Hasrat untuk mengikuti rombongan Cik Kiah memborong tefal ke Rinsted terpaksa dibatalkan pada saat akhir wisel penamat kerana sudah pernah sampai ke sana dan tiada apa lagi yang hendak diborong.
Namun, sinaran mentari yang muncul setelah sekian lama menyepi dengan suhu ‘sepanas’ 7oC menggangu-gugat plan kami yang hanya ingin beristirehat dirumah dihujung minggu. Ditambah pula perkhitmatan keretapi percuma hari Ahad pada minggu pertama (gratis Søndag) telah membuakkan hasrat kami untuk keluar dari rumah.
Lantas bandar Køge menjadi pilihan kerana paling jauh yang boleh dituju (8 zone) dengan keretapi free (save 87kr/RM 50 pergi balik per person) dan statusnya sebagai bandar lama yang masih ‘hidup’ memang wajar untuk dijelajahi. Perjalanan sejauh 54 km ke selatan itu memakan masa hampir 1½ jam diisi dengan melihat panorama kawasan pinggir bandar sambil berjemur di dalam train untuk mendapatkan vitamin D dari Sang Mentari secara pencuma. Macam rindu plak suasana panas di Malaysia..huhu
|
Bandar yang sunyi sepi di pagi Ahad
Setiba di Koge, perasaan sedikit kecewa kerna kebanyakan kedai tutup (fenomena biasa di Denmark untuk kedai ditutup di hari minggu). Kelihatan agak ramai juga ‘pelancong tempatan’ yang mengambil peluang train free untuk ke Køge. Saya juga menemui rakan sekelas bahasa Danish iaitu Emily & Alice yang turut mengambil peluang menggunakan train free dan membawa basikal untuk meronda bandar Køge! |
|
St Nicholas Kirke di bina pada tahun 1450
Bangunan lama dan unik di bandar Køge memang terpelihara. Mungkin kerana dibina menggunakan batu-bata dan juga kerana negara Denmark yang tidak pernah dijajah maka ianya masih berdiri teguh. Kebanyakan telah dibina sejak sekian lama. Ada zaman 1600an, 1700an dan juga 1800an. Pendek kata memang lama macam kota A Famosa di Melaka. Bangunan lama itu diubahsuai menjadi kedai-kedai, muzium dan juga bank. |
|
Kedai buku Arnold Busck |
|
Bangunan lama dijadikan deretan Cafe' |
|
Kedai Cenderahati |
|
Kedai barangan antik |
|
Bangunan lama di hadapan Køge Bibliotek (Library) |
|
Round tower tak tau apa functionnya.. |
gempak la..tapi macam kat melaka pun ada..hee
ReplyDeletebestnyaaa jalan2..cunlah gambar mesti kamera power dan juga ada skill!
ReplyDeletecantik2 bangunan tu..
ReplyDeleteone of my skk senior rupanya..kenal2..hehe..