsea team di Stamford Bridge, Rupanya depa kat Bukit Jalil
Lokasi: Buckingham Palace> Tower of London>London Tower bridge>St Paul Cathederal>Stamford Bridge> Marble Arch>Malaysian Hall
Hari kedua selepas check out kami menuju ke Buckingham Palace. Boleh je naik underground train, tapi kami jalan kaki je. Jimat, dan boleh exercise sekali. Sebelum ni, pergi jalan2 jarang jumpa pelancong. Bila pergi ke Istana, baru jumpa raaaamai tourist. Mungkin 98% adalah pelancong kot. Semua bawak map dan juga camera. Memang pack. Tak tahu la, kalau masa William & Kate kawen hari tu macam mana. Tentu lansung tak boleh tengok dekat. Tapi memang menarik changing guard ceremony kat situ. Siap ada guard yang mainkan muzik. Kumpulan pancaragam plak mainkan lagu rancak2 je. Memang cool. Patut la glamer, tak macam di Amalienborg, DENMARK tanpa alat muzik. Tukar2 gitu je.
<Tips: Ada 3 pintu depan Buckingham. Pintu kiri dan kanan untuk permbarisan kawad masuk dan pintu tengah guna masa nak keluar. Pandai2 la pilih kawasan mana untuk tengok pembarisan>
Setelah berpinar-pinar berjemur tengah panas, kami ke Tower of London. Bersebelahan dengan Thames River. Memang cantek. Tapi nak masuk kene bayar, so kami ‘pass’. Lalu pergi ke London (Tower) Bridge. Ramai orang silap ingat jambatan ni London Bridge yang dalam lagu kanak2 tu. Tapi bukan!
Semasa tiba di sana, ngam2 siren berbunyi dan jalan di tutup. Rupa-rupanyanya jambatan tu nak diangkat/buka sebab ada kapal besar nak lalu. Kata orang memang jarang jambatan tu nak diangkat. Time2 tertentu je. So, kami ni golongan yang bertuah la dapat tengok process ‘pengangkatan laluan jambatan’ secara live.

Dari sana, kami menaiki bas untuk kembali ke tube underground station untuk menuju ke St Paul Cathederal. Ingatkan nak naik bas LONDON yang 2 tingkat yang popular tue, tapi tak de plak. St Paul Cathederal tu memang besar dan dikatakan church antara yang tercantik di Eropah. Tapi nak masuk kene bayar, lagi pun buat ape nak masuk gereja, apa kes??
Walaupun bukan peminta tegar pasukan bola liga English, tapi alang sampai ni nak jugak tengok stadium yang tengok kat TV tu. Oleh kerana tak sempat ke Stadium MU di Old Traffod, Manchester, kami berpakat ke Stadium CHELSEA di Stamford Bridge je. Rupa-rupanya kawasan CHELSEA adalah dipinggir kota London. Ada beberapa pakej yang ditawarkan. Kami pilih yang standard pakej (£11/per person) untuk melawat stadium dan juga Muzium CHELSEA FC. Best jugak dan berbaloi-baloi.  

<Tips : Ambil student price (kalau student la) potong £5 dan booking online (potong £2). Dah dapat save £7 sorang!> 
Tempat duduk Ancelotti dan John Terry
Kami dibawa melawat ke sekeliling stadium, bilik persalinan pemain, press room, tempat duduk media semasa match dan juga ke Museum. Beza bilik persalinan pemain CHELSEA (Home Changing Room) dan guest team memang lain dan ‘bias’ giler. Best jugak dapat tengok tempat locker Frank Lampard, Drogba, John Terry dan Fernado Torres. Kalau kat TV tak de tunjuk kan…dan pada hari itulah penulis DKKC dan Cik Puan Isteri dengan rasmi menjadi peminat team CHELSEA.
Baru la tahu corak-corak kat padang rumput tu, dibuat pakai mesin rumput je (mesin cara arah berbeza)..ingatkan tanam rumput species lain-lain..
Tapi tiada pemain tengah praktis kat situ, sebab waktu summer ni musim liga2 dah abes. Dan team CHELSEA tengah buat Asia Tour termasuk la lawan pasukan Malaysia.


