Thursday, April 28

Mencari Dutch Lady Sampai Ke Belanda

Part 2-Road Trip to Amsterdam Day 1
Dari Bremen, Jerman, kami menuju ke Amsterdam, ibu negara Belanda ataupun the Netherlands. Sama la tu. Pelik jugak sebab langsung tiada pintu gerbang khas,  tak pun papan tanda gah apabila memasuki kawasan negara Belanda (begitu juga semasa memasuki Jerman melalui Denmark). Langsung tiada kastam atau immigration check semua tu. Sedang asyik drive, sedar2 dah sampai Belanda. Memang pelik. Yang ada hanya papan tanda kecil nama negara ditengah bintang2 kecil (lambang EU). Hmm..nak masuk Kelate dari Teganung pun ada pintu gerbang gah!

Kami tiba di bandar Amsterdam menjelang tengahari. Trafik dibandar Amsterdam memang teruk. Laluan kereta, basikal dan tram berkongsi laluan (walaupun terdapat tanda laluan). Terusan air bersimpang siur. Sememang negara Netherlands terkenal dengan gelaran 'country below sea level'. Ini adalah kerana 25% kawasan di Belanda dibawah paras laut, dan 50% berada kurang 1m dari aras laut.
Flower market dengan ribuan jenis biji benih dan bunga segar
Cannabis dijual secara Legal
Tempat pertama yang dituju adalah flower market. Deretan kedai bunga memang menarik perhatian. Pelbagai biji benih bunga-bungaan turut dijual. Seterusnya berjalan kaki ke Square dihadapan Royal Palace. Disebelahnya, kelihatan orang ramai beratur panjang memasuki Madame Tassaud (muzium patung lilin) kerana patung terbaru berwajah Obama, Lady Gaga serta Robert Pattingson (Twillight) baru dipamerkan. Namun, sedikit terkilan berikutan major construction sedang giat dijalankan di kawasan tersebut dan dataran square menjadi fun fair sebagai tarikan.
Gadis Amsterdam berbasikal dihapadan Royal Palace
Persepsi 1: Germany (Deutchland) menggunakan bahasa Dutch-TIDAK TEPAT
Ramai orang yang konpius pasal bahasa Dutch. Negara Germany yang turut dikenali sebagai Deutchland (seakan sama dgn Dutch) sebenarnya menggunakan bahasa German (memang tiada nama khas), manakala bahasa Dutch digunakan oleh orang the Netherlands (dan juga di Belgium). Orang Netherlands turut dikenali sebagai Dutch (atau Nederlanders). Ada juga yang sangka orang Denmark yang menggunakan bahasa Dutch. Tapi sebenarnya orang Denmark guna bahasa Danish dan rakyatnya dikenali sebagai Danes.

Persepsi 2: The Netherlands juga dikenali sebagai Holland-KURANG TEPAT
*Holland hanyalah 2 region (Holland utara & Holland selatan) dari keseluruhan negara Belanda. Tetapi 'Holland' kebiasaannya digunakan untuk merujuk keseluruhan Belanda. Nama tersebut kebiasaannya diterima pakai tetapi tidak rasmi dan juga kurang disenangi oleh rakyat Dutch di region2 lain selain Holland. Terdapat 3 bandar utama di Belanda iaitu Amsterdam (Ibunegara), The Hague (Pusat Pentadbiran dan juga ibupejabat Mahkamah Keadilan Antarabangsa) dan Rotterdam (Pelabuhan terbesar di eropah)
Ok la kan, pusing2 europe sambil belajar geografi..LOL

Persepsi 3: Di Holland Semuanya Oren-TIDAK TEPAT
Tengok saja warna Orange (or Oranje in Dutch), mesti teringat negara Belanda, tentu orang ingat di Belanda semuanya colour orange ada di mana-mana. Perpepsi ini tidak tepat sama sekali. Lagipun, bendera Holland sekarang adalah berwarna Merah, Putih dan Biru (warna oren ditukarkan ke warna merah sebab dulu-dulu ‘dye’ warna oren luntur menjadi merah). Tetapi, warna Oren memang merupakan warna kebangsaan mereka. *The Royal House of the Netherlands dikenali sebagai House of Orange dan the royal family diberi nama ‘Of Orange-Naussau’.

Bikes+Orange = Amsterdam
Persepsi 4: Amsterdam Bandar Penunggang Basikal Teramai di Dunia-TEPAT
Kalau bandar Copenhagen dikenali sebagai The city of bikes, namun bila tiba di rasanya pemenang sebenar bikes city adalah Amsterdam dan memang layak digelar Bike Capital of the world kerana 40% of Amsterdam's traffic is by bicycle. Di sana basikal sangat kelam kelibut. Orang menungang basikal di merata-rata tak ikut lorong basikal. Dan yang tak bestnya, penunggang basikal di Amsterdam lagi kalut, tak macam di Copenhagen yang lebih bersopan dan teratur (ceh.. tetiba puji Denmark plak).

