Friday, March 25

Antara Ekuinoks, Day Light Saving & Earth Hour

Sejak merantau ke negara orang, semakin lama makin terasa akan kejutannya. Bukan setakat culture shocked,  malahan terkena juga weather shocked.


Sebelum kedatangan salji (musim sejuk), perasaan keterujaan untuk memegang ais sajli yang memutih menjadi igauan. Namun, apabila salji dah turun dan suhu menjadi negatif, terasa nak duduk dalam rumah je, sebab cuaca pun sentiasa ’gloomy’ serta sejuk. Hingga tertanya-tanya bila suhu naik naik dan matahari nak keluar. Di kala itu, barulah nak menghargai cuaca tropika Malaysia J

Ekuinok
Perubahan kedudukan bumi semasa equinox & solstice (pic sources)

Rasanya semasa belajar Geografi form 3 dulu rasanya ada kot terjumpa term ’ekuinoks’ ni. Tapi, pada masa tu belum tahu apa maksud ekuinok tu. Pada 20 Mac, 7:21 P.M. EDT yang lepas (iaitu sehari selepas fenomena ’Supermoon’) berlaku la Equinox (Ekuinok) di sesetengah kawasan termasuk la di Denmark. 

Mengikut Persatuan Falak Syari Malaysia, Ekuinoks berasal dari perkataan Latin bermaksud sama malam. Pada tarikh ini malam dan siang di Bumi hampir sama iaitu siang 12 jam dan malam 12 jam. Ianya secara tidak langsung menandakan peralihan musim dengan ketibaan musim bunga (spring). Ini kerana, selepas tarikh tersebut, waktu siang akan lebih panjang dari waktu malam hingga pertengahan musim panas (solstice).

Tapi, sebenarnya tak de rasa apa pun selepas berlaku ekuinok ni. Cuma, yang pasti memang terasa semakin hari waktu siang semakin pendek dan subuh pun masuk pukul 3.52 pagi!


Daylight Saving Time (DST)
 
Semasa berada kat Malaysia sebelum ni tak pernah pun mengubah waktu jam. Kat sini boleh pulak suka-suka tambah sejam dan tolak sejam..

When local standard time is about to reach on
Sunday, 27 March 2011, 02:00:00 clocks are turned forward 1 hour to 
Sunday, 27 March 2011, 03:00:00 local daylight time instead



Maksudnya pada 27 March 2011, waktu di kebanyakan negara yang mengalami 4 musim perlu dipercepatkan sejam. So, nanti ada 23 jam dalam spring season. Mase spring, daytime lebih lame dari nighttime, so bila gune DST, automatic daytime will be less by 1 hour. Tapi, bila tiba Autumn (22 September) kene tukar balik.

Biasanya jam digital seperti di komputer, digital camera, digital watch, tv mahupun jam di microwave akan automatic tukar dengan sendirinya ikut DST waktu tempatan.
Tapi, jam analog kene la ubah sendiri.. 
DST juga menandakan first day of spring. Yahoo.. spring is coming!
Bunga Eranthis mula berbunga menandakan ketibaan musim bunga

Earth Hour
Jom support Earth Hour 2011 (pic sources)
Sejak 2009, saya sentiasa menyokong Earth Hour. Teringat semasa 2009, my company ada buat internal competition untuk encourage staff dari seluruh division menyokong Earth Hour. Hadiahnya, dinner with CEO!. So, staff boleh hantar gambar (gambar ada date & time) semasa earth hour. So, saya dengan rakan serumah (2009=masih bujang) pun berpakat la mengambil gambar secara kreatif dalam kegelapan. Dan, kecewa tak terhingga sebab yang memang tu, hanya la gambar pemenang anak beranak buat ’facial’ bedak sejuk dalam kegelapan. Hampeh!

Tahun ni, Earth Hour kembali lagi. Tahun ni, Earth Hour ’disambut’ pada 26 Mac 2011 (Ahad). Macam biasa selama sejam dari 8.30mlm – 9.30mlm kebanyakan penduduk di dunia ini menutup lampu sebagai menyokong kempen ’Earth Hour’

Di Copenhagen juga tidak ketinggalan. Kebanyakan bangunan utama dan hotel menutup lampu dan restaurant hanya menyalakan lilin-lilin sebagai tanda sokongan. Di sini siap buat konsert dalam kegelapan di depan dataran Radhus lagi (City Hall Square).

Apa lagi, jom tutup lampu dan ...

Apa pengalaman Earth Hour tahun2 lepas? So, korang support ke Earth Hour tahun ni?

3 comments:

  1. klcc tadi tutup selama sejam...enjoy the earth hour....

    ReplyDelete
  2. baru nk komen.. heee.. masa earth hour tu ada majlis makan2..takkan nk tutp =,=

    ekuinoks tu subjek form 1 la.

    ReplyDelete
  3. @KasihPena: Bagus KLCC pun support earth hour
    @The Lady& Mr Vampire: La, kan boleh pakai lilin..haha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...