<Tips Melancong Ke London>
<<Previous Episod : Dari Airport Gatwick ke Central London

Monday, July 18

Dari Copenhagen ke London

Siri Kembara Jelajah UK : Episod 1
Cehh siap ada episod tu. Macam citer Nora Elena plak ada episode2 gitu haha.

Alhamdulilllah, akhirnya angan-angan Mat Jenin untuk menjejak kaki ke bumi ratu menjadi kenyataan. Kalau dulu British pernah menjajah tanah Melayu selama 141 tahun, kini giliran kami pula ‘menjajah’ mereka. Walaupun dah lama bercadang untuk bergelandangan ke sana, kini barula ada peluang. Asalnya nak pergi bertinju pada ‘boxing day’ di LONDON hujung tahun 2010 lepas, tapi aleh-aleh belayar ke Oslo, NORWAY plak..

Ye la, kecik2 dulu asyik nyanyi je London Brigde falling down..falling down. So, nak tengok la betul ke tu jambatan dah falling down..huhu

Kami terbang menggunakan perkhidmatan tambang murah Norweigian airlines. Nak kata murah tak de la murah sangat. Tapi murahla jugak berbanding cost terbang dari Malaysia ke UK. Ok la kan RM 600 sorang/pergi balik. Patutnya boleh dapat lagi murah. Dah booking lambat naik buat macam maner. Kali ni first time guna self service check-in untuk dapatkan boarding pass. Lagipun bawa 2 beg hand carry je. Tak payah nak drop hand luggage. So, senang la.
<Tips: Sesetengah airline ada perkhidmatan self check in. Why not cuba. Cepat dan mudah bukan??>
Departure jam 12.05pm. Tut-tut pejam celik jam 1pm dah sampai Airport Gatwick dah. Macam 55 minit je perjalanan. Padahal hampir 2 jam jugak. Hmm.. tu sebab beza masa sejam antara UK-Denmark. Kalau kata jetlag..memang tipu la.

Airport Gatwick berada 45km di selatan LONDON. Walaupun airport ini kebanyakannya hanya cater untuk flight tambang murah (LCC), tapi besarlah jugak. Patut la jadi airport no.2 besar/sibuk kat UK ni. Dari Airport Gatwick kami menaiki Easybus ke Central London. Tapi nama je Easybus tapi tak easy pun. Dah la jauh menapak melilau-lilau ke tempat pick up, pastu panas pulak tuh dalam bas. Nama je bus tapi saiznya macam van je sebab muat 19 orang. Dah tu yang ni je jenis transport yang murah, layankan aje..
<Tips : Easybus transport paling murah dari Gatwick Airport ke Central London. Bookinglah online awal2. Lagi muraaah>
London Victoria Station
Easybus hanya berhenti di Earl's Court Station. So, dari situ kami kena menuju ke London Victoria Station. Tiba di London Victoria Station kelihatan memang ramai manusia2 tengah sibuk ke hulu ke hilir. Memang sibuk station ni. Macam KL sentral kot. 


Dan first time naik LONDON underground ‘tube’ yang glamer tuh (glamer ke?) rasa macam biasa-biasa je. Tak de pening sangat cari laluan line train sepertimana yang digempar gempurkan. Tapi mungkin dah biasa dengan train dan underground kat Denmark kot. Tapi nasib baik la dah beli Oyster Card awal2 kat Airport Gatwick. La, ingatkan bentuk tiram. Tapi sekeping kad macam biasa je..Haha
<Tips:  Menggunakan Oyster Card memang menjimatkan. Contohnya kalau dah sampai had maksimum bagi zone 1&2, anda boleh pakai untuk seharian>
Dan akhirnya kami tiba ke tempat penginapan kami di Warwick Way area Victoria. Hmm..memang bagus lokasinya. Semua tempat attraction sekangkang king kong je. Nie yang tak sabar nak teroka LONDON ni! Jom..
<Tips : Pilihlah budget hotel yang berdekatan dengan place of attraction. Boleh save duit untuk shopping. Lagipun hanya untuk berehat dan tido je kan>

Too much to share but so little time to do so…see u in next episode..k
Siapa yang ingat ambulance tu adalah van adalah silap..kat london ada ambulance bermotor!
<Tips Melawat Ke London>

Wednesday, July 13

(Gambar) 102 Ekor Anak Gajah ‘terlepas’ di Bandar Copenhagen

3 ekor anak gajah 'terlepas' di King's Garden, Copenhagen

Terdapat 102 ekor gajah kini sedang berkeliaran di sekitar kawasan Copenhagen dan Frederiksberg di Denmark. Tetapi anak-anak gajah ini langsung tidak bergerak. Bukan terkena sumpahan tetapi kerana kerna ianya adalah statue (patung). Rupa-rupanya anak-anak gajah ini merupakan satu pameran outdoor ‘Copenhagen Elephant Parade’ yang bermula pada 1 June hingga 25 Ogos 2011.