Persepsi 5: Buah Durian Belanda & Ayam Belanda berasal dari Belanda-KURANG TEPAT
*Sebenarnya buah durian belanda berasal dari negara tropika. Di Malaysia, buah soursop memang dikenali sebagai buah durian belanda. Di Indonesia soursop dikenali sebagai sirsak, iaitu dari ‘zuur zak’ (bahasa Dutch di Belanda), lagipun Indonesia kan lama dijajah Belanda. Mungkin sebab tu, buah seakan durian ni, dikenali sebagai buah durian belanda di Malaysia. Namun, tak jumpa pulak pokok atau buah tersebut dijual di Belanda. Begitu juga dengan Ayam Belanda. Biri-biri dan lembu tenusu banyak la, ayam belanda tadaa'.
Biri-biri yang obes berkeliaran dikawasan rumah di perkampungan Volendam
Tetapi sebenarnya negara Belanda turut terkenal dengan terusan canal, cheese, terompah kayu (clogs) dan juga bunga tulip. Selain tu, Belanda jugak terkenal ngan  kilang diamond dan juga canabis yang dijual secara legal serta ‘red light district’
Terompah kayu (Clogs). Dah tak dipakai dah skrang, berat sangat!
Deretan Wind mills di Zaanchan
Dari Amsterdam, kami menuju ke Volendam, bandar pelabuhan kecil di utara Amsterdam dan singgah di Zaanchan Staand (staand=muzium in Dutch). Kawasan tersebut popular kerana terdapat deretan wind mill di pesisir terusan.
Bertemu kumpulan Malaysian dari Brunel University, West London di Pekan Volendam
Di Volendam, kami berkesempatan singgah di pusat pembuatan cheese dan juga terompah kayu (clogs). Dan kalau ke Volendam, memang tak sah kalau tak bergambar dengan pakaian tradisi orang Dutch. Tapi tak agak2 mahalnya, 14.50 Euro (RM 64) diketuk, jadi la buat kenangan…agak2 la kalau diorang dtg Malaysia, depa nak pakai baju Melayu tak?? Hmm..tak kot
Dutch Man?
Memang benar asal susu cap junjung dari the Netherlands. Tapi, tak jumpa pulak Dutch Lady yang menjunjung susu kat tepi jalan kat sana. Mungkin sebab sekarang semua dan pakai mesin kot. Haha.. Kecil2 dulu mak bagi Nespray je, tak minum Dutch Lady. Korang suka minum Dutch Lady ke? Tapi Yoghurt Dutch Lady sedap jugak kan??

*Rujukan : Pak Cik Wikipedia

Next Post : Keukenhof- Pameran Bunga Tulip Terbesar di Dunia

10 comments:

  1. wow very good travel blog i like it very much.sangat informatif walaupun x pernah dtg lg ke netherland or german tp dpt info sikit2 dr blog ini.thanks for sharing.looking forward to hear a new story from you.

    ReplyDelete
  2. pengalaman berharga la...
    berjalan2 kat tmpat org....
    seronok r diorang naik basikal ...
    kat tempat kita susah nk nmpk org dewasa naik basikal...
    hehehheheh

    ReplyDelete
  3. @alaexa yussida: memang seronok dpt tgk tempat orang, tp sedih duit melayang..haha
    @Ms. Littlewing:TQ. You also have a very nice travel blog too...sharing is caring!
    @Salsabila El Mardhiyyah: TQ..sesaje share tambah info
    @Mohd Ridhuan: Hmm..kat europa ni memang ramai yg naik basikal..kalo kat Malaysia budak2 je yg ramai naik basikal..gi sekolah..

    ReplyDelete
  4. perpepsi..memang saja tukar ke? LOL..

    persepsi yang bahasa Danish la Dutch laa memang diri sendiri pening..sekarang baru tahu Denmark guna bahasa Danish..rakyatnya Danes..tapi diorang speak good English

    ReplyDelete
  5. @Sharinginfoz: biji benih, pokok, teh kanabis, coklat kanabis semua ada
    @Salahuddin Harith: Persepsi 3,4,5 typo error. Thanks. Dah mcm minum pepsi plak...
    Memang biasa org tersilap Denmark pakai Dutch..

    ReplyDelete
  6. bestnyaaaa....tak sabar nk baca pasal tulip pulak, i very like haha...

    ReplyDelete
  7. tak sempat bergambar di volendam last 2 weeks..menangis merayu suh tuan kedai bukak kdi gmbr tp tak dilayan...bestnya duk sana smbl tgk2 negara org..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...