Kebanyakkan gajah-gajah terbebut dibuat daripada fiber. Tetapi ada juga yang diperbuat daripada besi dan juga batuan. Apa yang menarik, setiap anak gajah tersebut mempunyai corak dan warna yang berbeza. Ianya telah dilukis dan dicorakkan oleh artis tempatan (Denmark) dan juga dari luar negara.
'Gajah duduk' pun ada!
Hampir semua gajah-gajah tersebut telah ditaja oleh beberapa syarikat utama di Denmark. Semuanya diletakkan di beberapa lokasi tumpuan pelancong di pusat bandar Copenhagen, stesen keretapi dan juga di lapangan terbang. Pameran outdoor ini bertujuan untuk member maklumat dan meriah perhatian orang ramai supaya menyokong konservasi gajah-gajah yang semakin pupus di Asia.

Selepas tamat pameran, gajah-gajah tersebut akan dilelong dan wang yang terkumpul akan disalurkan kepada The Asian Elephant Foundation untuk digunakan bagi tujuan kebajikan dan konservasi gajah-gajah di Asia. Malahan sudah ada beberapa anak gajah yang unik dan menarik telahpun ‘dibeli’ oleh pembida sebelum ia dilelong.
Anak-anak gajah dengan pelbagai rekaan corak yang menarik
Sebenarnya, pameran ‘elepahant parade’ seumpama ini telah bermula sejak tahun 2007. Bermula di Rotterdam, dan seterusnya ‘bergerak’ ke bandar-bandar lain seperti di Antwerp, Belgium (2008), Amsterdam, Belanda (2009) dan London, UK (2010). Selepas bandar Copenhagen, pameran ini sebegini akan diadakan pula di Milan, Itali (2011) dna juga Singapore (2011).

Ada beberapa anak gajah yang menarik dan mendapat perhatian. Antaranya anak gajah yang diberi nama ‘Ridderelefanten’ (The Knight Elephant). Anak gajah ini istimewa kerana telah mendapat sentuhan (diwarnakan) oleh His Royal Highness Prince Henrik (Husband to the Queen of Denmark). 
Anak Gajah 'Elephant Road' yang kiut
Namun pada pendapat DKKC gajah yang paling menarik adalah gajah yang diberi nama ‘Elephant Road’ kerana lukisan pada sebelah badannya nampak real dan hidup. Begitu juga gajah bernama ‘Bon Bon’ yang dilukis makanan dan aiskrim yang mengeliurkan!
Anak Gajah Bon Bon (gambar tengah) di hadapan Radhuspladsen (city hall) Copenhagen

Tuesday, July 12

Santai Sejenak di Loppemarked

Ape mende Loppemarked tu? ‘Loppe’ in English means ‘flea’ dan kalau dalam bahasa Melayunya bermaksud ‘lambak’. Marked tu market la ya. Ala yang macam car boot sale tue.
Suasana kawasan Loppemarked di Kongen Nytorv, Copenhagen pada 9 Julai 2011
Bila tiba musim summer, baru la ada Loppemarked ni. Biasanya pada pagi Ahad. Ye la, musim sejuk mengigil, tak de la orang nak meniaga. Tetapi, kekadang ada jugak indoor loppemarked. Tapi kerana nak masuk pun kena bayar, maka tak pe la..
Loppemarked di Kongen Nytorv. Nama je flea market. Tapi semua mahal tak hingat!!
Terdapat dua lokasi Loppemarked yang berhampiran kediaman kami. Pertamanya terletak di Holte iaitu 2km dari rumah dan kedua di bandar Lyngby (4.5km dari rumah). Sebab tak jauh, boleh la berbasikal pergi. Yang penting kena banyak bawak banyak syilling. Senang nak bayar, dan juga bawak shopping bag sendiri. Lagi besar lagi bagus..hehe

Walaupun Loppemarked di Denmark tidaklah semeriah car boot sale di UK, namun konsepnya adalah sama. Barang-barang terpakai dan tidak digunakan lagi dijual dengan harga yang jauuuhhh lebih murah. Tapi di sini saiznya tidaklah sebesar mana dan biasanya hanya dibuat di kawasan parking kereta je. Dan mungkin penjual tidak meniaga menggunakan bahagaian belakang kereta (car boot) mereka , maka ianya tidak dikenali sebagai car boot sale (CBS) di sini..
Mak cik ni jeling semacam je. Ape kes??
Tapi sebenarnya penulis DKKC dan Cik Puan Isteri bukannya gemar sangat mencuci mata di Loppemarked. Tidak lebih sekadar aktiviti beriadah di pagi Ahad. Tapi kekadang bila ‘ter’pergi tu, ‘ter’beli la pulak. Dan ini la masanya nak practice bahasa Danish yang dipelajari. Maklumla dah module 3. Boleh tawar-menawr sket2. Tapi kekadang tu, si peniaga tu tak paham apa yang aku cakap sebab aku sendiri pun tak tahu apa yang aku cakap..muahehhe
Loppemarked di Lyngby. Jam 1 pm pun masih ramai orang lagi..
Last Sunday, first time kiteorang pergi Loppemarked yang kat Lyngby. Ramai jugak orang, walaupun dah tengahari. Kelihatan ada juga barang yang sudah lapuk dan tidak layak dijual. Ye la takkan botol susu terpakai, alat make up, baju ‘kecik’ terpakai pun nak dijual? Nama je negara maju, tapi semua nak dijual. Mungkin atas alasan ‘recycle’ kot.

Kalau setakat frame gambar, buku-buku, dvd, set cawan, pinggan mangkuk, barang perhiasan, kasut, beg, barang permainan kanak-kanak tu ok la. Pendek kata semuanya ada. Tapi ada jugak barang-barang macam kasut dan jaket yang masih baru dan mungkin yang direject dari kilang atau kedai kot. Tapi mahal sket la. Tapi kalau nampak macam mahal sangat baik beli yang baru..tak gitu??

Cik Puan Isteri pun dah mula berangan nak mencari set barangan perhiasan kristal. Nak kumpul bawak balik Malaysia katanya. Hmm berdikit-dikit, lama-lama berkotak-kotak la tu..
Hasil tangkapan dari Loppemarked. Eshh bukan sofa tu, tu ha gambar rose tu. 1 set-3 frame = 20kr (RM11)
>>Rasanya kat Johor pun ada flea market, pasar jualan barang terpakai sebegini. Pasar Karat kat JB, malam hujung minggu. Pernah la sekali pergi. Dan patutla dibuat pada waktu malam, tak nampak karatnya..hehe

Monday, July 11

Spontaneous Trip to Christiana

Selumbari, penulis DKKC dan Cik Puan Isteri mengetuai rombongan menghantar pulang delegasi UTM kembali Malaysia ke Copenhagen Airport. Memang penuh pancarobanya. Kesian melihatkan rombongan tersebut yang terpaksa bertukar-tukar train sebanyak 3 kali, mendaki dan menuruni anak tangga dengan bebanan beg seberat lebih 20kg, mengharungi air dan juga berkejaran meredah umat manusia memasuki train untuk tiba ke Airport.  
Tertera label 'Er der balance?' (There is a balance?). Tapi memang tak balance pun sebab angkut beg berat-berat..
Usai urusan di Airport, kami kelik (perkataan ni ada dalam kamus dewan bahasa edisi ke-3..hehe) menggunakan perkhidmatan keretapi underground ‘Metro’. Lantas, penulis DKKC secara semberono mengajak Cik Puan Isteri berjalan-jalan ke Christiana. Jom!

Dalam laman web pelancongan utama di Denmark iaitu ‘www.visitcopenhagen.com’ telah melabelkan Christiania sebagai salah satu top attraction yang patut dilawati (see and do) jika melancong ke Copenhagen. Ia turut diistilahkan sebagai "remarkable - exciting - scary - different - alternative" community. Atas sebab itu, penulis DKKC ingin benar menjejakkan kami ke sana setelah hampir setahun berada di Denmark.  
Sungai yang memisahkan daratan dan pulau buatan kawasan Christiana
Christiania juga dikenali sebagai ‘Fristaden Christiania’ (Freetown Christiania). Ianya terletak di salah satu pulau buatan berdekatan dengan pusat bandar Copenhagen iaitu Christianshavn (Havn=Port in Danish). Kawasan tersebut bagaikan dunia terasing dari arus kemodenan bandaraya Copenhagen di sekitarnya. Manakan tidak, kawasan itu adalahself-managed area’ kerana mempunyai undang-undang dan peraturan yang tersendiri.
Pintu masuk utama ke kawasan Christiana
Mereka tidak membayarkan cukai yang tinggi sepertimana Danes yang lain. Lantaran itu, kawasan tersebut langsung tiada kemudahan awam secukupnya. Tiada jalan raya (kenderaan tidak dibenarkan masuk), tiada lampu jalan, tiada perkhidmatan melupuskan sampah dan juga tidak dimasuki polis. Pendek kata, memang tiada sistem dan macam kurang bertamadun pun ada.
Christiana ada bendera sendiri. 3 titik kuning itu mewakili 'i' dalam ejaaan Christiania
Kawasan Christiania kini dihuni hampir 1000 penduduk golongan hippie. Dan dilawati oleh 500 000 pelancong saban tahun. Di kawasan perkampungan hippi itu terdapat banyak graffiti di sana sini, deretan blok rumah yang kelihatan tidak layak diduduki dan juga sampah sarap yang bertaburan. Golongan hippie (yang kelihatan seperti seminggu tidak mandi) gemar  bermain alat musik dan dikelilingi rakan-rakan yang separa khayal setelah berbotol-botol meneguk arak. Scenario normal kawasan Christiania..
Ruang masuk ke Kedai Cenderahati. Kelihatan menyeramkan, tak jadi masuk..
Tatkala leka mengambil gambar, kami telah dikejutkan oleh teguran seorang mak cik tua yang melarang mengambil gambar di kawasan itu. Seterusnya, kami menuju 'Center' kawasan itu, iaitu ‘Pusher Street’. Barulah kelihatan terpampang jelas beberapa label NO PHOTOGRAPHS di situ. Kawasan itu menjadikan pekan jualan ala-ala pasar minggu pada hari Sabtu. Di sana terdapat beberapa gerai-gerai kraf dan juga bar dan café. Jalan ini unik kerana satu-satunya kawasan di Denmark yang dibenarkan menjual dadah secara bebas. Produk canabis seperti biji benih canabis, canabis yang separa proces dan juga yang berbentuk komersil di jual secara terbuka di situ.

Begitu juga dengan rokok marijuana dan juga beberapa peralatan kelengkapan menagih dadah. Ada juga beberapa gerai yang membenarkan anda merasa beberapa jenis dadah yang dipamerkan di atas meja!

Habis meronda Cik Puan Isteri mengajak cepat-cepat keluar dari kawasan tersebut. Takut bebenor kerna banyak juga mata yang mengerling (mungkin kerana orang memakai tudung masuk kawasan mereka). Bagi kami Christiana ni tak de apa-ape. Tidak lebih dari kawasan hitam yang tidak selamat dilawati. Terasa tertipu plak dengan dengan propaganda www.visitcopenhagen.com!
Cik Puan Isteri gembira kerana masih selamat dan boleh keluar dari pintu kedua kawasan Christiania 
Berhampiran dengan kawasan itu terdapat Vor Frelsers Kirke (The Church of Our Saviour) yang siap dibina pada tahun 1695. Gereja tersebut agak terkenal di Denmark berikutan mempunyai struktur menara yang berbentuk putaran. Tetapi untuk naik dikenakan charge 30kr (RM 17). Kawasan dalamnya pulak ditutup, ada majlis kahwin.
The famous spining Vor Frelser Kirke. Kelihatan pengantin yang berkahwin tu tengah bergambar 
Menaiki tower di kala matahari terik di atas kepala bukanlah suautu keputusan yang bijak. Lantas, keinginan untuk mendaki ke puncak atas untuk mengambil gambar ‘bird eye view’ bandar Copenhagen terpaksa dipendam. Lagipun, kamera ‘power’ dslr tidak bawa…mungkin lain kali

Wednesday, July 6

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...